Hebahan

Kemasukan Pelajar Ke IPT Secara Berperingkat Mulai 15 Oktober

46
SHARES

Terbaharu, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi mengumumkan mengenai Pengoperasian Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di mana kemasukan pelajar secara berperingkat adalah bermula 15 Oktober ini.

Kemasukan ini adalah supaya para pelajar dapat meneruskan pembelajaran secara bersemuka yang lama sudah tertangguh.

Baca juga: Vaksin Remaja Bawah 17 Tahun Serentak Dengan Pembukaan Sekolah

KEMASUKAN PELAJAR IPT BERPERINGKAT MULAI 15 OKTOBER

Berikut merupakan antara beberapa maklumat tentang pengoperasian IPT secara bersemuka :

1. Kemasukan pelajar lengkap divaksin ke IPT babit semua kategori dan Fasa PPN, keutamaan kepada pelajar berkeperluan

2.Proses kemasukan pelajar akan gunakan ‘SOP Sektor Pendidikan Tinggi: Pengoperasian IPT’

3. Hanya pelajar, staf akademik dan bukan akademik lengkap vaksin, tempoh keberkesanan dibenar masuk kampus, tertakluk kapasiti IPT

4. IPT perlu kenal pasti pelajar, tentukan jadual pergerakan dan pastikan warga IPT lalui proses saringan kesihatan yang ketat

5. Bagi IPT di Semenanjung, hanya surat kebenaran kembali ke kampus daripada IPT diperlukan

6. Pelajar IPT di Sarawak, Sabah, Labuan perlu dapat surat kebenaran rentas daerah/negeri daripada polis dan jalani saringan RT-PCR

7. IPT perlu sediakan pusat pengasingan di IPT masing-masing bagi uruskan kes-kes bergejala atau jangkitan

8.Pengurangan yuran 20 peratus kepada semua pelajar warganegara di Universiti Awam bagi Semester 1 Sesi 2021/2022

9. Bagi kursus/program dalam talian, pelajar boleh pilih teruskan PdP di lokaliti masing-masing

10.Kemasukan pelajar antarabangsa dari UK, pelajar program Mobiliti dan Edutourism beserta tanggungan sah dibenarkan

Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×