Famili

KFC Double Down Kini Kembali Atas Permintaan Ramai!

35
SHARES

Bagi memeriahkan lagi Ramadan dan sambutan Syawal tahun ini, KFC Malaysia mengumumkan hidangan KFC Double Down kembali lagi mulai 14 April ini. 

Dengan konsep ‘semua daging, tanpa roti’, KFC Double Down mendapat permintaan ramai kerana berjaya memberikan kepuasan buat penggemar daging ayam!

Ada dua pilihan yang anda boleh pilih iaitu Zinger Double Down dan Cheezilla Double Down!

Orang ramai boleh merasai sendiri kelazatan Zinger Double Down yang dibuat dari kepingan ayam rangup, keju cheddar, mayonis dan sos keju Jalapeno istimewa serta diapit bersama filet Hot & Spicy Zinger. 

Hidangan Cheezilla Double Down turut menjanjikan kepuasan yang sama apabila dihasilkan dengan kepingan keju mozarela yang digoreng sehingga perang keemasan selain memberikan kepuasan tarikan keju lengkap dengan tekstur gebu, lembut dan kenyal. 

Dapatkan hari ini! Nak delivery, self-collect atau Pandu Ambil semua boleh!

Nikmati keenakan kedua-dua Double Down ini di semua restoran KFC bersama seisi keluarga atau dapatkan dengan lebih selamat dan mudah melalui KFC Delivery, Self Collect atau Pandu Ambil sementara stok masih ada. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.kfc.com.my atau muat turun aplikasi KFC Malaysia.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×