Dapur

Jangan Guna Minyak Masak Berulang Kali, Rupanya Boleh Undang Risiko Salur Darah Tersumbat!

80
SHARES

“Minyak ni okay lagi, guna lah nak goreng ikan…”

Mungkin ramai dalam kalangan kita mempunyai pendapat sebegini bukan? Mana tidaknya, baru dua kali sahaja guna minyak masak dan masih kelihatan elok, maka guna sahaja sekali lagi. Tunggu dulu! Sebenarnya, penggunaan minyak masak secara berulang-ulang kali adalah tidak digalakkan kerana boleh menjejaskan kesihatan.

Untuk penjelasan yang lebih lanjut tentang mengapakah perbuatan ini tidak digalakkan, jom baca huraian dari Dr.Samhan.

JANGAN GUNA MINYAK MASAK BERULANG-ULANG KALI!

Tahukah anda bahawa penggunaan minyak masak berulang-ulang kali dapat membahayakan tubuh kita sendiri. Menurut Dr. Samhan, jika anda suka menggunakan minyak masak secara ulang, andan berpotensi mendapat penyakit atherosclerosis iaitu saluran darah tersumbat!

Hal ini kerana, minyak masak yang sudah digunakan banyak kali akan meninggalkan sisa toksik dan makanan yang baru digoreng menggunakan minyak tersebut akan menyerap toksik berkenaan.

MAKSIMUM GUNA DUA ATAU TIGA KALI SAHAJA

Menjadi kebiasaan apabila kita tidaklah mahu membazirkan minyak yang digunakan hanya sekali. Oleh itu, pakar memesan bahawa maksimum penggunaan semula minyak masak hanyalah sebanyak dua atau tiga kali sahaja. Namun, jika minyak digunakan untuk menggoreng haiwan berdarah dinasihatkan untuk digunakan hanya sekali sahaja.

Namun, bagi menjaga kesihatan kita juga dinasihatkan untuk mengurangkan makanan bergoreng di luar rumah. Bukan tidak percaya tetapi khuatir minyak masak telah dikitar semula penggunaan bagi menjimatkan kos.

Sumber: Dr. Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×