Advertorial

5 Langkah Untuk Mengurangkan Pengambilan Gula Dalam Diet Kanak-kanak

65
SHARES

Makanan manis berada di mana-mana dalam kehidupan seharian. Kebiasaannya, sarapan pagi kanak-kanak bermula dengan sandwic mentega kacang dan jem atau bijirin yang manis, diikuti dengan biskut dan minuman buah-buahan sebagai snek, kek cawan dan muffin untuk minum petang, aiskrim dan kek untuk pencuci mulut. Bukan itu saja, kadang-kala kanak-kanak juga diberi lolipop, gula-gula kapas dan coklat sebagai makanan ringan dan minuman bersoda. Walaupun kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia semakin meningkat dan nasihat pakar sudah diberi, pengambilan gula dalam kalangan kanak-kanak pra-sekolah di Malaysia masih tinggi. Ibubapa harus sedar bahawa gula bukanlah tergolong dalam kumpulan makanan dan pengambilannya wajar dielakkan.

Walaupun kebanyakan makanan bergula amat mudah untuk dikenalpasti, kebanyakan makanan dan minuman yang diambil oleh kanak-kanak mempunyai gula tersembunyi. Sesetengah susu juga mengandungi gula tambahan! Menurut Persatuan Pakar Pemakanan Malaysia, secara amnya, semua minuman berkotak termasuklah produk yang dipasarkan untuk tujuan kesihatan mengandungi gula tambahan, kecuali dinyatakan sebaliknya. Kebanyakan minuman sebegini tidak mempunyai nutrien, tetapi sebaliknya mengandungi bahan tambahan makanan dan pewarna. Minuman ini bukan sahaja tidak baik untuk gigi kanak-kanak tetapi juga merupakan ‘kalori kosong’. Pengambilan terlalu banyak ‘kalori kosong’ dan makanan manis sebegini boleh menyebabkan pengambilan kalori berlebihan dan dalam jangka masa panjang, mungkin boleh menyebabkan obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

Foto Kredit: stockphoto.com

Foto Kredit: stockphoto.com

Dalam satu kajian oleh Robert Lustig, seorang pakar endokrinologi kanak-kanak di Hospital Kanak-Kanak UCSF Benioff di San Francisco, yang diterbitkan dalam jurnal Obesiti, beliau berpendapat bahawa mengelakkan gula dalam diet selama sembilan hari saja sudah boleh menunjukkan keputusan yang ketara. Kajian beliau menunjukkan bahawa kolesterol kanak-kanakberada di paras normal dan kandungan insulin mereka menjadi lebih rendah, dan kesihatan mereka juga bertambah baik.

Caranya adalah dengan menggantikan makanan bergula dalam diet kanak-kanak tanpa mengurangkan karbohidrat. Makanan yang bergula digantikan dengan makanan berkanji yang berkhasiat di samping mengekalkan berat badan dan pengambilan kalori yang sama. Makanan yang mengandungi gula tambahan boleh digantikan dengan makanan yang tidak mengandungi gula tambahan dan hanya mengandungi gula semulajadi dalam diet kanak-kanak. Dengan mencatatkan diari pemakanan anak-anak anda juga mungkin akan memberikan kesedaran supaya mengurangkan gula tambahan serta-merta.

5 Langkah Untuk Mengurangkan Gula Dalam Diet Kanak-kanak

1. Hidangkan Minuman Sihat

Kanak-kanak kecil hanya perlu minum air dan susu. Elakkan minuman bergas serta minuman bergula yang lain. Lebih bagus jika anda membuat perubahan secara beransur-ansur,jadi anda boleh berikan air bergas yang dicampur dengan sedikit jus buah-buahan sedikit demi sedikit. Bagi kanak-kanak yang sudah sangat biasa dengan minuman manis, cuba kurangkan pengambilannya dengan menambah sedikit air untuk mencairkan minuman yang anda hidangkan kepada mereka. Walaubagaimanapun, berkemungkinan besar anak anda akan memberontak, namun ketekunan amat diperlukan bagi melakukan perubahan ini!

Foto Kredit: franciscanchildrens.org

Foto Kredit: franciscanchildrens.org

2. Beli-belah Dengan Bijak

Sebahagian daripada kita telah mula memberikan anak-anak gula tambahan tanpa disedari – melalui susu tepung rumusan! Periksa label produk anda untuk memastikan bahawa ia tidak mempunyai gula tambahan. Gula tambahan selalunya dinyatakan dalam senarai bahan-bahan di label makanan dan ianya terdapat dalam pelbagai nama seperti fruktosa, glukosa, pepejal sirap glukosa, maltodekstrin, sirap jagung, pepejal sirap jagung dan banyak lagi. Kenalilah nama-nama gula tambahan dan teliti label makanan setiap kali anda pergi membeli-belah!

3. Waktu Makan

Memasak di rumah sudah semestinya pilihan yang terbaik tetapi dengan bertambahnya bilangan ibubapa yang bekerja, memasak merupakan satu cabaran yang besar. Luangkan masa untuk merancang menu sepanjang minggu, masak di hujung minggu dan bahagikan masakan anda untuk dibekukan di dalam peti sejuk. Sos merupakan salah satu sumber utama kepada gula tambahan. Sebaik sahaja anda mengelakkan kandungan gula tambahan dari diet si manja anda, anda akan dapati betapa mudahnya untuk memberikan mereka makanan lengkap seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Kanak-kanak perlu makan 4-5 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari seperti epal, lobak merah, brokoli, dan pisang.

4. Bekal Makanan Sekolah

Semasa anak anda masih kecil, ia lebih mudah untuk mengawal pemakanan mereka kerana mereka belum terdedah dengan tabiat pemakanan harian kanak-kanak lain. Lebih lama mereka mengambil makanan dengan kadar gula yang rendah, mereka akan lebih menghargai makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Sediakan bekal makanan untuk ke tadika dengan buah-buahan, sandwic keju, atau telur rebus mengikut kesukaan mereka, dan dalam bentuk yang kreatif dan menarik. Kanak-kanakjuga suka mencelup! Sayur-sayuran dengan sos hummus atau potongan buah epal dengan yogurt adalah gabungan yang sihat dan sedap. Terdapat banyak idea yang menarik untuk bekal makanan sekolah yang sihat di Pinterest jika anda mahukan inspirasi baru. Apabila mereka semakin membesar, lebih susah untuk anda membuat perubahan kerana anak anda mungkin akan dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka yang menikmati biskut bergula dan minuman ringan.

5. Snek Selepas Sekolah

Biasanya, anak-anak akan lapar selepas pulang dari sekolah. Selalunya ia lebih senang untuk berikan mereka kuih-muih yang mudahdidapati di gerai tepi jalan di waktu petang. Tiada masalah untuk memberikan kuih kegemaran mereka sekali-sekala, asalkan kadar pengambilan gula seharian mereka tetap terkawal. Lebih bagus jika anda dapat sediakan snek lebih awal seperti sandwic, ataupun jika cuaca panas, popsikel ais dengan buah yang dibuat sendiri merupakan satu cara yang bagus untuk memastikan mereka makan lebih banyak buah-buahan. Elakkan makanan yang diproses seperti aiskrim, coklat dan biskut bergula kerana ia selalunya mengandungi banyak gula yang akan menambah kalori tanpa nilai nutrisi.

Foto Kredit: Anmum

Foto Kredit: Anmum

Mengurangkan makanan bergula dalam pemakanan anak-anak sememangnya penting, tetapi penting juga untuk menyediakan pelbagai jenis makanan agar menarik minat anak-anak semasa waktu makan. Cubalah jenis makanan yang berlainan kerana setiap kanak-kanak adalah berbeza. Jangan elakkan makanan dan hadkan kepada beberapa jenis sahaja, sebaliknya gantikan dengan sesuatu yang lebih sihat namun tetap sedap. Contohnya, jika anda tidak membenarkan anak makan aiskrim, gantikan dengan aiskrim buah yang dibuat sendiri daripada yogurt dan buah-buahan segar. Boleh juga anda buat aiskrim dengan hanya menggunakan manisan dari buah-buahan sahaja. Walaupun ia memerlukan usaha yang lebih, tetapi cara pembuatan yang kreatif ini amat menyeronokkan dan anda boleh menjamin bahawa sekeluarga anda boleh mendapatkan khasiat yang terbaik.

 

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Anmum Essential, susu tepung rumusan kanak-kanak tanpa gula tambahan*

anmum-001

Foto Kredit: Anmum

*Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih didefinisikan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ di bawah piawaian CODEX 212-1999 dan CAC/GL231997. CODEX mewujudkan dan meyelaraskan garis panduan dan kod amalan piawaian makanan antarabangsa. Di bawah Akta Pemakanan Malaysia 1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa dan Madu didefinasikan sebagai bahan pemanis.  

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×