Famili

Jom Jadi ‘KBAT Hebat’ Bersama Skuad Detektif KBAT!

140
SHARES

Berita baik buat ibu bapa dengan anak-anak penggemar program pendidikan di Astro, satu lagi rancangan edutainment iaitu Skuad Detektif KBAT akan menemui anda semua pada September ini!

Berkonsepkan komedi edutainment berbentuk penyiasatan, siri 12 episod ini dah pun mula ditayangkan pada 21 September 2022 dan dibintangi oleh Adam Darwisyh, Isaac Lim, Airene Adriana, Alyssa Dezek serta pelakon-pelakon popular Catriona Ross dan pelawak tempatan Douglas Lim.

Menurut Farah Fauzana, Ketua Kandungan Kanak-Kanak dan Pendidikan Astro, “Kami teruja untuk menawarkan edutainment terbaharu kami, kandungan original oleh Astro Kids di mana ibu bapa dan anak-anak dapat menikmatinya tahun ini.

Kami berharap melalui Skuad Detektif KBAT, golongan kanak-kanak dapat belajar tentang kerja berpasukan dan persahabatan, sambil meningkatkan kemahiran mereka dalam KBAT menerusi siri ini.”

4 besties gunakan teknik KBAT untuk tumpaskan pencuri antarabangsa!

Siri Skuad Detetktif KBAT ni mengisahkan tentang empat sahabat baik, Khai (Adam), Brian (Isaac), Ana (Airene) dan Trisha (Alyssa) bekerjasama menggunakan teknik KBAT untuk mendedahkan kebenaran seorang pencuri berlian antarabangsa.

Semasa mereka menyelesaikan satu demi satu misteri dengan KBAT, mereka tidak tahu apa ancaman tidak dijangka yang mereka hadapi…

Hmm..menarik ni, ala-ala kisah penyiasatan Nancy Drew!

Selain itu terdapat juga Misi KBAT Hebat di mana setiap minggu penonton boleh menyertai kuiz dengan mengimbas Kod QR dan merebut peluang memenangi hadiah mingguan dan hadiah utama yang menarik.

Mampukah 4 BFF ni selesaikan misteri tersebut?

Haa..kalau nak tahu kesudahannya, jangan lupa saksikan Skuad Detektif KBAT dan selami misteri tanpa henti sambil mempraktikkan kemahiran berfikir secara kritis setiap Rabu, jam 3 petang di Astro Ceria (Saluran 611), Astro Tutor TV SK (Saluran 601), On Demand dan aplikasi Astro GO!

Kanak-kanak dari semua peringkat umur terutamanya yang berumur 10 hingga 12 tahun, termasuk pelajar program CSR Astro Kasih, Kampus Astro dapat menyaksikan satu lagi program pendidikan yang menarik.

Astro Kasih telah menyediakan Astro Boxes kepada 10,000 sekolah kerajaan, asrama pelajar dan banyak lagi dengan 13 saluran pembelajaran termasuk Astro Ceria dan Astro Tutor TV SK untuk mendidik dan menambah ilmu di kalangan kanak-kanak.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×