Inspirasi

Lelaki Ini Kongsi Kisah Inspirasi Pengepam Petrol Minyak ‘Bangkit’ Bekerja Selepas Enam Bulan Koma

2
SHARES

Kadangkala dalam hidup ini kita perlu melihat dan mendengar kisah hidup orang lain untuk dijadikan sebagai pedoman dan inspirasi buat diri sendiri agar dapat membantu kita untuk menjadi lebih bersemangat dan bersyukur. Wong Fook Meng dalam satu perkongsian menerusi laman Facebook miliknya berkongsikan mengenai pertemuan secara tidak sengaja beliau dengan seorang pekerja di sebuah stesen minyak yang telah menyentuh hati dan mengisi jiwa beliau.

PENGISIAN PETROL, PENGISIAN JIWA

Semasa dalam perjalanan menuju pejabat beliau berhenti untuk mengepam petrol di Petronas dan dibantu oleh seorang petugas pam yang sangat menyenangkan. Menurutnya, pekerja tersebut sangat ramah dan bertanyakan sekiranya beliau dalam perjalanan ke tempat kerja. beliau juga kemudiannya sempat bertanyakan sudah berapa lama dia bekerja di Petronas.

Jawabnya, dia telah bekerja selama seminggu di situ dan itulah pekerjaannya yang pertama setelah dia mengalami kecederaan pada bahagian otak apabila terlibat dalam kemalangan dahsyat antara motosikal dengan treler sewaktu berusia 18 tahun, dia juga masih dalam fasa penyembuhan. Bukan saja baik tapi dia juga fasih dan boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris serta memberitahu bahawa ibunya merupakan seorang guru Bahasa Inggeris.

Petugas pam tersebut berperwatakan sangat positif dan ceria kerana doktor yang merawatnya berpesan untuk menerapkan pemikiran yang positif bagi membantu proses pemulihannya, dia begitu tekad dan berusaha untuk sembuh. Beliau sempat memberitahu petugas pam tersebut bahawa dia telah menjadi inspirasi buat beliau.

Tambah beliau lagi, semasa pembuat pembayaran di kaunter. juruwang di situ mengatakan bahawa petugas pam tadi baru sedar dari koma enam bulan lalu tapi lihatlah betapa dia mampu berdiri dengan gagah dan berjuang habis-habisan untuk meneruskan kehidupannya.

Beliau menyatakan kekagumannya dengan kekuatan ketahanan manusia dalam menghadapi saat-saat yang sukar, ternyata pengisian petrol di stesen minyak pada hari itu juga turut mengisi jiwanya setelah mendengarkan kisah petugas pam tersebut.

TIPS-TIPS HADAPI CABARAN

1. PEMIKIRAN YANG POSITIF

Apa yang anda fikirkan itulah yang menjadi kenyataan. Penerapan fikran yang positif perlu dilatih dan memerlukan masa dan ia bermula dengan kesedaran mental. Bila anda faham dan sedar dengan cara pemikiran sendiri anda akan semakin bijak penyekat pemikiran yang negatif.

2. TIDAK BERPUTUS ASA

Hakikatnya, kegigihan dan kecekalan merupakan kunci yang besar dalam mengatasi cabaran. Menyerah bererti kita tidak mengatasi cabaran mahupun dapat belajar daripadanya. Cuba atasi cabaran dengan mencari sokongan, mengambil peduli perasaan diri sendiri dan merancang bagaimana untuk menempuhinya.

3. ANDA TIDAK SENDIRI

Setiap insan yang bernafas akan melalui saat-saat jatuh dan bangun, ada yang kita lihat dapat mengendalikan dengan bijak dan ada pula menyembunyikan dengan lebih baik daripada orang lain. Berkongsi kisah dan brtukar-tukar pengalaman bersama individu lain akan dapat membuka perspektif baru dalam hidup kita. Sabar, ujian datang dan pergi.

4. MEMINTA BANTUAN

Mintalah sokongan dan bantuan jika anda perlukannya, ramai pihak sentiasa sudi mendengar dan membantu orag lain yang sedang berada dalam saat sukar. Luangkan masa buat diri sendiri dan bersama mereka yang dikasihi untuk membuatkan anda rasa ‘hidup’ kembali kerana kesibukan kita dan kecanggihan yang ada pada hari ini membuatkan kita sering terlepas pandang apa yang kita ada untuk dimanfaatkan bagi mendorang diri sendiri meneruskan hidup.

Sumber: Wong Fook Meng

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×