Asuh

Kenapa Ada Bayi Takut & Geli Dengan Rumput? Ini Sebabnya Ibu Kena ‘Alert’

92
SHARES

Perasan tak, terdapat sesetengah bayi memang tak berapa suka jika didudukkan dekat rumput.

Ada bayi yang terus menangis dan meraung apabila ditempatkan dekat dengan rumput, apatah lagi apabila disuruh memijak atau menyentuhnya.

Kita yang tengok ni rasa pelik, dan rasa kelakar pun ada kan?

Pernahkah kita terfikir, kenapa bayi takut rumput sebenarnya ya?

4 Sebab Kenapa Bayi Takut Rumput

Di sebalik kelucuan reaksi bayi terhadap rumput, sebenarnya ada saintis dan pengkaji yang telah membuat penelitian tentang perilaku ini.

Berikut adalah sebab kenapa bayi takut rumput yang ibu ayah perlu tahu.

Baca juga : Anak Yang Suka Buat Sepah Itu Sebenarnya Genius!

1. Sensasi Tajam, Berbulu & Gatal

Secara logiknya, tekstur rumput yang kelihatan tajam, gatal dan berbulu adalah antara sebab kenapa bayi takut dan geli untuk memijak atau memegang rumput.

Menurut sebuah artikel dari Fatherly.com, pakar berpendapat keadaan ini boleh menyebabkan ‘sensory overload’ terutamanya bagi bayi yang pertama kali melihat rumput.

Jadi tak hairanlah bayi menunjukkan reaksi kurang selesa jika mereka tidak pernah atau jarang didedahkan kepada rumput.

Foto Kredit: fredricksonlawnandlandscape.com

2. Respon Terhadap Tumbuhan Beracun

Selain daripada tekstur rumput itu sendiri, sebuah kajian dari Yale University yang diterbitkan melalui jurnal The Infant Cognition Centre pada tahun 2014, mendapati bahawa bayi mengambil masa yang lebih lama untuk menyentuh tumbuh-tumbuhan berbanding objek lain.

Pakar berpendapat bahawa respon ini adalah satu tindakbalas semulajadi manusia untuk melindungi diri terhadap bahaya tumbuhan beracun atau tumbuhan yang tajam dan boleh mencederakan bayi.

3. Melindungi Daripada Kecederaan

Dalam eksperimen tersebut, bayi didudukkan di pangkuan ibunya. Di hadapan mereka hanya ada meja yang diisi oleh tanaman, tanaman palsu, dan sebuah objek lain.

Hasilnya penelitian mendapati daripada 47 bayi berusia 8-18 bulan itu sebanyak 45 bayi mengambil masa lebih lama untuk menyentuh tanaman, baik yang asli mahupun yang palsu, daripada objek lain tersebut.

Secara purata, bayi memerlukan masa 5 saat lebih lama untuk menyentuh tanaman berbanding objek-objek lain.

Tindakbalas ini juga dikatakan dapat memberi ‘amaran’ terhadap sifat bayi yang suka meneroka dengan memasukkan benda ke dalam mulut.

kenapa bayi takut rumput

4. Masalah Pemprosesan Sensori (Sensory Processing disorder)

Walaupun respon ini biasanya normal, namun ibu ayah juga perlu peka bahawa sesetengah kanak-kanak yang terlalu takut dengan rumput, terutamanya apabila mereka semakin meningkat usia mungkin mengalami masalah Gangguan Pemprosesan Sensori (sensory processing disorder).

Menurut Portal MyHealth, Gangguan Pemprosesan Sensori ini boleh mengganggu satu, sebahagian, atau kesemua sensori.

Satu ketidakfungsian sensori akan menjejaskan beberapa kefungsian badan. Sekiranya satu atau lebih sensori yang terganggu, maklumat sensori yang dihantar ke otak menjadi tidak tepat.

Maklumat menjadi tidak teratur dan menyebabkan individu tersebut mentafsirkan persekitaran dengan cara yang berbeza.

Mereka yang mengalami SPD akan mengalami hipersensitif atau hiposensitif yang mungkin juga akan menyebabkan masalah skil motor dan tingkahlaku (emosi).

Antara gejala-gejala yang dialami adalah seperti berikut:

  • Hipersensitif kepada sentuhan, pergerakan, penglihatan, atau bunyian
  • Hiposensitif kepada sentuhan, pergerakan, penglihatan, atau bunyian, impulsif, kurang kawalan diri.
  • Kesukaran untuk beralih dari satu situasi ke situasi yang lain.
  • Tidak dapat menenangkan diri
  • Senang terganggu
  • Tahap aktiviti yang terlalu tinggi atau terlalu rendah.
  • Cuai secara fizikal

Meskipun begitu, ibu ayah jangan terlalu risau dan melabel anak-anak dengan melulu tanpa sebarang diagnosis ya.

Jika ibu ingin mendapatkan kepastian tentang tingkahlaku anak, berjumpalah dengan Ahli Terapi Carakerja (Occupational therapist) boleh membuat penilaian terhadap tahap tindakbalas individu berkenaan maklumat sensori dari badan dan persekitarannya dengan menggunakan bahan penilaian, pemerhatian klinikal dan menemuduga penjaga atau guru.

Baca juga : ‘Akhirnya Persoalan Terjawab’, Ibu Ini Kongsi 10 Tanda Autisme Pada Anak Sebelum Umur 2 Tahun

Jom Dedahkan Anak Pada Alam Semulajadi!

Walaupun ‘ketakutan’ ini adalah normal dan biasanya hanya bersifat sementara, ibu ayah tetap dianjurkan untuk mengenalkan bayi pada tanaman sejak kecil.

Jika dibiasakan, anak-anak akan mendapat lebih maklumat tentang tumbuhan dan ia membuatkan mereka tidak akan takut lagi untuk berinteraksi dengan rumput atau tanaman lain.

tips potong rumput

Foto Kredit: fashionablehostess.com

Malah, pelbagai aktiviti outdoor juga akan meningkatkan kreativiti serta merangsang minda mereka untuk lebih giat meneroka alam semulajadi!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×