Famili

Menyesal Pernah Doa Minta Nyawa Ibu Ditarik, Kisah Gadis Ini Undang Sebak…

148
SHARES

Ibu adalah anugerah terindah kerana tanpa ibu, tiadalah kita di dunia ini. Ternyata, doa ibu adalah rahmat dan pelindung diri kita namun tidak semua orang mempunyai kelebihan tersebut dalam masa yang lama. Ini kisah yang dikongsikan di laman Twitter @hazidajimmy dimana dia berkongsikan kisah mendoakan hal yang bukan-bukan terhadap ibunya sendiri.

Apa yang menyedihkan adalah, apa yang didoakan menjadi benar apabila ibunya pergi dijemput Illahi setelah berjuang melawan kanser tahap 4.

“ALLAH, KAU AMBIK JELAH MAK AKU, AKU DAH TAK TAHAN”

Berdasarkan perkongsian oleh Hazida Jimmy menerusi laman Twitter, dia menceritakan bahawa pernah berada dalam tekanan kerana perlu menjaga ibunya yang sedang sakit. Oleh kerana tertekan dengan perangai arwah yang sukar menurut kata, dia juga pernah mendoakan supaya nyawa ibunya ditarik.

MARAH BERSEBAB

Namun, tindakan marahnya bukanlah tidak bersebab. Hal ini kerana, dia tidak sanggup lagi untuk melihat keadaan arwah ibu yang perlu menjalani pelbagai proses perubatan. Berdasarkan perkongsiannya, doktor juga telah memberitahu bahawa tiada jalan kesembuhan buat ibunya.

REDHA DENGAN UJIAN

Setelah pemergian arwah ibu, dia mengambil masa hampir 7 tahun untuk betul-betul melepaskan pemergian ibunya. Namun, apa yang diharapkan semoga dirinya kekal tabah dan percaya pada ketentuan Qada’ dan Qadar dimana yakin akan bertemu dengan arwah ibu di kehidupan yang kekal dan abadi.

Sumber: Hazidajimmy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×