Didik

Keselamatan Pelajar Di ‘Musim’ COVID Selepas Waktu Sekolah, Tanggungjawab Guru Atau Ibu Bapa?

55
SHARES

Negara kita masih bergelut dengan pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir dan penambahan bilangan kes baru-baru ini juga membangkitkan keresahan buat rakyat Malaysia. Tempoh PKP yang pernah berlangsung telah memberi impak kepada semua golongan termasuk keselamatan pelajar sekolah.

Persoalan mengenai keselamatan pelajar selepas waktu sekolah dalam tempoh melawan Covid dibangkitkan oleh individu menerusi sebuah akhbar tempatan menjadi tular sekaligus membangkitkan respons daripada semua pihak.

RESPONS PEMBACA KERATAN AKHBAR ‘DI MANA GURU SELEPAS WAKTU SEKOLAH?’

Duhai ibubapa, selepas waktu sekolah dan di luar kawasan sekolah, bukan lagi tanggungjawab para guru nak pastikan pelajar semua patuh SOP penjarakan sosial. Tak eloklah kita sandarkan semua tanggungjawab untuk pantau anak-anak pada para guru. Jika satu sekolah ada 600-1000 orang pelajar, dan selepas tamat sesi persekolahan masing-masing bertempiaran, jumpa kawan-kawan di luar sekolah, bagaimanalah para guru nak pantau mereka semua.

Agak mustahil untuk mengharapkan para guru untuk mengekori mereka, nak lihat mereka berjumpa siapa, dan buat apa selepas waktu persekolahan. Itu diluar masa dan skop kerja mereka. Kepatuhan itu datang dari kefahaman, kefahaman datang dari didikan, dan didikan yang terbaik adalah dari penjelasan serta teladan dari insan yang paling dihormati.

Jadi, kita sebagai ibubapa yang kena amal penjarakan sosial, jadikan teladan kepada anak. Kita jugalah yang kena didik anak-anak untuk faham tentang risiko wabak COVID-19, dan cara mengekang penularannya.Para guru pula jadi penguat dan pelengkap kepada usaha kita semasa anak-anak berada di sekolah, semasa waktu persekolahan. Selepas waktu persekolahan, jadi tanggungjawab kita semula.

KOMEN GURU DAN IBU BAPA

Komen yang ditinggalkan menyedarkan masyarakat bahawa guru sememangnya banyak memainkan peranan bukan sahaja dalam aspek akademik malah keselamatan pelajar. Amanah yang dipikul dilaksanakan dengan sebaik mungkin demi kebaikan anak murid.

SINAR HARIAN – NUTP

Beliau turut menambah “tugas seorang guru adalah bermula sebelum fajar menyingsing lagi iaitu dengan berdiri dan menyambut kedatangan pelajar. Guru-guru akan memastikan suhu badan pelajar diambil setiap hari mengikut prosedur SOP ditetapkan

“NUTP ingin bertanya kepada masyarakat, di mana ibu bapa yang sepatutnya membawa anak-anak mereka pulang dan bukan melepaskan tanggungjawab tersebut kepada guru sahaja?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harry berkata demikian sebagai respons kepada surat pembaca dipercayai wanita sebuah akhbar bertajuk ‘Di mana guru selepas waktu sekolah?’ yang tular sejak semalam.
Menurutnya, guru turut bertugas membuat persediaan bagi menyambut kedatangan orang- kenamaan, pegawai dari kementerian, baiki kerosakan tandas, bumbung sekolah, perihal kantin sekolah dan pelbagai lagi demi keselesaan serta keselamatan pelajar ketika berada di sekolah.

“Semasa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) rancak berjalan, guru-guru terpaksa menyelesaikan beberapa perkara penting seperti kes ponteng, disiplin pelajar, pelajar berkeliaran di sekolah, kes curi dan lain-lain lagi

Sudah pasti setiap guru mengasihi anak murid mereka dan inginkan keselamatan setiap daripada pelajarnya sentiasa terjamin.

Sumber : Dr. Kamarul Ariffin , Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×