Advertorial

Kami Dah Cuba Sendiri Astro Ultra Box, Ini Ciri-Ciri Baru Yang Anda Sekeluarga Pasti Suka!

954
SHARES

 

Astro baru-baru ini telah melancarkan produk dan perkhidmatan terbaharu mereka melalui Ultra Box. Ia membawakan kandungan Astro dalam resolusi 4K UHD, fungsi rakaman awan (Cloud Recording) yang membolehkan pengguna merakam lebih daripada satu siaran secara serentak, dan juga hadir dengan antaramuka baharu yang segar.

Memandangkan kami di Sirap Limau dah pun berjaya naik taraf set-top-box (STB) yang sedia ada ke Astro Ultra Box ni, jom kami kongsikan beberapa ciri-ciri best yang anda wajib tahu.

1. Paparan skrin antaramuka kini berwajah baru!

Paparan baru ini membolehkan carian kandungan dengan lebih mudah. Semua program yang dipaparkan tersedia untuk ditonton tanpa dikenakan bayaran kecuali program yang dipaparkan dalam Store.

2. Nikmati lebih 50,000 video menarik

Kami yakin semua orang suka dengan kelebihan yang satu ini. Anda hanya perlu sambungkan Ultra Box kepada internet dan nikmati lebih 50,000 video on demand di rumah atau melalui Astro GO. Pendek kata, strim saja mana-mana kandungan hiburan daripada Ultra Box bila-bila masa yang anda suka. Ada drama terkini (Catch Up), filem (Movies), program kanak-kanak (Kids) dan macam-macam lagi.

3. Kualiti gambar 4K UHD

Dengan Ultra Box, kini anda boleh menonton kandungan beresolusi 4K UHD menerusi saluran 780. Kandungan filem terpilih juga akan ditawarkan pada resolusi ini menerusi saluran Astro Best 481.

Setakat ini, antara kandungan yang ditawarkan ialah Liga Perdana Inggeris, Formula 1, dokumentari dan filem terpilih. Untuk peminat sukan, anda juga boleh menyaksikan perlawanan UEFA EURO 2020 yang akan datang dengan kualiti 4K UHD.

Walau bagaimanapun, untuk menikmati tontonan 4K UHD, pelanggan memerlukan televisyen 4K yang bersesuaian ya.

4. Fungsi rakaman awan lebih syok

Paling menarik, Astro Ultra Box dan Astro GO membolehkan pelanggan merakam mana-mana program secara serentak di mana-mana peranti dan kandungan itu akan disimpan di Astro Cloud di mana ia boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Setiap pelanggan diberikan 200 jam simpanan HD secara percuma dan tambahan 1,500 jam simpanan secara pilihan yang boleh dibeli dengan harga serendah RM15 sebulan. Memang ultra syok lah!

5. Boleh tonton semula siaran yang terlepas dari awal

Kalau anda nak tahu, antara fungsi paling kami suka ialah ‘Play from Start’. Melalui fungsi ini, anda boleh mainkan semula rancangan atau drama kegemaran dari awal siaran.

Kami yakin semua pasti berpuas hati dengan fungsi ini kerana mereka boleh menonton rancangan siaran langsung dari awal walaupun jika mereka terlepas minit-minit awal.

6. Carian

Dengan menaik taraf ke Ultra Box, carian juga jadi lebih mudah untuk kandungan dari katalog yang merangkumi siri TV, filem, program kanak-kanak, kandungan langsung dan rakaman anda sendiri. Anda boleh buat carian mengikut padanan tajuk program, pelakon, pengarah dan juga saluran. Senanglah nak strim nanti.

7. Tonton program yang sama di peranti berlainan

Haaa… lagi satu fungsi yang agak mengejutkan kami ialah anda boleh hentikan program di satu peranti dan anda sambung semula program yang anda tonton tadi di peranti yang lain menerusi Astro GO.

Contohnya, anda sedang menonton rakaman drama Hero Seorang Cinderella di televisyen. Tapi tiba-tiba ada hal nak keluar rumah pulak. Tiada masalah, anda boleh sambung menonton drama tersebut di telefon pintar sampailah habis. Ya, dengan fungsi ‘Stop Here, Continue There’, anda boleh menonton Astro secara ‘Multi-screen’.

Naik taraf percuma untuk pelanggan sedia ada!

Berita baik untuk pelanggan sedia ada Astro yang melanggan pakej RM100 dan ke atas, anda sebenarnya boleh menaik taraf set-top-box (STB) masing-masing ke Ultra Box secara percuma tau! Bayaran RM199 pula akan dikenakan bagi pelanggan dengan pakej di bawah RM100.

Apa yang pasti, pada waktu yang sama kontrak anda akan disambung selama 24 bulan lagi untuk pasca penaiktarafan. Sebarang maklumat lanjut anda boleh kunjungi laman sesawang www.astro.com.my/ultra.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×