Sihat

Air Alkali : Kebaikan, Bahaya, Mitos & Kesannya Menurut Sains

59
SHARES

KEBAIKAN AIR ALKALI UNTUK KESIHATAN : ADAKAH GIMIK SEMATA-MATA?

Minum air yang secukupnya memang penting bagi kesihatan menyeluruh.

Dalam memenuhi keperluan air minuman di rumah, banyak produk penapis air dan air minuman dijual di pasaran.

Antara produk yang paling terkenal dan dikatakan memiliki 1001 khasiat ialah air alkali.

Ia dikatakan dapat menjadi penawar kepada pelbagai penyakit dan mampu meningkatkan kesihatan seseorang.

Sejauh manakah keberkesanannya dan adakah ia lebih baik daripada air minuman biasa?

kebaikan air alkali

Kredit Foto : purewow.com

Apa Itu Air Alkali?

Air alkali yang dihasilkan secara semulajadi mengalir melepasi batu dari punca air semulajadi . Dengan cara ini, air dapat mengumpul khasiat mineral dan meningkatkan paras alkali.

Walau bagaimanapun, air alkali yang kebanyakannya dijual bukanlah dibuat secara semula jadi, malah ia telah melalui proses kimia iaitu elektrolisis.

Teknik ini menggunakan mesin ‘ionizer’ bagi meningkatkan paras pH air biasa. Banyak pengeluar produk air alkali mengatakan cara ini dapat mengasingkan molekul air berasid dan beralkali.

Menurut pakar kesihatan, kualiti air perlulah dititikberatkan sebelum melalui proses ‘ionization’ bagi memastikan air selamat diminum dan bebas kontaminasi.

Beza Air Alkali Dengan Air Biasa

Apa yang membezakan air alkali dengan air biasa ialah tahap pHnya. Air alkali ialah air dengan paras pH melebihi neutral iaitu dengan nilai 7 ke atas.

Air mineral, air water filter yang dipasang di rumah dan air paip yang dididihkan biasanya memiliki nilai pH antara 7.1 ke 7.5. Air alkali pula memiliki nilai pH antara 8 ke 9.

 

kebaikan air alkali

Kredit Foto : householdmag.com

Kelebihan Air Alkali : Fakta Atau Gimik Marketing?

Pengamal tegar air alkali sering claim bahawa air alkali yang lebih tinggi molekul hidrogen berbanding air minuman biasa dapat meningkatkan hidrasi badan, terutamanya selepas workout. Mereka juga memilih air alkali kerana dikatakan air yang kurang kadar alkali dapat menyebabkan masalah kesihatan seperti osteoporosis dan kanser.

Marketing air alkali juga turut senaraikan kelebihannya dalam meningkatkan kesihatan antaranya :

– Meningkatkan metabolisma
– Membekalkan tenaga
– Melambatkan penuaan
– Melancarkan sistem penghadaman
– Mencegah kanser

Namun, kebanyakan claim yang diwar-warkan tentang kebaikan air alkali hanya dapat disahkan melalui kajian saintifik.

Hanya beberapa kajian telah dijalankan bagi mengukur manfaat air alkali kepada tubuh.

Antara kebaikan air alkali yang dapat dibuktikan melalui kajian ialah :

1. Mengurangkan Penyakit Refluks Asid

Kajian mendapati air alkali berkarbonat semula jadi yang berpunca dari perigi Artesian dengan kadar pH sebanyak 8.8 dapat menyingkirkan enzim pepsin dalam badan.

Enzim ini menjadi punca utama berlakunya penyakit refluks asid. Tetapi, kajian ini hanya dijalankan di dalam makmal dan tidak diuji pada individu.

2. Mengurangkan Tekanan Darah, Paras Gula dan Kolesterol

Dalam hasil kajian terbitan Shanghai Journal of Preventive Medicine, pengamalan air alkali selama 3 ke 6 bulan didapati dapat menurunkan tekanan darah, paras gula dan kolesterol dalam darah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3. Mengurangkan Kepekatan Darah

Kajian baru pula mendapati air alkali dapat mengurangkan kepekatan darah sebanyak 6.3% selepas bersenam berbanding air ditapis.

Darah yang kurang pekat didapati dapat membekalkan oksigen secara lebih berkesan kepada sel-sel dalam badan.

Dapatkah Ia Menjadi Penawar Pelbagai Penyakit?

Ramai pakar perubatan berpendapat kehebatan air alkali yang disebarkan kepada orang ramai adalah lebih kepada gimik pemasaran kerana tidak banyak kajian yang dijalankan bagi membuktikan kesahihan air alkali sebagai minuman penawar.

Tambahan pula, buah pinggang kita sendiri sebenarnya dapat mengawal paras pH dengan baik. Buah pinggang berfungsi sebagai penapis semulajadi badan bagi mensabilkan keasidan dalam tubuh. Jika darah dalam badan terlalu berasid, badan akan menstabilkan dengan cara menghembuskan karbon dioksida.

Bukan sahaja buah pinggang, malah perut juga memainkan peranan penting dengan meneutralkan semua makanan dan minuman melalui rembesan gastric juice. Peluang air alkali untuk berfungsi juga dilihat kurang cerah kerana perut akan meneutralkan air alkali sebelum ia sempat berfungsi dalam badan.

Menurut MedicalNewsToday, orang ramai dinasihatkan untuk minum air minuman biasa dengan pH neutral kerana kadar asid dan alkali yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan.

Bagi yang sihat tubuh badan, air minuman biasa sudah mencukupi untuk menghidratkan badan. Tambahan pula, tiada kajian yang menyokong keberkesanan air alkali kepada orang yang tiada masalah kesihatan.

Kesan & Kebaikan Air Alkali Pada Tubuh Badan

Walaupun pengambilan air alkali dikira selamat, namun ia mungkin dapat memberikan kesan jika diminum dengan kadar yang banyak dalam jangka masa yang lama.

Kadar alkali yang terlalu tinggi dalam badan dapat memberikan kesan seperti:

– Mengurangkan asiditi semulajadi perut bagi melawan bakteria dan pathogen berbahaya.
– Menyebabkan masalah sistem penghadaman.
– Keradangan dan kegatalan kulit.
– Penyakit alkalosis metabolik yang menyebabkan mual, tangan menggeletar (hand tremors), dan paras kalsium berkurang dalam badan.

Jika air alkali baik untuk diminum, sudah tentu doktor akan mengesyorkan untuk anda.

Namun, ia tidaklah disyorkan secara perubatan, malah ia lebih kepada pemasaran bebas oleh pelbagai syarikat pengeluar mesin tapisan air alkali.

Kajian yang dijalankan juga terlalu sedikit bagi mengukuhkan fakta keberkesanannya pada tubuh badan.
Jangan mudah terpedaya dengan taktik pemasaran air alkali.

Sebenarnya, air penapis di rumah atau air mineral sudah memadai bagi mengekalkan kesihatan dan hidrasi badan.

Sumber rujukan: 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×