Famili

Jom, Join Scott’s Kempen Beli & Beramal Di 99 Speedmart Dengan Pinn Yang!

92
SHARES

Siapa je yang tak suka shopping betul tak? Apa kata kali ni kita berbelanja sambil beramal.

Sekecil mana pun sumbangan yang kita berikan, pasti besar manfaatnya kepada mereka yang memerlukan.

Sedekah pembuka pintu rezeki!

Scott’s yang merupakan peneraju pasaran utama dalam kategori suplemen kanak-kanak telah  bekerjasama dengan 99 Speedmart untuk melancarkan kempen Beli & Beramal.

Mesti korang tertanya-tanya kempen apa ni kan?

Kempen Beli & Beramal ini, membolehkan sesiapa sahaja mengambil bahagian untuk menderma tau.

Caranya mudah je, bagi setiap satu produk Scott’s yang anda beli di mana-mana kedai 99 Speedmart bermula 13 Oktober 2023 hingga 13 November 2023, Scott’s akan mendermakan 30,000 produk Scott’s.

Untuk pengetahuan anda, matlamat utama kempen ini adalah untuk mendermakan produk Scott’s seperti Scott’s Vitamin C, Scott’s Multivitamin Gummies dan Scott’s Emulsion kepada beberapa rumah kebajikan di Lembah Klang.

Ini baru betul berbelanja sambil beramal!

Scott’s membantu pertumbuhan & perkembangan kesihatan kanak-kanak!

Memandangkan penjagaan kesihatan anak-anak selalu menjadi keutamaan ibu bapa zaman sekarang, mereka pasti mencari cara baru untuk memberikan nutrisi yang secukupnya untuk pertumbuhan yang lebih sihat.

Tapi kita semua tau, yang bukan senang nak suruh kanak-kanak ni makan vitamin betul tak?

Haaa… Anda tahu tak yang Scott’s Gummies dengan Multivitamin kini boleh didapati dalam perisa mangga tau. Confirm kanak-kanak suka!

Scott’s Gummies dengan Multivitamin ini juga diperkaya dengan Vitamin A, B6, C, D, E dan Zink yang dirumus khas untuk kanak-kanak berumur lima tahun dan ke atas sahaja.

Ia juga mampu memberikan manfaat kepada pertumbuhan kanak-kanak.

Abang Pinn Yang pun join kempen ni tau. Wow!

Min rasa anda semua mesti kenal Pinn Yang ni kan? Alahh, mamat yang suka terjah kita kat shopping mall, lepas tu suka belikan apa yang kita nak lepas kita tolong dia tu.

Tiktoker terkenal Pinn Yang ni memang suka sangat kongsi kegembiraan dengan orang lain tau. Bertuah lah adik-adik ni dapat jumpa abang Pinn Yang depan-depan, min pun tak kesampaian lagi nak jumpa dia tau.

Gembira betul adik-adik ni semua dapat bermain dengan abang Pinn Yang.

Mereka pun manusia dan mempunyai perasaan sama macam kita semua. Jadi tak salah kalau kita sama-sama meraikan mereka.

Min harap kita semua dapat menghargai mereka ini semua dengan mengambil berat, memberikan kasih sayang, biar mereka rasa dihargai.

“Ianya merupakan satu momen paling berharga dalam hidup saya kerana dapat melihat senyuman yang terukir di wajah anak-anak ini, dapat bermain, menari dan melukis bersama-sama mereka.” – Pinn Yang

Menurut Pinn Yang, keikhlasan dan kasih sayang yang di tunjukkan oleh pasukan Scott dalam berurusan dengan anak-anak ini membuatkannya sangat terharu.

Melalui inisiatif yang dianjurkan olah Scott ini, Pinn Yang berharap agar ianya mampu memberi inspirasi kepada lebih ramai golongan masyarakat untuk menjaga komuniti yang kurang bernasib baik ini.

Jadi tunggu apa lagi, jom beli Scott’s di 99 Speedmart yang berdekatan SEKARANG. Run bestie run!

Untuk maklumat lanjut mengenai Scott’s, anda boleh layari laman Facebook rasmi mereka di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×