Hebahan

Jom Berhenti Merokok Menggunakan Produk Yang Telah Diluluskan KKM!

882
SHARES

Untuk pengetahuan anda, penggunaan Nicorette dapat meningkatkan kesihatan perokok dan orang sekeliling sekaligus mengurangkan kos perubatan untuk penyakit yang berkaitan dengan merokok.

Hal ini disebabkan penggunaan produk Nicorette membantu perokok tegar untuk memberhentikan ketagihan merokok dengan lebih mudah dan konsisten.

Nicorette mempunyai pelbagai produk Terapi Penggantian Nikotin (NRT) yang direka untuk membantu anda semasa anda berhenti merokok.

Anda tidak perlu risau kerana dengan Nicorette, mereka didatangi dalam dua bentuk berbeza supaya anda dapat memilih NRT yang paling sesuai dengan anda, untuk membantu anda berhenti dari merokok.

Produk Nicorette untuk Membantu Anda Berhenti Merokok

Tampalan Nicorette Invisi Transdermal dan Gula-Gula Getah Nicorette kedua-duanya disediakan untuk perokok-perokok yang telah berazam untuk berhenti merokok.

Untuk Tampalan Nicorette Invisi Transdermal, anda hanya perlu menggunakannya sekali sehari pada waktu pagi dan membuang tampalan sebelum anda tidur pada malamnya yang tidak akan mengganggu tidur anda.

Ia didatangi dengan tiga jenis kekuatan iaitu 25mg, 15mg dan 10mg untuk anda memilih kekuatan mengikut berapa kerap dan berapa banyak anda merokok.

Terdapat dalam perisa icy mint, Gula-Gula Getah Nicorette didatangi dalam dos 2mg dan 4mg untuk anda memilih mengikut kekerapan anda merokok. 

Untuk mereka yang menghisap rokok 20 batang atau lebih sehari atau menghisap rokok pertama dalam masa 30 minit selepas bangun tidur, anda disyorkan untuk mengambil dos 4mg.

Manakala untuk penghisap rokok yang kurang dari 20 batang sehari, anda boleh mencuba dos 2mg.

Cara-Cara Untuk Menggunakan Produk Nicorette:

Tampalan Nicorette Invisi Transdermal

langkah 1: Gunakan satu tampalan baru pada bahagian yang bersih, kering dan kawasan yang tidak berbulu seperti paha, lengan, dada atau pinggul pada setiap pagi.

langkah 2: Menggunakan bahagian baru badan anda setiap hari. Anda boleh menggunakan tempat yang sama selepas dua ke tiga hari jika tiada tanda kerengsangan.

langkah 3: Buka tampalan dan buang dengan selamat sebelum tidur.

Panduan buat perokok yang merokok melebihi 15 batang atau lebih:

Minggu 1 hingga 8: Gunakan tampalan 25mg

Minggu 9 hingga 10: Gunakan tampalan 15mg

Minggu 11 hingga 12: Gunakan tampalan 10mg

Selepas 12 minggu: Berhenti menggunakan tampalan

Panduan buat perokok yang merokok kurang daripada 15 batang sehari:

Minggu 1 hingga 8: Gunakan tampalan 15mg

Minggu 9 hingga 12: Gunakan tampalan 10mg

Selepas 12 minggu: Berhenti menggunakan tampalan

Gula-Gula Getah Nicorette

langkah 1: Mengunyah gula getah secara perlahan sehingga rasanya menjadi kuat.

langkah 2: Apabila rasa gula getah sudah kuat, rehatkan gula getah dalam ruang mulut anda di antara rahang dan pipi. Nikotin akan diserap melalui lapisan mulut anda.

langkah 3: Selepas rasa telah pudar, kunyah gula getah sehingga rasa menjadi kuat semula.

langkah 4: Pastikan langkah 2 dan 3 berulang selama 30 minit.

Carta panduan:

Minggu 1 hingga 12: Menggunakan 8 hingga 12 biji sehari

Seterusnya, pengurangan dos secara ansuran perlu dimulakan. Rawatan perlu diberhentikan apabila dos dikurangkan kepada 1-2 gula getah Nicorette sehari.

Untuk mendapat keberkesanan yang paling optimum, anda perlulah mengikut langkah dan mengambil kesedaran tentang cara Nicorette berfungsi.

Nicorette Hanya Tersedia Di Lokasi Penjagaan Kesihatan Seperti Farmasi, Klinik & Hospital

Jika anda berfikir untuk berhenti merokok, anda boleh berunding dengan ahli farmasi tentang penggunaan terapi penggantian nikotin untuk membantu anda berhenti untuk selamanya.

Dan kepada anda yang mempunyai keluarga, saudara atau kenalan rapat yang dalam perjalanan untuk berhenti merokok, marilah bersama-sama menyokong dan membantu mereka untuk menggalakkan mereka hidup dengan lebih sihat.

Dengan memberi sokongan moral, ia juga dapat menyuntik lagi semangat perokok untuk berhenti dan menikmati hidup yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut tentang Nicorette, anda boleh layari laman web mereka di https://www.nicorette.com.my/ms dan facebook Nicorette Malaysia.

MAL15045076ARZ | MAL15045059ARZ | MAL14035012ACZ | MAL14035008ACZ | MAL14035009ACZ

KKLIU 3502/2022. Tarikh Tamat Dis 2024. Ini adalah iklan produk ubat. Produk ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Jangan menggunakan produk ini jika anda mengalami penyakit jantung yang serius, ibu hamil atau ibu menyusu. Tidak boleh digunakan oleh orang yang bukan perokok. Rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakan produk ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×