Advertorial

Jadilah Ibu Bapa Yang Bijak, Ini 5 Tips Untuk Rebut Peluang Pelepasan Cukai!

5.2K
SHARES

Sebagai ibu bapa, kami yakin anda pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Kadang-kadang tu sampai tak terfikir pun berapa banyak wang yang telah dibelanjakan sepanjang tahun untuk keperluan mereka.

Jika anda sebahagian daripada ibu bapa yang layak untuk membayar cukai pendapatan, berikut kami kongsikan beberapa langkah mudah untuk anda mendapatkan pelepasan cukai semaksima mungkin dengan hanya membuat simpanan pendidikan untuk anak-anak.

1. Buat simpanan pendidikan untuk anak dan nikmati pelepasan cukai sehingga RM8,000!

Kalau anda nak tahu, menerusi pembentangan bajet 2019, jumlah pelepasan taksiran cukai dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 setahun. Insentif ini adalah untuk menggalakkan ibu bapa untuk membuat simpanan pendidikan anak-anak sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman PTPTN semata-mata.

Di Malaysia, satu-satunya produk simpanan yang memberikan pelepasan taksiran cukai kepada pendeposit ialah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Paling best, anda juga mendapat faedah sampingan menerusi dividen kompetitif yang diberikan setiap tahun dan ia sememangnya sangat menguntungkan!

2. Pilih produk dan pelan kewangan yang terbaik

Melalui SSPN, anda boleh memilih untuk menabung melalui SSPN-i atau SSPN-i Plus kerana kedua-dua produk ini merupakan pelan simpanan patuh syariah yang menyediakan perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi anak anda.

Keistimewaan SSPN-i

Ibu bapa yang membuat simpanan dalam SSPN-i akan menikmati keistimewaan berikut:

  • Menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan maksimum hingga RM8,000.
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  • Perlindungan takaful percuma secara Ringgit ke Ringgit bagi pendeposit yang mencapai simpanan RM1,000 dan ke atas
    – Manfaat kematian atau ilat kekal menyeluruh pendeposit
    – Khairat kematian RM2,000 atas kematian pendeposit dan RM500 atas kematian penerima manfaat
  • Geran Sepadan hingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak – Pendeposit yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 ke bawah layak dipertimbangkan untuk pemberian Geran Sepadan bagi penerima manfaat (anak-anak) yang berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading (tertakluk syarat ditetapkan).
  • Layak memohon pinjaman PTPTN

Kesitimewaan SSPN-i Plus

Melalui SSPN-i Plus pula, anda akan menikmati semua keistimewaan SSPN-i (kecuali Geran Sepadan dan manfaat takaful Ringgit ke Ringgit secara percuma) kerana pelan ini telah lengkap dengan simpanan dan takaful.

  • Ibu bapa dan ibu bapa angkat atau penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN-i Plus diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM15,000, iaitu RM8,000 ke atas jumlah simpanan bersih bagi akaun SSPN-i Plus dan tambahan sebanyak RM7,000 lagi bagi sumbangan takaful yang diberikan istimewa kepada penjawat awam di bawah skim pencen, manakala bagi bukan penjawat awam, tambahan sebanyak RM3,000 diberikan.
  • Manfaat takaful bagi kematian atau ilat kekal sehingga RM1 juta.
  • Manfaat khairat kematian bagi pendeposit termasuk pasangan dan sehingga 3 orang anak.
  • Tiada pemeriksaan kesihatan bagi anda yang ingin menyertai pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud dan Nilam. Walau bagaimanapun, anda yang ingin menyertai pakej Berlian, perlu menjawab tiga (3) soalan kesihatan.
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  • Yang penting sekali, pakej serendah RM30 serta simpanan ini dijamin oleh kerajaan.
  • Layak memohon pinjaman PTPTN

3. Anda boleh buka akaun berasingan untuk anak yang sama

Untuk pengetahuan anda, SSPN juga ada menyediakan dua kategori kelayakan iaitu taksiran berasingan yang memberi pelepasan cukai maksimum RM8,000 setahun untuk setiap suami dan isteri, manakala taksiran bersama pula menawarkan pelepasan cukai maksimum RM8,000 setahun untuk satu pasangan.

Jadi, jika anda (suami isteri) membuat taksiran cukai secara berasingan, anda sebenarnya boleh membuka akaun berasingan untuk anak yang sama agar dapat menikmati pelepasan taksiran cukai maksimum sehingga RM8,000 seorang. Menarik betul kan?

4. Menyimpan secara konsisten

Perkara paling penting anda kena tahu ialah syarat kelayakan bagi mendapat pelepasan taksiran cukai bagi SSPN-i dan SSPN-i Plus ini dikira berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa tau. Jadi, anda digalakkan membuat pecahan simpanan bermula Januari hingga Disember supaya anda boleh menyimpan secara konsisten serta tidak terbeban.

5. Rebut peluang menang cabutan hadiah bernilai sehingga RM1.1 Juta!

Selain insentif pelepasan taksiran cukai kepada pendeposit SSPN, PTPTN turut menyediakan Cabutan Hadiah sebagai menghargai pendeposit-pendeposit yang setia bernilai sehingga RM1.1 Juta tau!

Terdapat dua kategori hadiah iaitu Cabutan WOW! untuk pendeposit SSPN-i Plus dan Cabutan 15 Tahun untuk pendeposit setia SSPN-i. Cabutan 15 Tahun ini diperkenalkan sempena ulang tahun ke 15 SSPN-i. Kedua-dua cabutan ini menawarkan dua kategori Cabutan iaitu Cabutan Siri dan Cabutan Tahunan dengan tawaran Hadiah Utama bernilai RM151,515.15.

Simpan sekarang untuk nikmati pelbagai faedah daripada SSPN

Jangan lupa untuk rebut peluang pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 yang akan berakhir pada 31 Disember 2019 dan promosi untuk Cabutan Siri 3 dan Tahunan juga akan berakhir pada 31 Disember ini juga tau.

Pendek kata, masih ada masa untuk pembukaan atau penambahan akaun. Jadi, simpanlah sekarang. Mana tahu anda adalah pemenang bertuah! Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.lovesspn.com.

“Simpan, Simpan, Simpan, Jaminan Masa Depan!”.

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×