Advertorial

Kenapa Saya Suka MAGGI Kari Sejak Dulu Lagi?

1K
reads
MAGGI Kari

Sebut saja MAGGI Kari, saya pasti ramai di antara kita pasti pernah merasainya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Persoalannya, kenapa saya suka makan MAGGI Kari sejak dulu lagi? Terdapat pelbagai faktor sebenarnya, barangkali anda juga mempunyai sebab yang sama dengan saya.

Pastinya, ada banyak memori dan pengalaman yang telah dilalui bersama MAGGI Kari. Tidak kiralah sama ada pengalaman individu atau pun bersama ahli keluarga. Izinkan saya bercerita tentang pengalaman sendiri.

Kenangan lalu

Bagi saya, saya suka makan Maggi Kari sejak dulu lagi disebabkan ia adalah merupakan satu alternatif lain berbanding selalu mengambil nasi putih berlauk. Saya masih ingat ketika itu saya masih di bangku sekolah rendah pada zaman awal 80-an. Saya merupakan seorang yang agak cerewet dan mengambil masa untuk betul-betul suka dan boleh terima sesuatu hidangan. Ibu kata, orang yang memilih!

Contohnya saya hanya memakan nasi kosong selama berminggu-minggu lamanya sebelum boleh makan nasi dengan kicap. Kemudian perlahan-lahan perut boleh terima nasi kicap dengan telur, dan akhirnya lauk lain seperti ikan dan ayam.

Tetapi bila sudah mula muak dengan memakan nasi masakan ibu setiap hari, saya mula diperkenalkan dengan MAGGI Kari oleh rakan sedarjah. Mula dari hari itu, saya akan meminta ibu membuatkan saya MAGGI Kari dalam bentuk sup untuk makan malam sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kemudian barulah saya upgrade sedikit dengan memakan MAGGI Kari dengan telur, sayur dan ayam.

Boleh dikatakan, kenapa saya suka makan Maggi Kari sejak dulu lagi adalah disebabkan ia mudah dan cepat untuk disediakan. Bagi sesetengah orang yang kreatif, MAGGI Kari tersebut boleh dihidangkan dengan pelbagai ramuan tambahan yang menjadikannya lebih sedap dan menyelerakan. Malah bagi saya, memakan Maggi Kari sebanyak dua bungkus sekaligus barulah dapat berasa betul-betul kenyang.

Lebih-lebih kalau ikut resepi dari blogger masakan tersohor Che Mat Gebu atau secara step-by-step dari emiliaputeri. Pasti terangkat!

Apa rahsia MAGGI?

Bukan sahaja kegemaran saya, malahan saya cukup pasti yang MAGGI Kari adalah mi kari kegemaran Malaysia sejak dulu lagi. Mahu tahu kenapa ia sangat digemari oleh orang ramai seperti saya?

Cili yang segar antara ramuan Maggi

Cili sebenar antara ramuan perencah Maggi

Inilah rahsianya! Daripada kandungan dan cara pembuatan perencah MAGGI Kari itu sendiri, ia lebih kurang sama seperti masakan ibu-ibu kita di rumah:-

  • Cili Sebenar
    Kalau tiada cili, maka tak jadilah kuah kari! MAGGI Kari tambah mengancam kerana perencahnya hanya menggunakan cili sebenar, yang dipetik segar dan semerbak harum dan menyengat aroma cilinya.
  • 12 Rempah
    Kari yang sempurna adalah kari yang lengkap rempah-ratusnya. Sebab itulah MAGGI Kari fokus dalam memilih 12 jenis rempah yang setiap satunya memberikan aroma, rasa dan kenikmatan kari sebenar. Antaranya adalah bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, lada sulah dan lada hitam.
  • Dimasak Sampai Pecah Minyak
    Cara masakan kari tradisional di rumah memang rumit dan lama prosesnya. Ini kerana semua bahan akan ditumis lama-lama sampailah minyaknya naik ke atas. Ia dipanggil “masak sampai pecah minyak”. Cara ini dapat membangkit aroma dan rasa kari sebenar. Dan inilah cara yang sama untuk menghasilkan perencah MAGGI Kari, sama macam masakan kari ibu kita di rumah!

Maka tidak hairanlah, mi segera MAGGI Kari adalah produk yang paling popular dan laris di dalam seluruh rangkaian keluaran anak syarikat Nestle.

Kreatif dalam masakan

Ada yang membuat MAGGI Kari dan makan dalam bentuk sup, iaitu hidangan yang paling cepat disediakan; hanya dalam masa 2 minit sahaja. Cuma masukkan MAGGI Kari tersebut di dalam air panas dan tambah perencah untuk lebih rasa.

Atau ada yang menggorengnya terlebih dahulu dan ia lebih dikenali sebagai MAGGI Goreng, sebuah hidangan yang amat popular di kedai-kedai mamak di seluruh Malaysia. MAGGI Kari turut digunakan tetapi dicampur dengan ramuan lain seperti sos, cili, bawang, telur dan ayam.

Jangan tidak tahu, ada yang lebih kreatif dengan memperkenal MAGGI Ketam! Hidangan unik ini hanya boleh didapati di Pantai Timur.

Enaknya makan!

Bayangkan tatkala hari hujan lebat. Kita berseorangan di rumah. MAGGI Kari pastinya menjadi pilihan rakyat Malaysia di rumah, terutamanya bila hari hujan! Tambahan lagi sampil menghirup secangkir kopi.

MAGGI Kari menjadi teman karib kerana aroma dan rasanya yang memukau. Ia bukan saja lazat tapi mengenyangkan perut di kala kelaparan di waktu malam!

Kegemaran pelajar

Semasa kecil dulu, saya tidak ingat MAGGI merupakan jenama yang begitu popular; tetapi sekarang ia adalah jenama mainstream dan ramai yang memakannya hampir setiap hari, terutamanya bagi pelajar-pelajar universiti yang sedang ikat perut. Apa tidaknya, benda lain semua naik harga secara mendadak; tetapi bagi saya MAGGI Kari masih mempunyai harga yang berpatutan dan tidak kurang sedapnya. Juga disebabkan kesibukan jadual kelas yang panjang dan padat, diselang-seli dengan tutorial lagi; MAGGI Kari merupakan makanan yang cepat dimasak dan sedap dimakan.

Ingat lagi zaman masih jadi pelajar? MAGGI adalah peneman setia waktu malam setelah berhempas-pulas mengulangkaji pelajaran.

Teringat pengalaman makan Maggi Hot Cup di pejabat

Teringat pengalaman makan Maggi Hot Cup di pejabat

Untuk orang yang sibuk

Maggi Kari juga telah melalui beberapa inovasi seperti Maggi Kari Hot Cup, iaitu hanya perlu tambah air panas dan ditambah perencah dan boleh terus makan. Ia amat sesuai bagi mereka yang selalu terkejar-kejar dan tidak mempunyai masa yang panjang untuk makan, terutamanya bagi mereka yang bekerja di pejabat.

Saya tidak boleh bayangkan pergi ke medan selera atau restoran dan perlu menunggu lama untuk mendapatkan makanan dan kemudian mendapatinya tidak begitu sedap. Malah ia lebih membuang masa dan tatkala makanan sampai, perut pasti sudah amat kosong akibat menunggu terlalu lama.

Untuk perantau

Bagaiman jika outstation? Atau jalan-jalan ke luar negara?

MAGGI Kari juga sesuai dibawa bersama ketika bercuti, juga di bawa bersama ke luar negara untuk mereka yang merantau jauh. Sebabnya? Inilah hidangan yang membuatkan kita merasa seperti berada di rumah atau balik ke tanahair tercinta. Kalau rindu mahu balik Malaysia, makan semangkuk MAGGI Kari pun jadilah!

Saya masih ingat lagi, seorang teman di Australia tahu saya akan datang ke sana atas urusan kerja. Dia sanggup menelefon dan mengingatkan saya supaya bawa beberapa bungkus MAGGI Kari. Lepas gian katanya! Hai, macam-macam.

maggi-big-perencah-kari

Untuk yang tidak cukup makan sebungkus!

 

Untuk yang bajet

Juga disebabkan faktor kos yang semakin meningkat, membuatkan MAGGI Kari ini cukup digemari ramai. Zaman sekarang, RM10 sekali makan di restoran adalah perkara biasa. Jika di kafe pula, harga makanan dan minuman boleh mencecah puluhan ringgit. Bebanan hutang yang semakin meningkat akibat harga rumah, kereta, barangan keperluan asas yang terpaksa ditanggung, turut menyumbang kepada populariti MAGGI Kari yang meningkat dari semasa ke semasa.

Saya rasa baru tahun lepas, MAGGI Kari Big diperkenalkan ke pasaran Malaysia dan ia merupakan alternatif yang baik bagi orang seperti saya yang sering tidak cukup dengan memakan sebungkus tetapi terlalu kenyang dengan memakan dua bungkus. Sebungkus MAGGI Kari Big berada di tengah-tengah dan boleh mengelakkan pembaziran di pihak orang ramai juga.

Hidangan lebih sihat

Antara taktik pemasaran baru yang Maggi ambil adalah dengan memperkenalkan beberapa langkah ke arah menghasilkan MAGGI yang lebih sihat. Sebagai contoh, MAGGI Kari sekarang tidak mempunyai MSG atau Monosodium Glutamate; sejenis bahan kimia yang seringkali digunakan sebagai penaik rasa. Juga dengan menjadikannya MAGGI Kari kurang gula dan tidak menggunakan minyak trans turut menjadikannya pilihan bagi mereka yang mementingkan kesihatan.

Tetapi jika difikirkan kembali, rasa MAGGI Kari dari dulu sehinggalah sekarang adalah sama walaupun bertahun lamanya. Malah bahagian untuk sebungkus MAGGI Kari adalah sama dari dulu sehingga sekarang dan ini menambah kepada kepercayaan orang ramai kepada jenama MAGGI tersebut.

Kita boleh lihat di mana beberapa pengeluar mengambil langkah singkat iaitu menaikkan harga bagi menampung kos yang meningkat. Tidak kurang juga ada yang mengurangkan bahagian dengan mengeluarkan kuantiti yang lebih rendah supaya orang akan berasa harga tidak naik.

Antara banyak-banyak perasa, Maggi Kari tetap di hati!

Antara banyak-banyak perasa, Maggi Kari tetap di hati!

Jenama yang dekat di hati

Walaupun dengan adanya pelbagai variasi MAGGI seperti perisa Asam Laksa, Ayam, Kari Letup dan Tom Yam; Maggi Kari tetap menjadi pilihan hati. Tidak ada pengganti yang lebih sedap melainkan MAGGI Kari. Jika dibandingkan dengan jenama mi segera pengeluar lain juga, tidak ada yang semudah MAGGI Kari dari segi penyediaannya dan juga dari segi kesedapannya.

Ada yang hanya sedap dimakan begitu sahaja tetapi tidak begitu sedap dengan ramuan tembahan; dan ada juga yang hanya sedap jika ditambah dengan ramuan lain. Sebaliknya bagi MAGGI Kari, anda berpeluang menjadi sekreatif yang mungkin bagi mendapatkan rasa yang terbaik.

Dengan terdapatnya Maggi Kari di hampir semua tempat, dicampur dengan pemasaran dan penjenamaan yang hebat; ia turut menyumbang kepada kenapa saya suka makan Maggi Kari sejak dulu lagi. Saya tidak akan kelihatan seperti janggal jika memakannya kerana ramai kenalan saya juga turut menyukainya. Dengan adanya rakan yang mempunyai minat yang sama, kami sering berkongsi tips bagaimana untuk mendapatkan rasa terbaik daripada MAGGI Kari. Tidak kira sama ada MAGGI Kari dalam bentuk sup ataupun MAGGI Goreng. Pasti ada sesuatu yang istimewa!.

MAGGI Kari

Juga sesuai untuk keluarga

MAGGI Kari adalah hidangan yang mengikat kasih sayang. Menjadi hidangan yang memujuk anak yang merajuk, meredakan kemarahan pasangan kerana ia sememangnya menjadi kegemaran semua dan tiada siapa mampu menolak hidangan semangkuk MAGGI Kari!

Dan kini, MAGGI ingin menghargai kesetiaan anda dengan menyertai World Curry Festival pada 30 Jan – 1 Feb 2015 di Penang International Halal Expo, di mana MAGGI akan memberikan promosi terhebat seperti berikut:

  • BELI 1 PEK MAGGI BIG KARI PERCUMA 1 PEK MAGGI KARI di pasar raya yang mengambil bahagian di SELURUH NEGARA.
  • Kepada pengunjung World Curry Festival, anda berpeluang menikmati promosi “ANDA BELI, KAMI MASAK UNTUK ANDA” di mana anda boleh menikmati MAGGI Kari di sana yang dimasak panas-panas untuk anda selepas anda membeli pek MAGGI Kari!
  • Juga terdapat Demo Masakan Kari oleh CHEF MULUK di World Curry Festival di mana anda boleh ketahui lanjut rahsia di sebalik rasa MAGGI kari yang paling lazat!
  • Juga rebutlah Kemeja-T PERCUMA dan Beg Beli-belah PERCUMA – Edisi terhad MAGGI KARI!

MAGGI ingin meraikan segala curahan kasih sayang, keprihatinan dan kecemerlangan yang telah anda semua lalui bersama MAGGI Kari dalam hari-hari anda sekeluarga di World Curry Festival. Jadi, jangan lupa sertai pelbagai aktiviti, demo masakan, pertandingan dan ramah-mesra yang  dianjurkan oleh MAGGI untuk menghargai anda di World Curry Festival.

Jumpa anda di sana!

Nota: Entri ini ialah ‘Sponsored Post’ dari Maggi

Yang Popular

To Top