Hebahan

Kempen Gigi Sensitif ‘Sensodyne Chill Test Challenge’ Tawarkan Hadiah Hebat

69
SHARES

Kuala Lumpur – GlaxoSmithKline Consumer Healthcare (GSK) baru-baru ini melancarkan kempen Sensodyne Chill Test Challenge dalam usaha mereka memberi kesedaran orang ramai mengenai peningkatan masalah gigi sensitif di kalangan rakyat Malaysia.

“Rakyat Malaysia memang suka makan malah tidak hairanlah mereka suka menghadiri majlis keraian sambil menikmati makanan yang dihidangkan. Namun kajian IPSOS mendapati 50% rakyat Malaysia tidak dapat menikmati makanan dan minuman disebabkan oleh masalah gigi sensitif. Tetapi mereka ini tidak perlu risau kerana dengan adanya kempen Sensodyne Chill Test Challenge, mereka dapat mengenalpasti tahap sensitiviti yang dihidapi dan cara untuk mengatasinya mengguna ubat gigi Sensodyne, secara tak langsung membebaskan mereka daripada masalah gigi sensitif,” – Stacy Wallace, Pengurus Besar GSK Consumer Healthcare Malaysia & Brunei.

Masalah Gigi Sensitif Sering Dipandang Ringan

Berikutan hasil kajian oleh IPSOS, masalah gigi sensitif yang dihadapi oleh mereka yang berusia antara 18 hingga 34 tahun. 40% daripada mereka mengalami masalah gigi sensitif tetapi tidak memandang berat akan masalah itu malah tidak membuat kawalan terhadap masalah berkenaan.

Satu daripada tiga orang dewasa mengalamai masalah itu, ada yang mengetahui simptom gigi sensitif dan penyebabnya iaitu memberus terlalu kuat, mengambil makanan berasid dan banyak lagi.

Penyebab sakit gigi

Foto Kredit: fitneass.com

Kempen Sensodyne Chill Test Challenge Tawarkan Hadiah Hebat

Tahun ini, Sensodyne Chill Test Challenge akan mencabar lebih ramai pengguna menyertai kempen itu di mana mereka perlu minum atau makan makanan sejuk dan berais yang diberikan dalam masa 30 minit.

Bagi yang menyertai kempen itu, mereka berpeluang memenangi baucer Nando’s bernilai RM250, baucer Chatime dan Pek Sensodyne Care.

Untuk menyasarkan lebih rakyat Malaysia menyertainya, Sensodyne bekerjasama dengan San Francisco Coffee (minuman kopi), Chatime (minuman teh) dan llaollao (aiskrim).

Orang ramai boleh menikmati makanan dan minuman sejuk daripada tiga jenama ini secara percuma apabila menyertai kempen tersebut. Dengan ini mereka dapat mengenalpasti sama ada mereka mempunyai masalah gigi sensitif atau tidak.

Fakta mengenai kempen ini:

  • Ia diadakan sehingga 4 September 2016
  • Sertainya dan berpeluang memenangi baucar Nando bernilai RM250, pek Sensodyne Care dan baucar Chatime. Untuk maklumat lanjut, layari https://sensodyne.com.my/chilltest
  • Kerjasama bersama Chatime Malaysia, llaollao Malaysia dan San Francisco Malaysia
  • Krew Sensodyne akan berada di cawangan Chatime dan llaollao untuk melakukan ujian gigi sensitif selain memberi sampel percuma

Tentang Sensodyne

Buat pengetahuan, Sensodyne adalah jenama ubat gigi yang disarankan oleh doktor gigi untuk mengatasi masalah gigi sensitif yang disebabkan oleh makanan atau minuman sejuk, panas, manis dan masam. Sensodyne menawarkan aneka rangkaian penjagaan gigi sensitif yang meliputi berus gigi dan penyegar mulut yang dapat merawat masalah gigi sensitif. Dengan mengguna produk-produk Sensodyne, mereka yang mengalami masalah ini dapat mengatasinya dan terus menikmati makanan dan minuman tanpa berasa sakit.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×