Hebahan

AXA Cancer Care Tawarkan Insurans Kanser Pertama Dalam Pasaran

Kanser menduduki tangga teratas tuntutan bagi penyakit kritikal di Malaysia dan dengan 1 daripada 4 rakyat Malaysia berisiko menghidap kanser, strategi terbaik ialah untuk bersedia sekarang.

Sehubungan itu, AXA AFFIN Life Insurance Berhad telah melancarkan AXA Cancer Care pada 26 Februari yang lalu, sebuah pelan yang pertama seumpamanya dalam pasaran.

Pelan perlindungan insurans kanser yang menyeluruh ini melangkaui perlindungan kewangan dengan memasukkan sokongan emosi serta mental di peringkat pencegahan, semasa rawatan dan pemulihan.

Wakil daripada AXA AFFIN, Beacon International Specialist Centre, dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia

Wakil daripada AXA AFFIN, Beacon International Specialist Centre, dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia

AXA Cancer Care Sebagai Keperluan Hadapi Risiko Kanser

“Kanser bukan sahaja menjejaskan kesihatan kita tetapi ia juga boleh serta-merta melenyapkan kesemua wang simpanan yang dikumpul bertahun-tahun jika seseorang itu tidak bersedia.”

“Selain cabaran kewangan yang besar yang perlu ditangani oleh pesakit, terdapat juga tekanan emosi dalam menghadapi penyakit ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AXA AFFIN Life Insurance Berhad, Loke Kah Meng.

“Oleh itu, selain perlindungan kewangan, kami mahu memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan dan mewujudkan sebuah pelan perlindungan yang menyeluruh yang dapat membantu memberikan sokongan emosi serta mental kepada mereka,” kata Loke.

Tawar Faedah Menyeluruh Kepada Pesakit Kanser

AXA Cancer Care menawarkan bantuan kewangan bermula dari peringkat diagnosis hinggalah ke peringkat rawatan dan pemulihan. Manfaatnya termasuklah bantuan kewangan yang komprehensif di dalam bentuk ‘Therapy Care Benefit’ untuk pembayaran penjagaan kanser; ‘Get Well Benefit’ dengan dana tambahan untuk proses pemulihan; ‘Living Income Benefit’ untuk pembayaran perbelanjaan harian; ‘Alternative Treatment Benefit’ untuk pilihan rawatan alternatif dan ‘Pendapat Perubatan Kedua’, sebaik sahaja didiagnosis menghidap kanser.

Melalui ‘AXA Care Benefit’, pemegang polisi mempunyai akses 24 jam, 7 hari seminggu kepada perkhidmatan concierge, akses kepada sokongan dan bantuan terdiri dari perundingan psikologi, pakar pemakanan, perkhidmatan penjagaan rambut dan rambut palsu, penyediaan pengangkutan dan banyak lagi.

Dua Pelan Perlindungan Kanser Ekslusif Oleh AXA Cancer Care

AXA Cancer Care menawarkan dua pelan perlindungan insurans kanser eksklusif dengan faedah yang pelbagai dan pilihan fleksibel yang mengutamakan keperluan pelanggan. AXA 200 Cancer Care boleh dibeli secara atas talian dan AXA 360 Cancer Care boleh didapati menerusi agensi pengedaran.

“Dengan memperkenalkan AXA Cancer Care, kami berharap dapat memenuhi keperluan penjagaan kanser yang menyeluruh buat rakyat Malaysia dan menggalakkan mereka untuk mengambil langkah bagi melindungi diri mereka sekarang,” tambah beliau.

axa cancer care

Loke Kah Ming, Ketua Pegawai Eksekutif AXA AFFIN Life Insurance Berhad semasa Majlis Pelancaran AXA Cancer Care

Kerjasama Dengan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM)

Sejak 2013, AXA AFFIN telah bekerjasama dengan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) bagi memberi sokongan kepada pesakit kanser. AXA AFFIN akan terus menjalinkan kerjasama dengan NCSM bagi menyediakan sokongan dan nasihat berkaitan kanser dan menghadapi kanser kepada semua rakyat Malaysia.

AXA AFFIN telah berjanji untuk mendermakan RM1 kepada NCSM bagi setiap mesej yang berinspirasi yang dikongsikan oleh orang ramai bagi mendorong rakyat Malaysia untuk melawan kanser. Sumbangan itu adalah untuk membantu Sistem Informasi Kanser NCSM yang membolehkan rakyat Malaysia mengakses maklumat tepat, berdasarkan bukti serta menyediakan sokongan emosi kepada mereka yang terjejas oleh kanser.

Membantu Rakyat Malaysia Lebih Yakin Melawan Kanser

“Dengan AXA Cancer Care, rakyat Malaysia kini dengan penuh yakin boleh memiliki akses kepada rawatan tanpa perlu bimbang tentang isu kewangan; keselesaan dalam mengetahui bahawa mereka akan dijaga dengan baik ketika dalam proses pemulihan; serta pengetahuan dan akses kepada maklumat tepat berkaitan kanser, pemeriksaan kesihatan dan nasihat pencegahan oleh pakar. Kami berharap agar dengan adanya AXA Cancer Care, rakyat Malaysia boleh melawan kanser dengan penuh yakin,” kata Loke.

AXA AFFIN Life Insurance Berhad merupakan usaha sama antara AFFIN Holdings Berhad dan AXA Group, peneraju perlindungan kewangan antarabangsa, yang beribu pejabat di Paris. AXA merupakan No.1 Global Insurance Brand bagi tempoh 7 tahun berturut-turut seperti yang ditarafkan oleh Interbrand, menempatkan ia dalam kalangan ‘Best Global Brands’ di dunia.

Untuk maklumat lanjut berkaitan AXA Cancer Care, sila layari www.axa.com.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×