Famili

KitKat Lancar Coklat Bermotif-Ketupat Pertama Sempena Kempen Raya “Rezeki Dikongsi Bersama”

2
SHARES

Bersempena dengan ketibaan Ramadhan dan kemeriahan Hari Raya yang bakal kita sambut tahun ini, KitKat Nestle melancarkan kempen “Rezeki DiKongsi Bersama“.

Kempen ini dilancarkan bagi meraikan semangat perkongsian dan persaudaraan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

“Bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya merupakan perayaan yang membawa erti bagi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan latar belakang dan ini lah masanya untuk berkumpul bersama keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan.

“Ciri-ciri ini mencerminkan aspirasi KitKat iaitu “Have a Break, Have a KitKat“, dalam menggalakkan saat-saat bermakna, kebersamaan dan berkongsi rezeki sepanjang musim perayaan ini,” ujar Frederic Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Konfeksi, Nestlé Sdn Bhd.

Selain itu, kempen tahun ini sangat istimewa dengan KitKat Ketupat Raya Edisi Terhad iaitu kombinasi wafer rangup yang disaluti dengan lapisan coklat susu yang enak dan buat pertama kalinya didatangkan dengan motif “Ketupat” yang diterap pada bar coklat KitKat 4 jejari.

Kitkat Ketupat edisi terhad Raya ini hadir dalam empat koleksi rekaan unik, setiap satu menandakan warisan tradisi Raya dan juga sesuai dijadikan sebagai hadiah Raya yang enak untuk dikongsi dan ‘cele-break‘ bersama keluarga dan rakan-rakan anda.

Di samping itu, KitKat turut berkolaborasi dengan jenama fesyen kontemporari tempatan, Mimpikita yang menghasilkan sebuah gelas minuman Luminarc yang direka khas oleh Mimpikita bersama 2 pek Kitkat Mini 9g Sharebags.

Pelancaran kempen ini juga turut disertai oleh dua selebriti tempatan, MK K-Clique dan Nabila Razali yang mendatangkan lagu tema “Rezeki Dikongsi Bersama” KitKat dalam muzik video animasi Raya KitKat yang terbaru.

KitKat juga telah menyalurkan sumbangan RM10,000 kepada AEON Mesra, sebuah inisiatif jangkauan komuniti oleh Yayasan AEON Malaysia untuk kanak-kanak  yang kurang berkemampuan.

Jadi, mereka juga dapat berkongsi kegembiraan musim perayaan ini dengan membeli-belah di pasar raya AEON, sebagai persiapan menyambut hari raya yang bakal tiba.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×