Tahukah anda susu ketika zaman ibu bapa kita dulu tak sama dengan susu yang kita dan anak-anak minum sekarang. Banyak sebenarnya perbezaan jika nak dibandingkan dengan dulu.
Sama seperti industri lain, industri tenusu juga sudah semakin maju. Mari kami kongsikan 5 perbezaan susu yang anda sekeluarga minum sekarang dengan susu generasi ibu bapa kita dahulu.
1) Susu kini lebih selamat diminum
Untuk pengetahuan anda, generasi terdahulu hanya memasak susu tanpa memeriksa suhu yang optimum dan sama ada susu itu selamat atau tidak untuk diminum.
Bezanya dengan sekarang dengan adanya pelbagai jenis teknologi, industri tenusu dapat menghasilkan susu yang berkualiti dan selamat, misalnya Dutch Lady, ia menghasilkan susu UHT dan susu beku yang dipasteurisasi dan disterilkan. Barulah anda tak ragu-ragu nak berikan susu kepada anak-anak!
2) Variasi susu berperisa untuk anak anda pilih
Ketika zaman ibu bapa kita dahulu hanya terdapat 1 satu perisa susu saja. Sampaikan ada yang tidak sanggup minum susu walaupun sudah meningkat usia kerana dari kecil tidak diajar untuk minum.
Tapi, sekarang anda sudah boleh mendapatkan susu dengan pelbagai perisa. Antaranya adalah perisa strawberi, coklat, full cream, plain dan banyak lagi. Anak-anak seronok nak pilih susu apa yang mereka suka dan kena dengan selera, anda pun senang hati!
3) Susu kini lebih berpatutan
Kadang-kadang ada juga dalam kalangan anda yang terpengaruh dengan rakan-rakan untuk beli susu yang berjenama dan mahal. Maklumlah, anda sebagai ibu bapa mesti nakkan yang terbaik untuk anak-anak. Tapi, bukan semua ibu bapa yang berkemampuan.
Sekarang, anda dah tak perlu risau kerana sudah ada banyak pilihan susu yang menarik dan berjenama yang anda boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan di pasaran.
4) Pembaharuan pembungkusan susu daripada bekas kaca kepada kotak
Dulu, kebanyakkan kilang menggunakan botol kaca untuk pembungkusan susu. Tapi, menjelang tahun 1950-an dan 1960-an banyak kilang susu mula menggunakan kotak kadbod untuk menggantikan botol.
Ini membolehkan lebih banyak susu dibawa dan dipamerkan di tempat tertentu daripada botol kaca. Kotak kadbod juga dapat mengurangkan kos bagi pengguna kerana penggunaan kadbod kertas lebih murah daripada botol kaca.
Sama juga seperti packaging baru susu Dutch Lady! Kalau anda nak tahu, packaging Dutch Lady dihasilkan daripada bahan kitar semula dari sumber hutan yang diperakui oleh Forest Stewardship Council (FSC). Ini menjadikan packaging mereka lebih mampan dan anda juga boleh kitar semula bekas-bekas susu Dutch Lady.
Paling menarik, di setiap pek ada kod QR yang anda boleh scan untuk maklumat lanjut tentang pusat kitar semula yang mengambil bahagian, serta langkah-langkah bagaimana mengitar semula di pusat masing-masing. Hebatnya!
5) Hasil susu yang banyak dan lebih baik untuk anda sekeluarga nikmati!
Anda tahu tak lembu menghasilkan susu sebanyak 61% lebih banyak berbanding 25 tahun lalu. Ini bermakna susu lebih mudah didapati sekarang.
Paling penting, susu sekarang lebih sihat daripada susu generasi sebelumnya. Contohnya susu terbaru Dutch Lady dengan resipi yang diperbaharui mempunyai lebih banyak kalsium dan protein daripada yang terdahulu bagi memenuhi Healthier Choice Criteria. Bagusnya!
Anak-anak mesti suka Dutch Lady dengan wajah baharu dan resipi yang lebih baik
Buat pengetahuan anda, semua rangkaian produk susu minuman dan susu tepung keluarga Dutch Lady mempunyai resipi baharu yang lebih baik kekal lazat dengan memenuhi kriteria baharu Logo Pilihan Lebih Sihat Malaysia.
Logo Pilihan Lebih Sihat membantu pengguna membuat pilihan yang tepat dan seimbang. Lepas ini, jika anda nampak susu Dutch Lady di pasar raya cuba cari titik merah pada packaging mereka.
Rangkaian produk ini diformulasikan dengan protein lebih padat untuk menguatkan sistem imun dan lebih banyak kalsium untuk tulang yang kuat. Selain itu, ia juga dapat membekalkan kekuatan dan tenaga bagi menjadikan anda dan anak-anak lebih kuat. Ia semestinya pilihan yang lebih sihat untuk anda sekeluarga.
Jom dapatkan dan nikmati susu Dutch Lady berwajah baharu dengan resipi yang lebih baik bersama keluarga anda sekarang! Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik SINI.