Didik

Ini 8 Sebab Ibubapa Perlu Main Bersama Anak & Masuk Ke ‘Dunia’ Imaginasi Mereka

32
SHARES

“Ibu, abang dah jadi Captain Hook ni! Yeahh!”

Terkejut juga bila kita biarkan anak bermain dengan sendiri, tiba-tiba anak dah bertukar jadi lanun atau superman. Kadang-kadang tu mereka sampai bercakap sendiri atau macam bercakap dengan seseorang. Rupa-rupanya, inilah yang dipanggil sebagai ‘imaginative play’. Patutlah anak-anak kita selalu olok-olok tiru perlakuan kita atau apa yang dilihatnya di televisyen, bukan sebab masalah pemikiran ya!

ANAK NAK JADI ULTRAMAN

www.kdnovelties.com

Risau, anak tiba-tiba suka berada di “dunia” sendiri. Bergasak seorang diri atau bercakap seorang diri malah suka rasa diri dia Ultraman. Sampaikan bila pergi mana-mana pun masih terbawa-bawa perangai pelik dia lagi-lagi waktu bosan. Ada yang kata anak ada masalah psikiatrik!

Kes anak perempuan pula lain, sekarang suka sangat berlakon jadi maknya. Mak menyapu, dia pun mengamuk nak menyapu.
Mak make up, dia pun mengamuk nak make up. Mak berus lantai, dia pun mengamuk nak rampas berus. Mak pakai handbag, sebelum bawa dia dah “cop” dulu. Ada tak mak ayah mengalami perkara ini? Sebenarnya jangan risau, berlakon olok-olok adalah salah satu tahap perkembangan bermain yang sangat penting dalam perkembangan otak yang sihat. Kalau tak ada fasa ini barulah perlu risau.

“IMAGINATIVE PLAY”

thesimpleparent.com

Anak bukan gila ya, tapi anak cuma mahu berlatih skil pengurusan emosi dan sosial. Selalunya fasa ini bermula apabila anak umur 18 bulan hingga 24 bulan. Masa ini anak sangat berminat untuk belajar berdikari sendiri, nak pakai kasut sendiri, makan sendiri, bercakap di telefon, ambil kunci nak buka pintu, “bye-bye” mak ayah konon-konon nak pergi kerja dan sebagainya. Comel kan? Tahap ini juga anak mula suka bermain dengan anak patung, tak kiralah anak perempuan atau anak lelaki. Dodoikan anak patung, suap makan, peluk dan sayang anak patung mahupun berborak dengan anak patung.

Rakamlah selalu semasa fasa comel anak, sebab pasti akan dirindui bila dah besar. Walaupun saya 24 jam dengan anak, tapi selalu rindu bila dia bayi. Rasa nak rakam momen anak membesar dengan mata, supaya boleh tengok semula bila dia dah besar. Anak membesar hanya sekali, tahap bermain anak pun akan berubah dari masa ke semasa. Jadi, kalau ada masa terluang layanlah anak berlakon jadi watak kegemaran dia.

www.theodysseyonline.com

1. Kalau suka jadi ultraman, jadilah watak raksaksa layankan lakonan anak. Kalau tak pandai berlakon juga, jadi props pokok pun ok

2. Kalau anak suka main anak patung, masa inilah sangat sesuai untuk kita jadi pengacara tv ataupun penberita di rumah dengan melakonkan setiap watak.

3. Kalau anak suka nak ikut mak ayah menyapu dan memberus , masa ini sangat sesuai untuk ajar anak mengemas sama. Boleh belikan penyapu dan berus kecil comel-comel di Daiso.

Fasa ini juga anak mudah untuk mengikut perbuatan kita, jadi janganlah buat benda pelik-pelik depan anak ya sebab anak lihat dan lakonkan. Kalau kita gunakan fasa ini dengan baik, banyak sangat kebaikannya. Yang penting, jangan halang anak berlakon melainkan dah sampai pecahkan cawan atau patahkan meja haruslah ditegur. Mak ayah juga boleh membantu merelisasikan dan menyokong fasa ini dengan:

http://www.metroparent.com/

1. Jadi cheerleader anak setiap kali anak “menyelamatkan” dunia.

2. Belanja anak props tambahan.

3. Sediakan ruang lakonan dan cermin untuk anak, lagi-lagi anak perempuan yang suka tukar-tukar baju princess.

4. Luangkan masa untuk free play, tiada peraturan dan jadual untuk perkembangan kreativiti anak.

5. Sokong minat anak selagi tidak bercanggah.

blog.readingeggs.com

Lagi sekali saya tekankan gunakan masa dengan baik semasa anak membesar. Jangan menyesal di kemudian hari, sebab fasa kanak-kanak hanya sekali seumur hidup. Banyakkan bermain dengan anak, semoga anak-anak kita membesar dengan baik dan sihat.

Semoga bermanfaat, terima kasih.

Artikel ini adalah hasil perkongsian dari Maryam Jamadi, Occupational Therapist dan Founder Beyond Home Therapy di laman Facebooknya. 

Sumber: Maryam Jamadi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×