Advertorial

Keriangan Eksplorasi Alam Semulajadi Bertaraf Dunia Di Setia Ecohill Park

26
SHARES

Di tengah-tengah ketandusan kota, siapa sangka masih terdapat kehijauan yang dilengkapi dengan fasiliti bertaraf antarabangsa? Jangan buang masa lagi, bagi ibu bapa yang sentiasa mencari-cari lokasi yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga, inilah masanya untuk anda mengunjungi ‘permata’ yang tersembunyi ini.

Setia EcoHill yang terletak di Semenyih merupakan perbandaran eko pegangan bebas yang telah dirancang dan dibangunkan untuk pengekalan jangka panjang. Di tengah-tengah perbandaran tersebut ialah EcoHill Park, iaitu taman seluas 11 ekar yang terletak di puncak bukit – bayangkan pemandangannya yang dikelilingi kehijauan, amat mengagumkan!

Setia EcoHill sebenarnya telah dibuka kepada orang ramai sejak 8 Oktober 2013 lalu. Sejak itu, taman tersebut menjadi destinasi popular untuk semua lapisan generasi termasuklah muda-mudi yang tertarik dengan udara segar, pemandangan memukau serta landskapnya yang menakjubkan.

Anda boleh luangkan masa seharian di sini bersama ahli keluarga dan sahabat handai, dari pagi sampai ke petang. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan dan tentunya anda takkan berasa bosan.

Antaranya adalah seperti berikut:

1. Fitness 123

fitness-123

Bukan sekadar gimnasium biasa, Fitness 123 menawarkan pengalaman senaman kardio yang lengkap melalui sebuah gimnasium dengan tiga stesen yang berperingkat.

Di samping itu, terdapat laluan joging dan berbasikal sepanjang 3 kilometer di sekeliling EcoHill Park supaya anda dapat menyeimbangkan kekuatan, latihan fleksibel dan stamina sambil menikmati keindahan panorama alam semulajadi.

2. Play Play

img_3772

dsc_5560

Kawasan permainan kanak-kanak direkabentuk khas bagi membolehkan mereka belajar menerusi aktiviti eksplorasi dan bermain. Wall Holla memperkenalkan permainan interaktif yang melibatkan kecergasan fizikal di samping melahirkan imaginasi dan menggalakkan kemahiran berfikir. Inovasi Belanda yang memenangi pelbagai anugerah di peringkat dunia ini adalah pertama seumpamanya di Malaysia.

Banyak lagi elemen menarik seperti Explorer Dome, sebuah set aktiviti permainan memanjat berbentuk kubah. Ia dilengkapi dengan struktur bertali di mana kanak-kanak perlu mencari jalan ‘masuk’ dan ‘keluar’ untuk melepaskan diri; dan Home yang memberikan kanak-kanak kecil ruang untuk melakonkan watak dan lakonan fizikal.

dome

Percayalah, anak anda pasti tidak mahu pulang apabila sampai ke tempat permainan ini. Persekitaran yang menawarkan pengalaman serba baru ini menjadikan pengunjung seolah-olah anda berada di luar negara pula.

 

3. 360 Degree @ Ketinggian Tertinggi Taman

160507_eco29

Berketinggian 92.1 meter dari aras laut, puncak di taman ini menawarkan pemandangan yang tercantik di Setia EcoHill.

Untuk sampai ke puncak, anda perlu mengembara berjalan kaki atau berbasikal laluan berliku. Setimpal dengan cabaran yang dilalui untuk sampai ke puncak tersebut, perjalanan tersebut pastinya berbaloi apabila anda dihamparkan dengan kehijauan, bayu yang mengulit kedamaian dan langit biru yang menyegarkan mata.

Selain itu, anda juga dapat melihat pemandangan kotaraya Kuala Lumpur dengan lebih jelas. Jika langit cerah dan tidak berjerebu, anda boleh menyaksikan Menara KLCC dari sini!

 

4. Pelbagai Aktiviti Untuk Keluarga

 zumba

Tidak cukup dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan yang disediakan di Setia Ecohill Park ini, pihak penganjur turut memeriahkannya lagi dengan beberapa aktiviti khusus untuk pengunjung setia taman ini.

Antaranya, senaman Zumba yang diadakan setiap Ahad dan kempen kitar semula yang dijalankan pada hari Ahad pertama setiap bulan. Di samping beriadah dan berekreasi, para pengunjung juga dapat menyumbang ke arah mempertingkatkan kualiti alam semulajadi.

 

5. Dikelilingi Taman Indah

Elegan, dilengkapi landskap moden, dan menyejukkan mata, boleh dikatakan tempat ini sesuai bagi seluruh warga kota yang bergelut dengan keserabutan tempat kerja mahupun mereka yang ingin bersantai sambil mencari ilham serta inspirasi.

Seluruh jiwa raga anda pasti akan tenang apabila tiba di taman-taman indah menyegarkan yang direka unik di sekitar EcoHill.

Kunjungi Sekarang!

Jemputlah datang beramai-ramai ke EcoHill Park yang terletak di Setia EcoHill, Semenyih. Bawa sekali seisi keluarga atau sahabat handai kerana anda pasti berseronok sepanjang anda berada di sini. Yang pastinya, ia taman yang lain daripada yang lain, dan sesuai untuk semua peringkat umur.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-8724 2255. Show Village yang terletak bersebelahan Setia EcoHill Welcome Centre sedia untuk dikunjungi jika anda mempunyai pertanyaan lanjut.

sp-seita-ecohill-terrace-warm-05 sp-seita-ecohill-terrace-warm-25

Isnin-Jumaat / Hari Bekerja: 9pagi – 6 petang & Hujung Minggu & Cuti Umum: 10 pagi – 6 petang

(Koordinat GPS: 2.924088, 101.844021)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×