Sihat

Jangan Ambil Mudah Kerap Bersin & Sakit Kepala, Doktor Pesan Ini Bukan Selsema Biasa Tapi….

24
SHARES

Mengalami masalah resdung sememangnya membuatkan penghidap berasa tidak selesa, resdung merupakan radangan pada sinus atau rongga disebabkan oleh jangkitan kuman. Sinus atau rongga yang sihat dipenuhi dengan udara namun apabila tersumbat dan dipenuhi dengan cairan, kuman akan tumbuh dan menyebabkan jangkitan, selain daripada orang dewasa kanak-kanak juga boleh mengalaminya. Dr. Nimelesh telah berkongsikan bebenang mengenai simptom dan tips untuk mengawal resdung menerusi laman Twitternya.

RESDUNG ATAU SELSEMA BIASA

Dianggarkan 60% daripada rakyat Malaysia sebenarnya mengalami masalah resdung namun tidak merujuk kepada Klinik Kesihatan kerana menyangkakan mereka hanya mengalami selsema biasa. Resdung boleh dikawal dengan ubat-ubatan yang betul daripada pihak doktor yang merawat anda. Tegasnya lagi, adalah penting berjumpa dengan doktor dan bukan sewenang-wenangnya mengambil ubatan tanpa konsultasi doktor.

SIMPTOM-SIMPTOM RESDUNG

Perhatikan simptom-simptom tersebut sama ada terjadi atas diri anda mahupun insan terdekat bagi mendapatkan rawatan dan meringankan ketidakselesaan serta mengelakkan resdung lebih teruk kelak. Beliau juga menjelaskan bahawa resdung boleh disebabkan oleh virus, bakteria, kulat, alahan, iritasi kimia atau ketumbuhan dalam hidung ‘polyp’. Beliau turut menyarankan penghidap masalah resdung berjumpa dengan pihak doktor untuk mengenal pasti punca resdung kerana resdung sebenarnya boleh menganggu kehidupan dan aktiviti seharian kita. Segera ke Klinik Kesihatan bagi mendapatkan rawatan.

TIPS UNTUK MENGAWAL RESDUNG


Masalah resdung boleh dikawal dengan mengikut tips-tips yang diberikan oleh beliau, jika hidung anda terlalu sensitif dengan bulu pada binatang, elakkan daripada memelihara atau berdekatan dengannya atau jika hidung anda juga sangat sensitif dengan habuk, anda boleh memakai penutup hidup termasuklah apabila ingin mengemas rumah. Beliau mengingatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi dapatkan rawatan. Terdapat juga sesetengah masalah resdung yang akan dirujuk kepada pakar ENT iaitu Pakar Hidung, Telinga dan Mulut sekiranya perlu.

NETIZEN TURUT TANYAKAN SOALAN

Bersin yang berterusan dan kerap menurutnya juga merupakan antara simptom resdung. Tambahnya juga lagi, penggunaan air humidifier boleh membantu mengurangkan resdung yang dialami namun bergantung kepada sesetengah kes.

Sekiranya anda mahupun keluarga dan kenalan mengalami simptom-simptom tersebut segera berjumpa dengan pihak doktor bagi mendapatkan ujian fizikal untuk diagnosis dan mendapatkan rawatan yang tepat supaya masalah resdung yang dialami dapat dirawat.

Sumber: Dr. Nimelesh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×