Famili

Jom Uji Sendiri Produk Dyson di Outlet Demonstrasi Mereka yang Terbaharu

13
SHARES

Siapa sahaja yang tidak mengidamkan produk berkualiti dari jenama Dyson? Tengok review pun semua positif. Jadi, buat anda yang berhasrat nak beli produk Dyson boleh singgah ke kedai demonstrasi mereka yang terbaharu!

Dyson kini mempunyai 10 cawangan eksklusif di Malaysia

Untuk pengetahuan anda, Dyson telah melancarkan pembukaan kedai demonstrasinya yang terbaharu di Pavilion Kuala Lumpur dan IOI City Mall Putrajaya sekaligus melengkapkan jumlah cawangan kedai yang ke-10 mereka di Malaysia.

• Kedai Dyson Demo baharu (Pavilion Kuala Lumpur) dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada jam 10:00 pagi pada 4 April 2022 dan terletak di Lot 4.17.00, Tingkat 4, Pavilion Kuala Lumpur, 168, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
• Kedai Dyson Demo baharu (IOI City Mall, Putrajaya) dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada jam 10:00 pagi pada 4 April 2022 dan terletak di No L1-232, Tingkat Pertama, 101 City Mall 2, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Sepang Selangor, Malaysia.
• Dibuka setiap hari dari pada jam 10:00am sehingga 11:00pm

Pelbagai Zon Demonstrasi dan Stesen Penggayaan Rambut untuk Pelanggan

Kedai Dyson Demo baharu bakal menonjolkan teknologi dalam mesin Dyson, dengan zon demonstrasi dan paparan interaktif bagi menawarkan pengalaman praktikal yang lancar kepada pembeli.

Antara tarikan di kedai terbaharu Dyson ini juga, ia mempunyai ruang khusus untuk penjagaan rambut dalaman dilengkapi dengan dua penggayaan stesen dengan kehadiran pakar khidmat nasihat Dyson yang akan memberikan penggayaan peribadi kepada pelanggan secara percuma menggunakan produk penjagaan rambut Dyson.

Selain itu, antara yang unik di kedai Demonstrasi Dyson (Pavilion Kuala Lumpur), terdapat dinding garis masa yang mempamerkan sejarah teknologi yang menceritakan perjalanan Dyson di sepanjang kejayaan dan kegagalan dalam penghasilan produk mereka.

Nikmati tawaran eksklusif dengan produk yang terbaik daripada Dyson

Dyson juga menawarkan pelbagai perkhidmatan menarik seperti pelanggan boleh memilih sendiri warna bagi ‘presentation cases’ dan ‘foil initial’  bagi produk Dyson Airwrap dan pelurus Dyson Corrale mereka,  percuma ‘case debossing’ bagi setiap pembelian pengering rambut Dyson Supersonic, serta perkhidmatan pembungkusan hadiah di Bar Pemperibadian mereka secara percuma.

Antara produk lain daripada Dyson yang boleh anda uji dan lihat sendiri adalah:

Jom ke kedai demonstrasi Dyson yang terbaharu untuk menguji sendiri produk mereka. Anda juga boleh beli produk mereka secara dalam talian di laman web Dyson atau sosial media Facebook dan Instagram Dyson.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×