Bayangkan selepas penat seharian bekerja, badan mula rasa lenguh-lenguh dan stress pun tidak habis-habis. Kadang-kadang, apa yang kita perlukan adalah rawatan tradisional yang sudah terbukti berkesan turun-temurun.
Kalau dulu, nenek moyang kita akan merujuk kepada bidan kampung apabila badan letih atau tidak selesa. Hanya dengan urutan dan minyak herba mereka, segala masalah badan hilang sekelip mata.
Tapi zaman sekarang, bidan pun sudah ada versi bandar! Kenalkan, Kak Ani, bidan yang mewarisi ilmu tradisional nenek moyang tapi tetap relevan di kota besar. Jangan main-main, pengalaman Kak Ani bukan biasa-biasa tau kerana sudah lebih 30 tahun mengurut!
Legasi bidan kampung, kini di bandar
Kak Ani atau nama sebenarnya Normahani, mewarisi darah bidan daripada arwah neneknya. Sejak kecil lagi, Kak Ani suka ikut arwah neneknya, seorang bidan kampung tersohor.
Dengan penuh minat, Kak Ani belajar setiap petua dan teknik mengurut yang dipraktikkan oleh neneknya. Bayangkan, semasa Kak Ani bersalin pun, dia jaga diri sendiri dengan jamu dan bertangas hasil tunjuk ajar arwah nenek. Betul-betul power!
Kini, Kak Ani sudah lebih 30 tahun mengurut ibu-ibu dan wanita yang mencari rawatan tradisional. Menariknya, Kak Ani suka buat kajian tentang herba dan rawatan tradisional.
Beliau juga memiliki sijil rawatan Islam dari UTM KL, jadi bukan saja tradisional tetapi Kak Ani turut menggabungkan rawatan Islam dalam perkhidmatannya.
Dari minyak akar kayu ke minyak serai wangi
Tapi apa yang membuat Kak Ani lagi istimewa ialah dia bukan saja mengikut tradisi bulat-bulat tetapi dia juga kreatif dalam mengadaptasi mengikut zaman.
Ramai pelanggan mula memberi maklum balas mengenai bau minyak urut herba yang kurang menyenangkan. Jadi, Kak Ani ambil langkah bijak untuk mengkaji semula ramuan tradisional dan berjaya menghasilkan Minyak Serai Wangi Bidan Remedy yang lebih segar, sedap baunya dan tentunya masih berkesan.
Dengan minyak serai wangi ini, bukan saja sakit badan anda boleh lega tetapi aura positif pun datang sekali! Minyak ini boleh bantu melegakan sakit kepala, sakit sendi dan mengeluarkan angin dalam badan.
Siapa yang selalu tak boleh tidur malam kerana stress atau penat, minyak ini memang ‘hero’ untuk membantu anda tidur lebih lena. Tambah lagi, bau serai wangi itu memang menyegarkan dan bagi rasa nyaman yang mendamaikan seperti di spa.
Kelebihan Minyak Serai Wangi Bidan Remedy
View this post on Instagram
Kalau dulu anda berdepan dengan minyak urut yang berbau terlalu herba atau kurang menyenangkan, Kak Ani datang dengan penyelesaian lebih moden tapi tetap berpaksikan tradisi.
Dengan minyak serai wangi ini, bukan saja bau lebih fresh dan sesuai untuk kegunaan harian, malah ia mampu memberikan kelegaan segera pada badan yang lenguh-lenguh.
Bukan itu saja, minyak ini juga dapat membantu mengurangkan sakit sendi, sakit kepala dan memberi aura positif yang baik untuk emosi anda.
Bila sapu je, anda boleh rasa angin dalam badan keluar, melegakan ketegangan dan seterusnya membantu tidur malam anda lebih nyenyak. Kombinasi kelebihan ini membuatkan Minyak Serai Wangi Bidan Remedy ini sesuai untuk sesiapa yang nak gabungan urutan tradisional dengan keselesaan moden.
Nak jadi ejen Minyak Serai Wangi Bidan Remedy?
Kalau anda rasa terinspirasi dengan kisah Kak Ani dan mahu jadi sebahagian daripada legasi ini, ada berita baik! Kak Ani sedang mencari ejen dan affiliate untuk bantu mengedarkan Minyak Serai Wangi Bidan Remedy ini.
Ini peluang anda untuk ceburi dunia niaga tradisional yang semakin mendapat tempat di hati ramai. Nak tahu lebih lanjut? Boleh terus hubungi Adisarah di 019-310 3918. Jangan tunggu lama-lama!
So, siapa kata tradisi tidak boleh kekal relevan di bandar? Dengan sentuhan Kak Ani dan inovasi minyak serai wangi, anda bukan saja dapat kelegaan badan, tapi juga dapat rasa tenang dan segar sepanjang hari. Cubalah sekarang dan rasai sendiri perbezaannya!