Dapur

Kini Anda Boleh Beli Barangan Dapur Secara Online, Tak Perlu Kedai Lagi!

10.8K
SHARES

Abang, barang dapur dah makin kurang, tolong pergi kedai boleh? Saya nak masak tak ada benda ni.” Haa, biasalah rutin mingguan rumah tangga. Setiap minggu mesti sekali kena keluar rumah untuk beli barang dapur. Tapi malas pula nak drive ke kedai.

Jangan tak tahu, beli barang secara online kan dah jadi trend. Semua di hujung jari. Guna smartphone sahaja pun dah boleh. Senang betul.

Gabungan AEON Dan honestbee, Guna Saluran Baru!

AEON baru sahaja menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan honestbee di AEON MidValley pada 24 Januari 2018. Jadi lepas ni anda boleh beli barang di AEON secara online dengan honestbee. Lagi mudah!

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Shinobu Washizawa, Pengarah Urusan AEON bersama Marianne Chuo, Pengurus Besar Negara honestbee. Shinobu Washizawa berharap gabungan ini mampu memuaskan hati para pelanggan dalam mendigitalkan pengalaman shopping mereka.

Guna Honestbee Untuk Beli Barang Dapur Di AEON, Sangat Mudah!

Tahu tak honestbee ni apa? Honestbee adalah perkhidmatan concierge online dan penghantaran. Aplikasi ni dah digunakan di lapan buah negara tau. Fuh! Biasa admin guna untuk delivery makanan, tapi dah tahu boleh beli barang AEON guna online, seronoklah!

Menurut Marianne Chuo, cara rakyat Malaysia membeli-belah pada hari ini jelas jauh berbeza daripada keadaan sedekad lalu. Sebab tu honestbee mula jalinkan kerjasama dengan AEON. Yang suka beli barang kat AEON mesti gembira sampai tak ingat dunia.

Coverage Area Lebih Meluas, Tak Perlu Risau!

Mesti kawasan berhampiran AEON Mid Valley sahaja kan. Silap besar! Ini berita gembira buat anda. Pembeli peribadi honestbee akan tolong belikan barang dapur untuk anda yang duduk dalam lingkungan 17km dari AEON Mid Valley.

Jadi kawasan mana sahaja? Antara kawasan liputan adalah Puchong, Kuala Lumpur, Subang, Cheras, Ampang dan Petaling Jaya. Boleh nikmati servis mereka dalam tempoh minimum satu jam, tertakluk pada kekosongan slot masa. Tak payah hadap jem lagi!

Promosi Sempena Kerjasama AEON Dan honestbee

Amboi, mata tak berkelip kalau nampak promosi. Tapi macam mana nak order? Hanya perlu lawat laman web honestbee, letak lokasi dan pilih AEON. Lepas tu pilih sahaja barangan dapur yang anda mahu. Kalau download aplikasi honestbee kat smartphone pun boleh.

Senang nak beli barang dapur lepas ni. Tak payah keluar rumah. Order sahaja guna honestbee. Jangan lupa download aplikasi honestbee dalam smartphone, dan pilih sahaja barangan AEON yang anda mahu. Yay! Lagi senang anda klik sini untuk buat pembelian di honestbee. Jom shopping!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×