Famili

Ini Sebab Mengapa Honda BRV Menjadi Pilihan Lebih 40,000 Keluarga Di Malaysia!

1.7K
SHARES

Masa bujang, tak kisah nak naik kereta bersaiz kompak, asalkan bergaya. Tapi bila dah berkeluarga, mestilah mahukan kereta yang sesuai demi keselesaan dan keselamatan seisi keluarga, terutamanya anak-anak.

Bila nak memilih kereta untuk keluarga, perkara-perkara penting yang harus dipertimbangkan termasuklah ruang yang besar, keselesaan, kemudahan dan keselamatan tapi dalam masa yang sama berprestasi hebat!

Anda tahu tak, kesemua ciri-ciri ini ada pada Honda BR-V. Jom kami kongsikan antara keistimewaan Honda BR-V!

SELESA UNTUK 7 PENUMPANG!

Interior feature picture

Bila sebut je kereta untuk keluarga, ruang yang luas adalah perkara yang paling penting untuk diambil kira. Untuk jangka masa panjang, kereta yang luas akan memudahkan kita dalam apa jua situasi. Kalau anda nak tahu, Honda BR-V adalah sebuah crossover yang boleh memuatkan sehingga 7 orang penumpang dan dilengkapi dengan bahagian kargo yang lapang!

Senanglah bila nak letak carseat dan stroller anak ataupun nak balik kampung. Nak bawak barang dan bagasi yang banyak pun tiada masalah!

Lebih menarik, Honda BR-V juga direka untuk lebih praktikal dengan pelbagai konfigurasi tempat duduk seperti Front Back Slide 2nd Row, 60:40 One Touch Tilt & Tumble 2nd Row dan 50:50 Tilt & Full Tumble 3rd Row yang boleh disesuaikan mengikut keperluan untuk memberikan keselesaan yang optimum buat seisi keluarga!

Selain mempunyai kelebihan pada ruang kabin yang luas, tempat duduk barisan ketiga juga adalah sangat lapang dan boleh memuatkan penumpang kanak-kanak dan dewasa dengan selesa di belakang.

Sekiranya ia tidak diduduki oleh penumpang, kerusi barisan ketiga juga boleh dilipat untuk penyimpanan barang. Untuk ruang yang lebih besar, hanya baringkan sahaja kerusi barisan kedua untuk pelbagai isian seperti basikal, stroller atau perabot.

“Mama, adik tak kena air-cond lah. Panas!”

Mesti anda selalu dengar anak-anak merengek di belakang kan? Jangan risau, dengan ciri Rear Air Conditioning Ventilation yang akan menyalurkan penyaman udara sehingga ke ruang belakang, penumpang akan tetap berasa sejuk dan selesa setiap kali menaiki kereta.

Oh ya, terdapat juga 11 tempat letak cawan untuk kegunaan dan kemudahan anda. Tak lah anak-anak berebut untuk letakkan botol air masing-masing. Best kan?

REKABENTUK SPORTY DAN MENAWAN!

Walaupun dikategorikan sebagai kereta keluarga, Honda BR-V tak kalah dari segi gaya. Reka bentuk lampu depan utama Honda BR-V menggunakan teknologi Auto Projector Headlights dengan LED Daytime Running Lights berserta cermin sisi berlampu yang boleh dilaras.

Pada gril hadapan pula, Honda BR-V menggunakan bentuk rupa bingkai bertingkat dengan kemasan chrome yang terang dilengkapi dengan lambang Honda.

Pada bahagian bumper depan, Honda BR-V kelihatan lebih bergaya kerana ia terletak agak jauh dari permukaan jalan, digabungkan dengan lampu kabus dengan kemasan chrome yang cukup besar. Lekukan yang lebih kuat pada bahagian bumper belakang pula menyerlahkan lagi reka bentuk Honda BR-V yang stylish! 

Rel bumbung yang terdapat di bahagian bumbung Honda BR-V pula memberikan ruang tambahan sekiranya bagasi anda terlalu banyak dan tak muat di bahagian kargo. Satu lagi, antenna sirip yu pula akan menonjolkan kelainan dan gaya sporty buat pemilik kereta.

Honda BR-V datang dengan 5 warna pilihan iaitu Marine Purple Pearl, Modern Steel Metallic, Lunar Silver Metallic, Passion Red Pearl dan Platinum White Pearl serta turut dilengkapi dengan rim Alloy Dual-Tone bersaiz 16 inci.

Honda BRV Malaysia Harga

Passion Red Pearl

PRESTASI YANG DIAKUI SEISI KELUARGA!

Performance feature picture

Cekap dan berkuasa, Honda BR-V mempunyai prestasi enjin yang mantap iaitu dijanakan oleh enjin 1.5 liter i-VTEC dengan kuasa enjin maksimum 120PS untuk pemanduan yang lancar!

Ia juga dilengkapi dengan transmisi CVT dengan Earth Dream Technology yang menjadikan pertukaran gear lebih lancar dan mampu mengoptimumkan kelajuan dengan penggunaan bahan bakar yang kurang.

Selain itu, fungsi-fungsi istimewa dari inovasi terkini Honda seperti Smart Entry, Push Start Button, penyaman udara automatik, pembesar suara Tweeter dan Bluetooth menjadikan pemanduan anda lebih lancar dan menyeronokkan.

TARAF KESELAMATAN

Dari segi keselamatan, Honda memang tidak pernah mengabaikannya dan sentiasa menaik taraf fungsi keselamatan bagi model-model keretanya. Honda BR-V mempunyai kelengkapan standard yang bagus seperti Bantuan Penstabilan Kenderaan (VSA), Sistem Brek Anti Kekunci (ABS), Bantuan Daki Mula (HSA), ISOFIX, Bantuan Brek (BA) dan beg udara SRS.

JOM MILIKI HONDA BR-V HARI INI JUGA!

BR-V Interior Rear Seat Space Image, BR-V Photos in India

Kredit: CarWale

Apa tunggu lagi? Kalau dah berkenan dan jatuh hati dengan Honda BR-V ni,  cepat-cepatlah ke pengedar sah Honda dan test drive sekarang.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi dan tawaran model Honda BR-V, layari laman web Honda.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×