Ibu dah lambatlah, tak sempat buat sarapan
Sesetengah ibu bapa kurang memberikan tumpuan terhadap kepentingan anak untuk mengambil sarapan pagi terutamanya sebelum mereka ke sekolah.
Tahukah anda, sarapan pagi merupakan waktu makan yang paling penting bagi kanak-kanak untuk memastikan mereka kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari?
1. SARAPAN PAGI MEMBEKALKAN 25% KEPERLUAN TENAGA HARIAN
Dari segi saintifik, kanak-kanak perempuan memerlukan 1,200-1,600 kalsium setiap hari (kcal/hari) manakala kanak-kanak lelaki memerlukan 1300-1800 kcal/hari.
Memandangkan waktu mereka banyak dihabiskan di sekolah, jadi sarapan pagi ialah waktu makan yang penting bagi memastikan mereka tidak mudah mengantuk dan hilang fokus semasa proses pembelajaran berlangsung.
2. MENGEMBALIKAN TENAGA YANG HILANG SEPANJANG MALAM
Selepas tidur semalaman, nutrisi badan akan berkurangan dan paras gula akan menurun pada kadar minimum. Sebab itulah sarapan pagi penting bagi membantu menambah gula dalam darah.
Sarapan mengembalikan tahap glukosa, sejenis karbohidrat penting yang diperlukan oleh otak untuk berfungsi. Ia memberikan tenaga kepada otak untuk melakukan kerja-kerja asas seperti berfikir, mengingat dan sebagainya.
3. MENDEDAHKAN KEPADA MASALAH OBESITI
Apabila seseorang individu tidak mengambil sarapan pagi, dia secara tidak langsung akan makan secara berlebihan ketika waktu makan yang seterusnya. Sarapan pagi mampu mengawal kelaparan dan membantu individu mengambil makanan mengikut keperluan yang diperlukannya sahaja. Cuba bayangkan, anak anda terpaksa menahan lapar daripada pagi sehingga waktu rehat di sekolah.
Pasti ketika waktu rehat, anak anda akan beli apa sahaja makanan untuk mengembalikan tenaga dan tanpa sedar mereka telah makan secara berlebihan. Lebih membimbangkan anda tidak mampu mengawal jenis makanan yang mereka ambil di sekolah seperti makanan ringan atau berkolestrol tinggi.
Perkara inilah yang menyumbang kepada masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak.
4. BANTU ANAK ANDA KEKAL FOKUS DAN MEMBERI PERHATIAN
Usia 6 ke 12 tahun merupakan waktu kritikal kanak-kanak untuk membesar. Badan mereka memerlukan nutrien dan tenaga yang secukupnya. Kanak-kanak yang tidak bersarapan sukar memberi tumpuan dan mereka menjadi lebih letih di sekolah. Mereka juga mudah resah di mana bukan sahaja menjejaskan mood, malah akan menjejaskan pembelajaran mereka.
Banyak kajian membuktikan dengan bersarapan dapat meningkatkan ingatan dan tahap penumpuan. Ini sangat penting bagi memudahkan mereka menyerap pelbagai perkara baru yang berlaku.
5. LEBIH BERSEMANGAT MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL
Mengambil sarapan dengan nutrisi yang lengkap memberikan kanak-kanak tenaga untuk melakukan aktiviti fizikal. Anda sebagai ibu bapa pasti tahu betapa pentingnya untuk anak-anak meneroka dunia semasa mereka masih kecil.
Kajian menunjukkan 1 daripada 3 kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan kurang melakukan aktiviti fizikal. Jadi berikan anak anda sarapan yang berkhasiat untuk tumbesaran yang sempurna.
LENGKAPKAN SARAPAN PAGI ANAK ANDA DENGAN MILO UNTUK BANTU MEREKA KEKAL BERTENAGA
Jangan risau jika anak anda tidak mendapat khasiat yang lengkap daripada sarapan mereka. Dengan MILO, sarapan anak anda pasti menjadi lebih lengkap. Anak anda juga akan lebih bertenaga kerana MILO mengandungi nutrient tambahan yang membantu pembebasan tenaga yang lebih efisien.
Anak anda cerewet dalam pemakan? Jangan risau, sebab dengan rasa malt coklat, MILO pasti dapat membangkitkan selera mereka di waktu pagi.
Kalau anda buntu nak sediakan juadah sarapan pagi apa untuk anak, MILO ada penyelesaiannya! Pergi sahaja ke laman sesawang MILO. Ada pelbagai contoh hidangan yang anda boleh buat untuk anak-anak. Siap ada penunjuk kalori lagi, bolehlah anda kawal pengambilan kalori mereka!
Untuk khasiat yang terbaik, sediakan MILO sebagai pelengkap sarapan anak-anak anda!