Advertorial

Kereta Honda HR-V RS Terima Sambutan Luar Biasa Di Malaysia. Fuh, Ini Baru Kereta Idaman!

2.3K
SHARES

Suatu ketika dahulu kereta mungkin hanya dikelaskan sebahagian daripada kehendak, namun kini ia sudah tersenarai sebagai salah satu keperluan dalam hidup terutamanya bagi mereka yang sudah berkeluarga. Namun, dilema untuk memilih kereta idaman mana yang terbaik dan sesuai untuk anda dan seisi keluarga pastinya kerap menghantui.

Bak kata orang, alang-alang dah nak beli kereta tu, baik cari yang best terus baru puas hati. Berikut kami kongsikan tentang kereta Honda HR-V RS baharu yang boleh dikatakan antara kereta Utiliti Kompak Sukan (SUV) paling best di Malaysia setakat ini. Nak beli Honda HR-V RS? Baca ni dulu!

VARIASI BAHARU INI LEBIH MANTAP DAN BERGAYA!

Variasi HR-V RS serius nampak lebih sporty dan menarik apabila bahagian luarannya mengetengahkan reka bentuk signature Honda yang dikenali sebagai Solid Wing Face. Antara rekaan yang paling ketara ialah semua lampu dipertingkatkan dengan lampu utama, lampu nyalaan siang (DRL), lampu kabus dan kombinasi lampu belakang daripada LED. Varian HR-V RS hadir dengan rim aloi dwitona bersaiz 18 inci, rekaan gril hadapan lebih garang, selain bampar hadapan dan belakang terkini yang meningkatkan penampilannya. Cantik sangat!

RUANG KABIN LEBIH LUAS

Ruang kabin HR-V RS pula sangat luas dan ia didatangkan dengan rekaan tempat duduk kulit baharu berwarna hitam yang kelihatan lebih elegan dan mewah. Paling menarik perhatian apabila ia turut dilengkapi Pedal Penukar Gear (Paddle Shift), Tempat Duduk 8 Talaan Kuasa untuk pemandu dan pedal sport sebagai sebahagian daripada pakejnya.

Bahagian kargonya pula boleh laras dengan pelbagai mod konfigurasi dan ini merupakan salah satu ciri penting untuk model ini. Ia direka agar ruangnya lebih luas, praktikal dan penuh fungsi sekaligus menawarkan keselesaan dan kemudahan untuk penumpang dan memberi keseronokan memandu (Joy of Driving) kepada pemandu.

SISTEM STERENG VARIABLE GEAR RATIO (VGR)

Selain itu, Honda HR-V RS dilengkapi Sistem Stereng Variable Gear Ratio (VGR). Ini merupakan sistem stereng yang berfungsi mengubah nisbah gear dan jumlah sudut stereng secara automatik berdasarkan kepada kelajuan kereta. Admin difahamkan apabila anda memandu HR-V RS, stereng dirasakan dapat memberi input lebih baik dengan sudut stereng yang lebih kecil. Jadi, anda akan rasa lebih yakin dan pergerakan tangan juga dapat diminimumkan.

Jika dilihat dalam pemanduan dunia sebenar pula, ciri ini sememangnya berguna ketika memandu di laluan yang banyak selekoh. Sekaligus dapat mengurangkan keletihan dan menawarkan kualiti pemanduan lebih sporty. Anda juga pasti akan mula menghargai ciri ini ketika hendak mengambil selekoh atau masuk ke ruang parkir kerana VGR akan menambah baik tindak balas stereng.

CIRI KESELAMATAN JUGA DIPERTINGKATKAN

Bila nak bawa keluarga yang tersayang mestilah cari kereta yang lengkap dengan ciri keselamatan yang terbaik. Bagi yang bercadang untuk membeli HR-V RS ini anda tidak perlu risau lagi kerana salah satu ciri keselamatan tambahan yang mula diperkenalkan pada sedan Honda Accord sebelum ini turut diikuti oleh Honda CR-V dan sekarang ia sudah dipasang untuk HR-V RS juga.

Honda LaneWatch berfungsi memaparkan imej objek yang ada pada titik buta sebelah kiri apabila pemandu mengaktifkan lampu isyarat membelok. Ia berfungsi menerusi sebuah kamera yang dipasang pada cermin sisi sebelah penumpang. Jadi, pemandu dapat melihat apa yang ada berhampiran keretanya sebelum masuk ke selekoh atau menukar haluan dengan selamat. Senang betul!

Bukan itu sahaja, HR-V RS juga dilengkapi Kamera Undur Pelbagai Sudut (Multi-Angle Rear-View Camera) demi memberi kemudahan kepada pemandu. Paling penting HR-V RS tetap hadir dengan ciri keselamatan standard seperti enam beg udara, Isyarat Berhenti Kecemasan (Emergency Stop Signal), Bantuan Kestabilan Kenderaan (Vehicle Stability Assist) dan Bantuan Mula Mendaki (Hill Start Assist).

JOM KE BILIK PAMERAN HONDA SEKARANG!

Jadi, apa pandangan anda tentang Honda HR-V RS? Luar biasa kan? Admin sarankan anda ke Pengedar sah Honda berhampiran untuk lihat sendiri betapa hebatnya kereta idaman rakyat Malaysia yang satu ini. Apa yang pasti admin yakin ada tawaran hebat dan hadiah menarik untuk anda.

Haa… apa yang anda tunggu lagi tu? Tempah sekarang dan bawa pulang kereta baharu anda sekarang! Sebarang maklumat lanjut tentang promosi dan ganjaran, anda boleh layari laman sesawang Honda.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×