DIY & Kraf

Kitar Semula Sisa Makanan Jadi Baja Kompos Guna Teknik ‘Green Cone’ Macam Di Thailand

835
SHARES

Amalan konsep kitar semula sudah semakin diamalkan dalam kalangan rakyat Malaysia. Walaupun masih berada pada tahap yang masih sederhana, negara lain sudahpun mencapai tahap kitar semula yang makin maju. Antaranya adalah negara Thailand dimana konsep Green Cone sudah diamalkan dimana sisa makanan akan melalui proses penukaran ke baja kompos. Menarik bukan?

Misi Self-Sustainable Home (SSH)

Saya sudah lama berhajat untuk menjadikan rumah kami Self-sustainable. Saya mendapat inspirasi dari satu video tentang seorang lelaki yang membina rumahnya sebegini di India. (Video di ruangan komen). Dari sumber elektrik, dapur gas, air, baja kesemuanya dikitar semula dan diambil terus dari alam tanpa melalui agensi seperti TNB dan syarikat air.

Ini adalah konsep rumah idaman saya. Sebelum rumah impian dibina, kita perlu cuba dahulu apa yang boleh dicuba. Orang Kelate kato practice makes perfect. Kita mula yang kecil-kecilan dahulu. Untuk peringkat awal, saya mahu kitar semula makanan-makanan yang basi atau tidak boleh dimakan lagi kepada baja kompos.

KONSEP KITAR SEMULA THAILAND DINAMAKAN GREEN CONE

Ini adalah konsep kitar semula yang diperkenalkan di Thailand dan dinamakan Green Cone. Jadi saya telah membina bekas untuk dibuang makanan basi atau tidak boleh dimakan ke dalamnya. Makanan yang tidak boleh diuraikan secara organic perlulah diasingkan terlebih dahulu seperti plastik dll.

Makanan tersebut akan menjadi baja kompos dan menyuburi kebun kecil di rumah saya secara automatik melalui nutrisi yang diserap terus ke dalam tanah. Kosnya murah dan caranya juga mudah. Boleh rujuk gambar di bawah dan penerangan selanjutnya tentang Green Cone.

Next, rasanya nak bela arnab. Najisnya boleh jadi baja pokok organic. Tak perlu dah beli baja lain. Makanannya pula kami ambil dari kebun dan alam sekeliling kami. Manfaatkan kitaran alam untuk kehidupan kita. Jom kitar semula dan kongsikan artikel ini kepada semua.

Cara 1

Buang bahagian bawah tong. Saya guna driller dan tebuk satu sekeliling tong untuk mengekalkan bentuk asal tong. Pakai gergaji susah nak ikut bentuk tong pada pendapat saya.

Cara 2

Letak penapis dan sesuaikan posisinya dengan tong untuk saya tebuk lubang pengikat.

Cara 3

Selepas lubang pengikat ditebuk, ikat dengan ketat kedua-duanya barang tersebut.

Cara 4

Tanam sekurang-kurangnya 1/3 daripada tinggi tong. Penting untuk elak tong mudah jatuh akibat ribut atau digodam haiwan perosak.

id=”fbPhotoSnowliftProductMiniListHscroll” class=”fbCommerceProductMiniListHscroll”>

Cara 5

Pastikan tanah di sekeliling diratakan dengan rapi supaya tiada kebocoran bau atau lubang yang membolehkan serangga LILATI masuk ke dalam tong.

class=”fbCommerceProductMiniListHscroll”>

Cara 6

Dah siap! Masukkan makanan yang tidak boleh dimakan lagi ke dalamnya dan tutup rapat penutup. Ini penting untuk elak bau, lalat dan binatang perosak lain menggodam tong ini.

Contoh perlaksanaan Green Cone di Thailand

Bagaimana Green Cone berfungsi ?

Bagi anda yang tertanya-tanya bagaimana Green Cone ini berfungsi, semuanya menggunakan cahaya matahari!


id=”fbPhotoSnowliftChainingPhotoVScroll”>

Apa yang boleh dibuang ke dalam Green Cone kita?

Pastikan anda tahu untuk membezakan apakah jenis barang yang boleh diletakkan dalam Green Cone.


id=”fbPhotoSnowliftChainingPhotoVScroll”>

Saya asingkan juga tulang kerana saya dapati tulang ambil masa lama untuk diuraikan.

*Semoga boleh dijadikan ikutan!

Sumber : Afiq Rahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×