Rakyat

Individu Positif Covid-19 Perlu Aktifkan Notifikasi MySejahtera

120
SHARES

Individu positif Covid-19 diingatkan supaya mengaktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera untuk memastikan mekanisme pemantauan kendiri berfungsi dengan baik.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Kementerian Kesihatan (KKM) akan memantau pesakit Covid-19 yang tidak bergejala dan bergejala ringan seperti biasa.

Baca juga: Apa Perlu Buat Jika Anak Lemas? Ini 6 Langkah Kecemasan Mak Ayah Kena Tahu

INDIVIDU POSITIF COVID-19 PERLU AKTIFKAN NOTIFIKASI MYSEJAHTERA

“Ia termasuk menerusi Pelaporan Home Assesment Tool (HAT) dimana pemantauan individu yang tidak bergejala akan menggunakan platform MySejahtera secara keseluruhan serta notifikasi kepada individu yang layak mendapat rawatan ubat antiviral PAXLOVID,” jelasnya.

Pemantauan secara maya juga akan diteruskan oleh petugas kesihatan di CAC dan Fever Centre Klinik Kesihatan. CPRC akan terus bertanggungjawab memantau Covid-19 di negeri masing-masing.

Pemberian Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan surat pelepasan kuarantin (RO) secara digital diteruskan seperti biasa melalui aplikasi MySejahtera tersebut.

Sumber: Kosmo Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×