Mengambil keberkatan Syawal, Kenny Rogers Roasters (KRR), sekali lagi bekerjasama dengan Food Aid Foundation (FAF) meraikan 20 kanak-kanak yatim dari Asnaf Al Barakh pada satu majlis tertutup di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
“Hari Raya adalah hari di mana semua orang berkumpul dan berkongsi kegembiraan bersama mereka yang kurang kemampuan. Tahun ini, kami dapat meraikan Hari Raya bersama kanak-kanak dari Asnaf Al Barakh ini. Kami di Kenny Rogers Roasters memang gembira kerana dapat merasai pengalaman beraya dengan kanak-kanak ini. Membantu mereka yang memerlukan memang sudah diterapkan dalam syarikat kami.” ujar Esther Woo selaku Timbalan Pengurus Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd.
Aktiviti Menarik Meriahkan Sambutan
Dalam majlis itu, kanak-kanak ini diraikan dengan menjalani dua aktiviti menarik iaitu ‘Menghias Muffin’ dan ‘Sesi Kraf Tangan’.
Kedua-dua aktiviti ini menyaksikan mereka mempamerkan kreativiti masing-masing.
Bukan itu saja, majlis itu bertambah ceria dengan kehadiran pelari maraton terpantas Malaysia, Edan Syah yang turut berkongsi semangat hari raya bersama anak-anak yatim di Asnaf Al Barakh ini.
Kerjasama Kali Kedua Eratkan Hubungan
Tahun 2016 menandakan tahun kedua KRR dan FAF bekerjasama dalam merealisasikan visi kebajikan terkumpul yang dilaksanakan sepanjang tahun.
“Memang sudah jadi misi FAF untuk menyediakan makanan berkualiti bagi kanak-kanak yang kurang kemampuan dan meningkatkan tahap kehidupan berkualiti bagi mereka. Jamuan raya tahun ini bersama KRR memberi kegembiraan apabila kanak-kanak dari Asnaf Al Barakh juga bergembira menyambut hari perayaan ini.” akhiri Puan Norhayati Ismail selaku Pengarah Projek FAF.