“Bosan dah tengok dinding rumah aku ni asyik cat kosong je. Kalau style bata-bata tu macam cantik juga..”
Menghias atau mendekorasi ruang rumah untuk kelihatan lebih menarik seiring perjalanan zaman adalah penting. Feature wall merupakan antara elemen dekorasi yang penting untuk rumah tampak lebih ‘hidup’. Bukan sahaja pemilihan warna atau wallpaper yang lebih menonjol, malah anda juga boleh gunakan cara lain untuk menghidupkan dinding ini.
Salah satu tips DIY yang dikongsikan di laman Facebook ini mendapat perhatian kerana beliau menggunakan teknik Brick Feature Wall. Kalau nak rumah nampak macam ala-ala Eropah atau lebih hipster, boleh cuba cara ini!
DIY DINDNG BATA ‘BRICK’ UNTUK JADIKAN FEATURE WALL
Saya akan detailkan cara-cara nak buat brick feature wall ni ye.. Mana-mana yang berkenan tu boleh lah buat sendiri nanti . Bila tuan rumah nak tema hispter ala-ala cafe, saya dah pening macam mana saya nak realisasikan permintaan customer dengan hanya bajet yang ada? Xkan lah saya kena buat betul-betul brick wall semua tu.. Kos besar tu. Guna wallpaper? Hmm macam kurang ummmp. Last-last dapat idea buat feature wall guna kaedah ni. Alhamdulillah.
1.Pertama sekali adalah anda perlu letakkan special effect paint pada dinding.
2. Buat line satu persatu menggunakan laser level measurement sambil anda perlu kikis garisan tersebut.
3. Jadikan macam bentuk bata seperti di bawah.
4. Kemudian, untuk menampakkan effect brick tersebut, mestilah kena letakkan warna bukan? Terpulang kepada anda tetapi kalau inginkan nampakkan seperti bata yang betul, mestilah kena guna warna merah sebegini.
5. Pastikan anda buat garisan putih mengikut kepada bentuk bata tersebut ya.
6. Dah siap! Memang nampak ruang di dalam rumah lebih eksklusif dan lain dari lain.
*Cantik kan?
Sumber : Nur Nazihah Abd Razak