Famili

Jenama Tempatan Tasneem Naturel Tawar Produk Penjagaan Ibu & Bayi Terbaru, Serius Menarik!

8.5K
SHARES

Memiliki cahaya mata adalah suatu perkara yang membahagiakan. Setiap ibu akan berusaha mencari produk penjagaan ibu dan bayi dengan berhati-hati. Hal ini supaya dapat membantu menjaga luaran dan kesihatan dalaman ibu dan bayi.

Oleh itu, anda perlu memilih produk yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan berasaskan semula jadi. Lebih selamat untuk ibu dan bayi. Di sini kami mahu kongsikan produk penjagaan ibu dan bayi yang patut anda cuba.

Tasneem Naturel, pilihan pelbagai produk semula jadi untuk ibu dan bayi

Pernah dengar tentang Tasneem Naturel? Inilah jenama produk tempatan yang menghasilkan produk penjagaan ibu dan bayi. Paling menarik, produk mereka menggunakan bahan semula jadi yang berkualiti tinggi!

Tasneem Naturel menawarkan pelbagai rangkaian produk terbaik untuk penjagaan ibu dan bayi. Antaranya pilihan susu kambing untuk seisi keluarga atau ibu mengandung dan produk penjagaan bayi seperti balm, mandian, losyen dan tisu basah.

Lebih-lebih lagi, tak lama lagi Tasneem Naturel akan keluarkan produk terbaru. Nak tahu produk apa tu? Skrol ke bawah!

Susu kambing oleh Tasneem Naturel mempunyai banyak khasiat

Buat anda yang sedang mencari susu kambing, kenalah cuba susu kambing Aufa Gold dan susu kambing Aufa Mama. Tasneem Naturel hanya mengambil susu kambing daripada kambing yang sihat dan bebas daripada sebarang penyakit. Bagus kan?

Bukan setakat orang dewasa, kanak-kanak juga boleh minum susu kambing Aufa Gold. Ibu hamil boleh minum susu kambing Aufa Mama tau. Kedua-duanya tinggi kalsium, karbohidrat dan tak berbau hamis. Ia sedap dan boleh dinikmati pada bila-bila masa!

Tisu basah bayi Tasneem Naturel sesuai untuk kegunaan bayi

Mahu tisu basah untuk bayi anda? Tidak menyesal jika anda menggunakan tisu basah bayi Tasneem Naturel iaitu Purfy Baby Wipe. Ia memberi dua kali ganda kelembapan pada kulit bayi. Tidak melekit langsung.

Selain bebas alkohol dan paraben, tisu basah bayi ini anti-bakteria dan berkesan untuk membersihkan kotoran pada kulit bayi tanpa menyebabkan keradangan. Hadir dalam empat pilihan wangian iaitu Rose, Lavender, Cherry Blossom dan Sea Breeze. Semua wangilah!

Mandian bayi Tasneem Naturel lembut pada kulit bayi

Jangan ketinggalan untuk mencuba rangkaian mandian bayi Tasneem Naturel. Ia tampil dalam tiga variasi iaitu Mandian Bayi Lemon Eucalyptus, Baby Blossom dan Rose & Lavender. Istimewa untuk bayi anda!

Kenapa kami syorkan anda mencuba mandian bayi Tasneem Naturel? Ia adalah dari bahan asas yang semula jadi. Tidak mempunyai bahan kimia berbahaya, bebas paraben, SLES dan sulfat. Sesuai untuk kulit bayi yang sensitif.

Bagaimana, menarik bukan? Dengan pelbagai rangkaian produk penjagaan ibu dan bayi yang menggunakan bahan semula jadi, tidak hairanlah jika Tasneem Naturel sudah mempunyai 15,000 agen dan dropshipper di seluruh negara.

Sempena ulang tahun ke-5 pada November ini, Tasneem Naturel mahu membuka peluang untuk anda yang berminat sertai team mereka. Cara untuk sertai amatlah mudah. Anda hanya perlu klik SINI untuk menghubungi mereka!

Untuk info lebih lanjut, anda boleh klik mana-mana link di bawah.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×