Famili

Kombo Mornings@Mesra Di PETRONAS Kini Lebih Banyak Pilihan

307
SHARES

Sebagai ibu bapa, menyediakan sarapan berkhasiat untuk anak-anak, penting supaya mereka kekal bertenaga. Jika mereka terlepas waktu sarapan kerana anda kesuntukan masa untuk ke tempat kerja, apa akan jadi agak-agak ya? Pasti mereka akan lemah dan lentok walaupun baru jam 10 pagi. Apa solusinya?

Singgah Kedai Mesra PETRONAS, banyak kombo sarapan menu berkhasiat pada harga berpatutan

Kalau anda belum tahu, Kedai Mesra PETRONAS ada menyediakan pelbagai pilihan sarapan dalam kombo Mornings@Mesra. Kombo ini amat sesuai untuk mereka yang sentiasa on-the-go atau kesuntukan masa. Terbaharu, mereka menambah kombo dan menu baharu yang lebih berkhasiat pada harga berpatutan. Apa yang ada?

Dalam pilihan kombo baru Mornings@Mesra ini, terdapat kombo Big Bites, Light Bites dan Happy Bites. Semua hidangan dijamin enak dan sesuai dimakan oleh orang dewasa dan kanak-kanak…

Buat pertama kalinya dalam kombo Mornings@Mesra di Kedai Mesra PETRONAS ini, mereka memperkenalkan pelbagai pilihan roti dengan perisa istimewa antaranya Cheese Stick, Sambal Ikan Bilis, Sambal Udang dan Kaya serta banyak lagi. Hanya di Kedai Mesra PETRONAS je tau ada roti-roti ni. Malah, terdapat juga minuman popular seperti Milo dan Nescafe!

Untuk kombo Happy Bites, anda boleh membeli susu coklat Goodday Charge dan roti pilihan pada harga RM3. Sesuai untuk ibu-ibu yang tidak sempat menyediakan sarapan untuk anak-anak. Untuk menu Big Bites pula, anda boleh pilih mana-mana roti bersama minuman seperti kopi panas, Nescafe atau Milo. Hanya RM5 saja!

Apa lagi, jom ke Kedai Mesra PETRONAS, kini sudah ada di hampir 450 cawangan!

Jom dapatkan kombo baru Mornings@Mesra ini di hampir 450 cawangan Kedai Mesra PETRONAS di Malaysia. Jadi, ibu bapa semua, ini bukanlah alasan anda untuk tidak menyediakan sarapan buat anak-anak ya!

Malah, jika anda tidak sempat untuk menyediakan juadah sahur atau pulang ke rumah bagi berbuka bersama keluarga, singgah saja PETRONAS berhampiran. Boleh alas perut dulu!

Cepat ke PETRONAS terdekat dan dapatkan kombo baru Mornings@Mesra ini! Alang-alang, apa kata anda ambil gambar tanda sokongan dan upload di laman sosial masing-masing dengan hashtag #MesraBites #MorningsAtMesra #BreakfastOnTheGo dan tag @petronasbrands

Jika anda mahukan maklumat lebih lanjut mengenai promo terbaru ni, layari laman web MyMesra. Selamat bersarapan!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×