Famili

Idola Kecil Musim Terbaru Telah Bermula! Kejutan Dari Pihak Penaja Ni Memang Sangat Wow!

71
SHARES

Sebut je Idola Kecil mesti anda teringat rancangan yang dihostkan oleh Alif Satar dan juga Zizan Razak 7 tahun yang lalu kan? Ala, yang Nora dan juga Atilia sebagai juri tu! Ha rancangan tulah! Idola Kecil ni merupakan rancangan yang mengetengahkan bakat terpendam kanak-kanak! Kini ia telah kembali dengan musim terbaru dan episod pertama dah mula disiarkan minggu lepas!

Jangan risau, penerapan norma baru dititikberatkan dan segala SOP masih lagi diterapkan. Para peserta akan berada dirumah dan akan join secara virtual sahaja. 

Jadi, keselamatan kanak-kanak tersebut masih lagi terjamin. Paling best, penghantaran barang kepada peserta semuanya menggunakan drone! Wow!

Bukan sekadar bakat, tapi aspek lain juga perlu dikira!

Seperti yang kita tahu, Idola Kecil ni bukan sekadar tunjuk bakat je tapi ia juga akan menguji kemahiran berkomunikasi, IQ dan tahap kecerdasan para peserta ni. Siap ada cabaran lagi.

Setiap minggu akan ada pemenang mingguan dipilih namun hanya seorang peserta akan dinobatkan sebagai pemenang utama dipenghujung program. Peserta akan dinilai dari segi prestasi dan bagaimana mereka melengkapkan cabaran mereka setiap minggu.

Episod pertama telah pun mula bersiaran! Ada Haqiem Rusli juga kali ini!

Minggu lepas, episod pertama telah pun disiarkan dan yang paling best, ada hos jemputan iaitu Haqiem Rusli! Memang sinonim sangat lah Haqiem Rusli dengan Idola Kecil ni kan? Rasa terimbau masa beliau jadi peserta dulu.

Para peserta pun power-power tau. Baru minggu pertama dah tau akan ada persaingan sengit. Susah admin nak judge. Anda kena tengok sendiri sebab suara mereka betul-betul macam profesional! Bukan itu sahaja, kalau anda nak tahu, peserta kena rakam persembahan mereka sendiri di rumah tau dan hantar kepada pihak produksi. Dan kualiti suara mereka tidak mengecewakan. Tip top!

Dalam segmen “Selebrity Crushing” minggu pertama ni juga ada menampilkan Awal Ashaari dimana para peserta berpeluang untuk bertanya soalan kepada beliau.

Diana Danielle pun ada dalam episod kali ini untuk segmen “Pesan Mama”!

Amboi, bertuah betul adik-adik kita ni. Ramai betul artis terkenal yang ada.

Paling tak sangka, pertama kali dalam sejarah pihak penaja hantar barang kepada peserta menggunakan drone!

Penaja utama Idola Kecil musim terbaru iaitu Scott’s membuat kejutan dengan menghantar kit kepada para peserta dan juga hos di studio dengan menggunakan drone!

Tak pernah dibuat orang ni jadi memang excited habis bila tengok. Pertama kali di Malaysia ni! Rasa macam living in the future sangat. Ada 6 lokasi berbeza dan semuanya dihantar menggunakan drone. Next level habis!

Semua peserta dapat Scott’s Vitamin C Pastil perisa Blackcurrant terbaru! Wahhh!

Dah la dihantar menggunakan drone, dapat rasa produk baru keluaran Scott’s pulak tu. Memang bertuah habis peserta kita kali ni ya. Scott’s adalah No. 1 di Semenanjung Malaysia untuk kategori Makanan Tambahan Kanak-kanak dan Vitamin C (Kanak-kanak)*

*Scott’s merupakan Makanan Tambahan Kesihatan Kanak-kanak dan kategori Vitamin C (Kanak-kanak) No.1 di Semenanjung Malaysia berdasarkan Pangkalan Data IQVIA dalam Audit Runcit mengenai Audit Kesihatan Tambahan Anak dan Vitamin C (Anak), untuk tempoh tersebut Jumlah Tahunan Bergerak (MAT) Mar 2019 – Februari 2020.

Hanya 3-4 pastil sehari dah cukup untuk anak anda!

Scott’s Pastil dengan Vitamin C  dengan perisa blackcurrant ni dirumus khusus untuk kanak-kanak 3+ tahun dengan manfaat Vitamin C, supaya mereka boleh terus membesar dengan baik setiap hari.

Hanya 3-4 pastil sehari dah cukup sebab satu biji pastil ni bersamaan dengan 21mg Vitamin!

Scott’s Pastil dengan Vitamin C adalah gula-gula kenyal gelatin yang diambil sebagai sebahagian daripada diet yang pelbagai. Produk ini tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah. Ambil di bawah pengawasan orang dewasa. 

Selain itu, Scott’s Pastille yang tinggi dengan Vitamin C ni juga kenyal dan enak untuk dinikmati kanak-kanak serta membantu menyumbang kepada penyerapan zat besi daripada makanan. Hari-hari boleh teroka benda baru!

Dapatkan di pasaraya berdekatan anda hari ini!

Perisa blackcurrant ni memang menjadi rebutan tau jadi ibu bapa boleh la mula cari perisa terbaru ni di kedai berhampiran! Mesti anak-anak lagi excited bila nampak ada perisa terbaru.

Ha jangan lupa juga untuk teruskan menonton Idola Kecil setiap hari Ahad, jam 3 petang hanya di TV3! Tengok sama-sama dengan anak-anak boleh lah mereka dengar segala apa kebaikan yang ada dalam Vitamin mereka tu! Selamat mencuba!

PM-MY-SCT-21-00207

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×