Advertorial

Lebih 10 Kedai Makanan Di IPC Shopping Centre Buatkan Ramai Tertarik! Mungkin Ia Syurga Makanan Terbaru Anda…

349
SHARES

Suka makan lepas shopping? Dengar cerita, penambahbaikan semula IPC Shopping Centre, pusat membeli-belah pertama di Malaysia yang diteraju oleh IKEA akan selesai dalam masa seminggu. Paling surprise, LG Floor yang baru dibuka di situ kini diduduki oleh ramai penyewa kedai makan.  Wow! Jom lihat kedai makan terbaik di IPC Shopping Centre!

AH CHENG LAKSA

Manalah nak dapat laksa ala utara kat Lembah Klang ni ya? Tak payah susah-susah cari, kat Ah Cheng Laksa pun ada! Anda boleh nikmati laksa yang berasal dari Kedah terbaik tau di sini. Kedai makan yang terkenal dengan laksanya yang sangat sedap, anda pasti takkan menyesal apabila singgah di sini.

Ah Cheng Laksa ini adalah antara kedai makan disyorkan kepada anda yang gemar makan laksa. Persekitarannya juga moden dan sangat selesa untuk pelanggan. Menu terkenal di sini adalah Asam Laksa. Kena cuba tau! Rasanya sangat asli sebab ramuan ditempah khas dari utara. Weee..

BOAT NOODLE

Nak merasa makan makanan di Thailand, Boat Noodle adalah tempatnya! Kedai ini sangat popular dengan mee yang unik, kerana mereka menggunakan Kuey Teow Ruer dalam menu. Boleh pilih sama ada pedas atau tak. Lima mangkuk untuk seorang pun tak cukup.      Hehe.

Boat Noodle ini kedai makan yang best untuk anda makan ramai-ramai. Kalau nak buat reunion dengan kawan-kawan sekolah pun boleh. Dekorasi dalam kedai sangat style dan casual!  Kalau ke sini, tak order pencuci mulut popular mereka iaitu Sangkaya, memang rasa tak lengkaplah. Roti yang distim kemudian dicicah dengan custard kelapa pandan, rasanya memang padu…

DE IRRFAN’S CAFE

Pada yang suka makanan mamak, apa kata anda ke De Irrfan’s Cafe. Orang kata kalau singgah IKEA, tak sah kalau tak terjah kedai ni. Kedai ini juga antara yang popular di sini sebab rojak dia sangat sedap. Betul ke?

Admin pun dah cuba makan rojak dia. Boleh katakan yang anda kena cuba sekali baru tahu sedap dia macam mana. Hehe. Seperti kedai mamak lain, menu-menu lain seperti nasi goreng dan nasi beriani juga ada.  Pelbagai pilihan di De Irrfan’s Cafe. Best kan?

EAT DRINK THAI EXPRESS

Kalau nak tahu, selain Boat Noodle, ada juga kedai yang menyediakan pelbagai menu makanan Thailand di sini. Kalau anda masih mencari-cari makanan Thailand yang benar-benar asli, admin nak syorkan anda satu kedai yang best!

Kalau anda memang berminat nak try makanan Thai, boleh lah try Eat Drink Thai Express ni. Menu utama yang paling hangat dipilih ialah Thai Basil Chicken Rice. Memang sedap sampai rasa nak tambah nasi dua kali. Fuh… Memang gempak betul!

EMPIRE SUSHI

Pencinta sushi take note! Empire Sushi ini pasti menjadi kedai makan favourite anda. Di kedai ini, anda tak perlu beratur panjang menunggu giliran kerana perkhidmatan pekerja mereka sangat pantas. Order sahaja apa yang anda mahu, boleh siap dalam beberapa minit sahaja. Admin pun terkejut. Cepat betul perkhidmatan mereka!

Daya tarikan kedai ini juga sungguh trendy! Banyak pilihan sushi yang ada.  Ia dibuat menggunakan bahan-bahan berkualiti. Sangat menarik! Jangan lepaskan peluang untuk cuba sushi mereka yang sangat sedap ini…

FAMOUS AMOS

Yang suka cookies mesti tak senang duduk kalau tengok Famous Amos ni. Lalu depan kedai je dah bau aroma cookies yang sangat mempesona!  Kedai ini juga menyediakan cookies dalam bentuk hamper hadiah dan ready pack gift! Sesuai dijadikan hadiah hari jadi untuk orang tersayang.  Hihi.

LAKSAAMANA

Suka nama kedai ini, Laksaamana. Ia mengingatkan tentang sejarah negeri Melaka, geng Hang Tuah. Selain Ah Cheng Laksa, kedai ini juga mempunyai tarikan tersendiri dengan laksanya yang sangat sedap hingga terpukau. 

Paling unik di Laksaamana adalah harga makanannya yang dikatakan harga mampu milik. Di kedai ini, admin boleh syorkan untuk anda cuba Curry Laksa sebab karinya tidak terlalu strong dan sangat nice. Balik rumah sampai teringat-ingat kesedapannya yang luar biasa!

MYEONGDONG TOPOKKI

Peminat Korea yang nak makan makanan Korea, Myeongdong Topokki adalah tempatnya. Myeongdong Topokki terkenal dengan kesedapan topokki mereka (Koreaan Rice Cake). Setakat ini mereka ada 3 perisa (MyeongDong Topokki, Kimchi Topokki dan Soy Garlic Topokki). Tak lupa juga, Korean Street Food yang best selling seperti Hangul Chicken, Odeng, Mandu dan Kimbap turut ada.  Makan sekali mesti nak lagi. Sedapnya…

Selain Street Food, kebanyakan pelanggan setia mereka adalah peminat besar menu utama di sini.  Menu utama paling top di Myeongdong Topokki termasuk Bulgogi Beef, Cheese Ramyun, Hangul Chicken Ramyun, Soondubu Jjigae, Bibimbap dan banyak lagi.  Ramai yang suka memesan menu utama dan menambah beberapa Street Food untuk share dengan rakan!

Ada yang tersalah anggap makanan Korea hanya pedas semata-mata, sedangkan itu bukan intipati utama dalam masakan Korea. Tak perlu risau kerana di Myeongdong Topokki, mereka memberikan kelazatan yang memuaskan dan kepedasan yang menyenangkan.  Puas hati betul!

Untuk pengetahuan anda, Myeongdong Topokki akan melancarkan menu terbaru di sekitar pertengahan November. Yang tengah craving makanan Korea tu, anda pasti dapat menjangka menu yang pelbagai untuk memuaskan Korean craving anda.  Hihi.

PENANG ROAD FAMOUS TEOCHEW CHENDUL

Eh, ingatkan tengah jalan kat Penang, siap ada signboard bagai. Itulah istimewanya di kedai ini. Ha, yang mengidam makan cendol tu, eloklah ke Penang Road Famous Teochew Chendul. Kat sini pencuci mulutnya iaitu Chendul Original memang terbaiklah. Menu utama di sini yang digemari ramai adalah Penang Curry Mee. Tak dapat digambarkan! Sangat yummy.

Serius, ini super tempting. Selain De Irrfan’s Cafe, di Penang Road Famous Teochew Chendul juga ada Homemade Rojak. Kombinasi rasa manis, masin, masam yang seimbang, sangat special! Jangan lupa singgah kedai ini dan rasa cendol mereka ya. Rugi kalau tak cuba tau.

SISTERS CRISPY POPIAH

Okay, kedai ni namanya nampak cute sangat. Tak sangka rupanya Sisters Crispy Popiah ini antara kedai yang popular di Lembah Klang. Paling popular di sini adalah Crispy Popiah. Ala, nampak macam popiah biasa je admin. Tapi anda kena tahu, bila makan, ia sangat crispy dan crunchy! Tulah, orang dah kata jangan tengok dari luaran je. Kena rasa baru tahu. Hehe.

Anda juga diberi pilihan untuk tambahan chicken ham, cheese, crabsticks atau udang. Syok betul. Yang belum pernah cuba, anda patut cuba sekali. Rugilah kalau tak cuba Crispy Popiah ini. Sangat yummy. Dah rasa sekali, lepas ni mesti datang lagi. Hihi.

UNCLE LIM’S CAFE

Minum petang kat kopitiam lepas shopping, best juga.  Pada peminat kopitiam, Uncle Lim’s Cafe adalah tempat anda. Uncle Lim’s Cafe ini terkenal dengan keunikan cara tradisionalnya dalam menghidangkan makanan. Laksa Uncle Lim dan Assam Laksa di sini menggunakan ikan tuna, bukan ikan kembong. Sungguh unik!

Selain itu, Uncle Lim’s Cafe menggunakan arang asli untuk membuat Roti Bakar mereka. Mentega asli dengan kaya terbaik kemudian disapu pada Roti Bakar, memang sedap.  Sumber serbuk kopi mereka juga adalah dari pembekal tempatan tradisional, malahan teh mereka adalah 100% teh Ceylon!

Suasana kedai yang cool, sesuai untuk anda yang nak relax lepas shopping. Setakat ini Uncle Lim’s Cafe masih menjadi kopitiam pertama yang membawa menu kopitiam tradisional ke shopping mall. Wow! Yang fikiran tengah serabut tu, eloklah datang sini minum kopi untuk hilangkan stres. Stres hilang, hati pun tenang.  Fuh…

RUANG UNTUK MAKAN YANG SELESA? MESTILAH ADA!

Hm, banyaknya kedai berupa kiosk, mesti asyik kena take away je. Jangan khuatir! Untuk pengetahuan anda, di LG Floor juga disediakan ruang makan yang luas dan selesa. Fasiliti yang lengkap, kerusi makan untuk bayi juga disediakan di sini. Mudah kan? Memang terbaiklah!

Best kan? Selain shopping barangan rumah di IPC Shopping Centre, anda juga boleh ajak keluarga dan rakan untuk makan makanan sedap yang ada di kedai-kedai makan situ. Syurga makanan terbaru di IPC Shopping Centre dah buat perut pun berbunyi. Jom jalan-jalan cari makan di sana!   

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×