“Peringatan untuk ibu-ibu dan orang yang berada di persekitan baby. Anak saya baru baik daripada terkena janhkitan kuman Salmonella. Bahaya kuman salmonella ni, boleh menyebabkan maut jika lambat bertindak.”
“Baru 3 hari terkena tapi wajah anak cengkung sebab muntah dan cirit-birit tanpa henti. Setiap setengah jam hingga sejam sekali anak akan tercirit. Bila minum susu pula terus muntah. Siap ada darah lagi.”
Begitulah pesan Puan Zuraini Othman menerusi salah sebuah post beliau yang mendapat perhatian di Facebook.
Menurut beliau, memang sedih bila diingatkan kembali perisitiwa tersebut.
Memang bahaya sungguh kuman Salmonella ni kan? Tapi, macam mana ia boleh berjangkit dan menyerang kanak-kanak?
Jom tambah ilmu dan baca perkongsian beliau sepenuhnya di bawah ini.
Anak Muntah & Cirit Tak Berhenti
Saya ingat lagi pada waktu tu hari ketiga di hospital, anak aku tak berhenti muntah dari pukul 7.30 malam hingga pukul 11.00 malam. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya waktu tu.
Sedih tengok anak lemah tak bermaya, demam kuat hingga hampir 39 darjah celsius. Suhu tinggi walaupun baru 2 jam makan ubat. Bergantung pada dua mesin untuk dimasukkan air dalam badan. Najis dan muntah diambil untuk didianogsis.
Hari keempat, doktor sarankan ambil air tulang belakang tapi saya dan suami menolak sebab kami nak tunggu result najis. Bila dah dapat result najis, anak saya disahkan terkena kuman Salmonella.
11 Hari Bertarung Dengan Jangkitan Kuman Salmonella
Jadi bermulalah episod ambil antibiotik 14 hari tanpa henti. Empat kali tukar jarum cucuk ditangan anak sebab bengkak masuk ubat dan air.
Jatuh luruh jantung setiap kali anak meraung sakit kena cucuk jarum. Hati saya juga meraung tanpa henti.
Walaupun anak belum mula makan lagi, tapi telah berjangkit dari orang yang terkena cirit-birit.
Hampir 50 peratus badan anak kehilangan air. Sampai nampak lesu dan cengkung matanya.
Hanya Tuhan yang tahu macam mana perasaan saya waktu tu. Sambil menangis solat hajat supaya dipermudahkan urusan anak saya di hospital.
Hari ketiga masih tak nampak perubahan, anak masih muntah dan cirit-birit tak berhenti.
Sampailah hari keempat baru anak buka mata dan nampak bermaya sikit.
Nampak Perubahan Setelah Hari Ketujuh
Hari ketujuh, dah nampak perubahan positif anak tapi anak pula tak ada selera minum susu.
Saya tolak cadangan doktor untuk masukkan wayar kat hidung untuk masukkan susu sebab anak aku dah aktif sikit waktu tu.
Aku dan suami berusaha bagi anak minum susu ikut syringe 2 jam untuk 2 auns. Memang mencabar juga sebab anak menangis tolak susu.
Alhamdulillah hari ke 9, doktor dah bagi hint anak dah boleh discharge.
Hari ke 11, doktor dah keluarkan surat discharge dengan syarat anak aku perlu ambil darah bulan 9 dan makan antibiotik 4 hari lagi serta suplemen tambahan untuk sebulan.
Syukur akhirnya anak saya terselamat setelah 11 hari bertarung dengan jangkitan kuman Salmonella di hospital.
Menurut pembacaan saya kuman ni datang dari persekitaran. Mungkin kita terpegang sayur ke, ayam, ikan @ daging mentah dan terpegang pula anak.
Dari situ, kuman tu dah boleh berjangkit kat anak.
Peristiwa ini juga jadi peringatan untuk diri, supaya sebelum pegang baby kena basuh tangan bersih-bersih.
Apakah Kuman Salmonella?
Salmonella adalah istilah yang merujuk kepada kelompok beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan Salmonella (salmonellosis) di saluran pencernaan.
Menurut WHO, Salmonella merupakan salah satu penyebab utama keracunan makanan di dunia.
Penyebab dan Gejala Jangkitan Salmonella
Salmonellosis disebabkan bahan makanan dan air yang dicemari bakteria Salmonella.
Bakteria ini biasa berada di daging, ikan, telur, buah dan sayur.
Selain itu, sebahagian haiwan peliharaan seperti reptilia dan burung boleh menyebarkan Salmonella melalui kotorannya.
Jangkitan Salmonella boleh dilihat dengan beberapa gejala. Salmonella berinkubasi selama 12 hingga 72 jam dalam tubuh.
Selama waktu inilah pesakit akan menderita gejala-gejala berikut:
- Mual
- Muntah dan cirit-birit
- Cramp perut
- Demam
- Badan menggigil
- Darah di dalam najis
Bagaimana Mencegah Jangkitan Salmonella?
Jangkitan Salmonella boleh dicegah dengan cara mengamalkan kebersihan setiap waktu.
- Terapkan kebiasaan mencuci tangan secara betul.
- Mencuci tangan boleh menghindari perpindahan Salmonella dari bahan makanan yang anda sentuh ke tangan, dan dari tangan ke mulut.
- Cuci tangan sebelum dan setelah memasak, menyentuh daging mentah, menggunakan tandas dan mengganti lampin bayi.
- Ajarkan kebiasaan mencuci tangan sejak kecil pada anak.
Pentingnya Mengamalkan Kebersihan
Selama ni mungkin ada antara kita yang naik bosan bila diingatkan tentang kebersihan.
Hingga kita lupa betapa pentingnya kebersihan ini hinggalah kecuaian kita dalam melaksanakannya boleh membahayakan nyawa.
Jadi ibu ayah lepas ni kena lebih peka dan teliti bab kebersihan ya. Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua.
*Pengalaman ini dikongsikan oleh Puan Zuraini Othman menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh rujuk post asal beliau di SINI.