Memasak sebenarnya boleh menjadi terapi buat diri sendiri. Apatah lagi jika masakan yang ingin disajikan tidak seperti apa yang dibayangkan sama sekali. Haa, memang terapi menghiburkan hati. Di sini kami kongsikan koleksi pelbagai menu yang tak menjadi. Usaha mereka memang patut dipuji walaupun hasil tak seperti diinginkan.
INI MASAK KE MASALAH?
1. ROTI TANPA IDENTITI
Cubaan membuat rotiboy seperti di dalam mall, bertukar rupa menjadi seperti donat di Big Apple.
2. LICIN BETUL CHEESE CAKE
Bahaya ni kalau lapar. Kepala pun boleh nampak macam Taiwanese cheese cake.
3. KEROPOK LEKOR BERSAYAP
Hahahaha, sangkakan keropok meletup terbang ke lantai rupa-rupanya terbang ke atas. Melekat terus ke dinding!
4. ROTI PRETZEL TERKHIANATI
Semangat membuat dan ingin makan roti pretzel tidak jadi seperti rupa yang diinginkan. Tengok bentuk memang rasa risau nak makan.
5. NASI HUJAN BERDARAH PANAS
Niat untuk hidangkan kepada suami nasi hujan panas memang mulia. Tapi tak sangka pula lain jadinya. Merah menyala betul warna nasi tu.
6. SERI MUKA PANDANG TAK LALU
Alahai ini seri muka. Tapi muka tak tahu nak letak dekat mana.
7. CHURROS SERAM
Haaaa, memang seram churros oreo ni. Tapi tak apa usaha dah ada, cuma mungkin tekniknya sahaja. Kita semua jangan guna oreo hitam lah lepasni.
8. KARIPAP KE DIM SUM
Baik suami akak ni tetap nak tolong walaupun tak pandai kelim. Dah goreng tak jadi rupa karipap, asal boleh kunyah sudahlah ni.
9. BISKUT SANTAU
Kena santau tapi masih comel biskut ni. Kena makan sendiri lah kan, kalau hidang bagi tetamu mesti kena gelak.
10. YANG INDAH HANYA SEMENTARA
Gambar pertama nampak gebu dan lembut betul. Sayangnya terlena terus rentung jadinya rupa roti.
11. PIZZA PAPAN JONGKET
Dah lama tinggalkan hobi baking, wanita ni speechless bila sosej berubah bentuk.
12. DONAT MERAJUK
Nak buat donat gebu gebas tapi tak ubah macam merajuk aje donat ni. Nak salut dengan gula ke garam?
13. JANGAN SAMPAI TARZAN NAMPAK
Gorilla kena bakar pun masih mampu senyum ye. Memang terkedu, menangis Tarzan kalau tengok.
14. SOTONG SESAK
Memang tak terlintas kat fikiran ketupat sotong ni boleh pecah. Nak tak nak makan jela. Perjuangan sotong berakhir begitu.
15. KEK KUKUS TRAGEDI OKTOBER
Kali pertama buat kek, macam rupa teko pun ada juga. Unik sikit.
16. BOM MANIS ALA ZOO NEGARA
Wah tak payah susah susah nak bentukkan, bila goreng terus jadi macam-macam bentuk haiwan di zoo dah ni.
17. KEK PANDAN OBOR-OBOR
Lain daripada yang lain kek pandan ni, terus jadi obor-obor cuma ni bukan kat laut.
Jangan putus asa, teruskan cuba memasak. Kalau sedap kongsi, tak sedap simpan sendiri, hehe.
Sumber : CempedakCheese