Rumah

Jumlah Bil Melambung? Ini Tips Ringkas Jimat Penggunaan Elektrik Sepanjang PKP

19
SHARES

Selari dengan arahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal di dalam rumah semasa musim penularan Covid-19 ini, pastinya ramai yang risau jika bil elektrik naik melambung. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengelak bil anda dicaj tinggi.

Perlu Sedar Tahap Penggunaan Eletrik

Jika sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di keluarkan, kebanyakan rumah kosong di siang hari. Kini rumah telah menjadi tempat untuk berkumpul dan melakukan pelbagai aktiviti tidak kira waktu, ini kerana arahan tidak dibenarkan berada di luar rumah telah dilaksanakan.

Sudah semestinya dengan hanya menetap di rumah, tidak kira dewasa atau kanak kanak pastinya akan menggunakan tenaga elektrik lebih dari kebiasaan, ada yang menggunakannya untuk mengecas telefon bimbit, bermain mainan secara atas talian, penyaman udara dihidupkan sepenuh masa dan pelbagai lagi. Dengan ini, pastinya penggunaan eletrik akan melebihi dan akan mengakibatkan bil bulanan anda akan melambung.

Untuk kurangkan bayaran bil elektrik, anda haruslah jimatkan penggunaan tenaga elektrik. Jika tahu cara jimat elektrik yang betul, maka perbelanjaan bulanan dapat dikurangkan dan akan membantu memperbaiki aliran tunai ke arah lebih baik.

Cara Jimat Penggunaan Elektrik

Secara umumnya, dari sini lah kita belajar bagaimana untuk mengurangkan penggunaan eletrik.

  • Penggunaan barang eletrik yang betul
  • Penggunaan suhu penghawa dingin ditetapkan ke 25-27 darjah celsius
  • Jangan kerap membuka pintu peti sejuk di rumah
  • Mengehadkan penggunaan televisyen
  • Mengehadkan penggunaan penghawa dingin
  • Jika menggunakan cerek eletrik, kurangkan memanaskan air dengan menyimpan air panas di dalam termos
  • Kurangkan penggunaan lampu di waktu siang dan lebihkan menggunakan cahaya matahari
  • Tutup suis alatan eletrik jika tidak digunakan seperti alat pengecas telefon bimbit, komputer riba, televisyen, microwave dan lain lain
  • Soket hendaklah dicabut jika tidak digunakan

Itu sahajalah beberapa cara yang dapat dikongsi untuk menjimatkan penggunaan eletrik seharian dirumah anda ketika ini. Jika anda dapat mengurangkan penggunaan, ini tidak langsung anda juga dapat mengurangkan jumlah bil eletrik bulanan anda.

Sumber : The Guardian

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×