Hebahan

Wajib Ambil Vaksin Mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan Dari Perspektif Islam

135
SHARES

Pemberian suntikan vaksin kepada kanak-kanak merupakan salah satu inisiatif untuk mencegah penyakit yang merbahaya. Walaupun sudah pelbagai gerakan untuk mendidik orang ramai tentang kesedaran pengambilan vaksin ini, masih ada lagi dalam kalangan orang ramai yang menolak pemberikan vaksin kepada anak-anak.

Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, meraka turut berkongsikan bahawa di dalam dua artikel yang pernah mereka terbitkan,mereka telah menjelaskan tentang definisi vaksin, kaedah mengetahui hukum penggunaannya berdasarkan kandungannya, fatwa-fatwa ulama dan institusi fatwa yang mengharuskan dan mewajibkan vaksin, serta hubung kait dengan falsafah perundangan Islam, atau Maqasid al-Syariah.

Pada akhir artikel tersebut, pihak Mufti juga menyebut bahawa penggunaan vaksin bagi menambah imunisasi badan adalah diharuskan oleh Syarak di samping menekankan kepentingan pengambilan vaksin untuk meningkatkan imunisasi badan terhadap serangan beberapa penyakit berjangkit, seperti mana yang disarankan oleh para doktor, dan institusi-institusi perubahan tempatan dan antarabangsa.

KEWAJIBAN PEMBERIAN VAKSIN DARI SUDUT ISLAM

vaksin mufti wilayah persekutuan

Berikut merupakan antara penjelasan yang diberikan dari pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang pemberian vaksin sebagai langkah pencegahan.

Merujuk Ahli Ikhtisas (Pakar)

Kami mulakan dengan menyebut akan pentingnya merujuk kepada ahli ikhtisas. Kami maksudkan dengan ahli ikhtisasadalah mereka yang berkepakaran dan mempunyai ilmu serta pengalaman yang mendalam dalam bidang masing-masing. Dalam isu vaksin ini, sudah barang tentu pakar-pakar perubatan khususnya berkenaan pakar dalam bidang vaksin perlu dirujuk untuk mendapat sebuah gambaran secara khusus dan terperinci.

Justeru, kami asaskan pertimbangan ini berdasarkan kepada nas Ilahi:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.

(Surah al-Nahl: 43)

Ayat ini bermaksud, tanyalah wahai orang Quraisy ulama berkenaan Taurat dan Injil, nescaya mereka mengkhabarkan kamu bahawa semua para Nabi adalah manusia jika sekiranya kamu tidak mengetahui. (Lihat Sofwah al-Tafasir, 2/118)

Walaupun begitu, kaedah menyebut:

الْعِبْرَة بِعُمُومِ اللَّفْظِ لا بِخُصُوصِ السَّبَبِ

Maksudnya: “Pengajaran diambil dari keumuman lafaz, bukan dari kekhususan sebab”

Rujuk al-Mahsul (3/125) oleh Imam Fakhruddin al-Razi

Justeru, ia tidak terhad kepada pakar kajian Taurat dan Injil sahaja sebaliknya pada ilmu-ilmu lain juga. Merujuk kepada ahli ikhtisas adalah sebahagian daripada keperluan untuk memahami sesuatu itu dengan gambaran yang jelas dan tepat.

Berkata Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi: “Jelasnya merujuklah kepada pakar dan ahli bidang-bidang tertentu jika kamu tidak mengetahui dan memahaminya. Kaedah ini merupakan pedoman hidup sepanjang masa sebagaimana jika seseorang atau salah seorang daripada ahli anggota keluarganya menderita sakit, maka dia akan merujuk dan memohon bantuan orang yang pakar dalam bidang perubatan iaitu doktor. Begitu juga dalam perkara agama, ia mesti merujuk dan meminta nasihat serta petunjuk daripada pakar-pakar yang menguasai ilmu agama iaitu para ulama’.” (Lihat Fatwa antara Ketelitian dan Kecerobohan oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi, hlm 45)

Kami juga mengamalkan prinsip seperti ini dengan merujuk kepada pakar-pakar untuk mendapat sebuah jawapan dengan lebih tuntas dan baik seperti merujuk kepada pakar perubatan, pakar kewangan dan lain-lain ketika mahu memutuskan satu-satu fatwa dan hukum. Inilah prinsip yang menjadi amalan kami.

JADUAL IMUNISASI KEBANGSAAN MALAYSIA

Sedikit info buat anda yang masih belum atau sudah memberikan vaksin kepada anak-anak pada peringkat umur yang pertama, ini adalah Jadual Imunisasi Kebangsaan ynag boleh dijadikan panduan.

 

*Sama-sama kita lakukan langkah pencegahan awal kerana usaha itu sangat penting ya!

Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×