Famili

Jom Tunjukkan Sokongan Anda Kepada Kelestarian Alam Sekitar Dengan Menyertai Acer Day 2022!

45
SHARES

Sejak diperkenal pada 2017, Acer Day kini kembali menemui orang ramai dan diraikan di 16 kawasan Rantau Asia Pasifik. Bertemakan “Make Your Green Mark”, Acer Day membawakan sejumlah persembahan, promosi jualan, ganjaran dan aktiviti menarik yang boleh disertai oleh semua.

Tahun ini, Acer Day memfokuskan kepada kehidupan lestari dan promosi siri Vero yang mesra alam serta berharap untuk mengumpul lebih banyak sokongan dalam usaha memulih alam sekitar dan mengingatkan kepada semua pihak tentang tanggungjawab  mereka memelihara dan menjaga planet. 

Dengan itu, Acer menjemput anda semua untuk menyertai usaha ini dan #MakeYourGreenMark dengan mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula!

Bawa 5 botol plastik & terima ganjaran menarik!

Recycling Bins

Untuk menunjukkan sokongan anda terhadap kempen Make Your Green Mark ini, Acer menggalakkan rakyat Malaysia untuk membawa sekurang-kurangnya 5 botol plastik PET yang bersih dan kosong ke Acer Day 2022 di Pavilion Bukit Jalil atau ke stor konsep Acer di Lembah Klang.

Menariknya, dengan setiap penyertaan, anda juga layak untuk menerima ganjaran kredit eWallet Touch ‘n Go sebanyak RM5. Best kan?

Inisiatif ini bermula dari 21 Julai hingga 7 Ogos ini dan botol plastik yang terkumpul akan dihantar ke pusat kitar semula selepas acara tamat.

Sertai inisiatif ini & jom datang beramai-ramai ke roadshow Acer Day ”Make Your Green Mark” di Pavilion Bukit Jalil bermula 3 Ogos 2022!

Selain bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia memulakan tabiat lestari, roadshow ini juga akan menampilkan pelbagai aktiviti dan beberapa siri promosi seperti program tukar-beli untuk komputer riba, tablet, desktop dan komputer AIO, sama ada berfungsi atau tidak, termasuk menawarkan rebat tunai RM500 untuk sebuah Aspire Vero. Wow!

Bukan itu je, pada 7 Ogos 2022 ini, Acer juga menganjurkan jualan kilat dengan diskaun antara 15% hingga 90% bagi barangan terpilih seperti di bawah:

100 pelanggan pertama jualan kilat berpeluang bawa pulang beberapa produk terpilih dengan harga tak masuk akal!

The Metro Vibe

Bukan hanya boleh bawa pulang produk terpilih pada harga istimewa, malah anda juga boleh nikmati diskaun sehingga 90% atau RM3,400 untuk Acer Nitro 5 atau Acerpure Cozy Air Circulator pada harga RM19.90. Fuiyoo!

Kami kongsikan harga istimewa Pembelian-dengan-Pembelian untuk 100 pelanggan terawal semasa Jualan Kilat ini:

Acer

Jom bantu tanam pokok dengan setiap pembelian produk Acer terpilih!

Lynchburg Parks & Recreation

Untuk pengetahuan anda, tahun ini juga, Acer akan berganding bahu dengan APE Malaysia untuk menanam pokok bagi setiap pembelian peralatan Acer terpilih bermula 3 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022.

Anda yang layak hanya perlu mendaftar menerusi a-redemption.com untuk menerima e-sijil pokok yang ditanam.

Aktiviti penanaman pokok ini akan dijalankan di Lower Kinabatangan, Sabah sebagai usaha untuk membantu  hidupan liar, termasuk orang utan Borneo dan gajah pigmi Borneo. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Make Your Green Mark dan sebarang info terkini, anda boleh layari Facebook Acer Malaysia. 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×