Famili

Ibu Ayah Tolonglah Buat Perkara Ni! Nampak Remeh Tapi Penting Untuk Jamin Masa Depan Anak-anak!

110
SHARES

Bukan mudah nak membesarkan anak dalam zaman yang serba mencabar macam sekarang ni.

Anak-anak perlu diberikan lebih perhatian tapi itu bukan bermakna kita perlu memanjakan dan memenuhi segala permintaan mereka.

Sebaliknya sebagai ibu bapa, perlu ambil langkah berjaga-jaga dan mula merancang masa hadapan mereka.

Berikut adalah beberapa perkara atau langkah yang kita boleh ambil untuk membina masa depan yang cerah dan mempermudahkan urusan pendidikan anak-anak kita.

1. Lihat kecenderungan anak.

Setiap anak-anak memiliki minat yang berbeza. Sebagai ibu bapa, berikan galakan dan sokongan terhadap minat anak. Ini akan buat mereka rasa dihargai.

Sebaiknya biarkan mereka menikmati masa kecil mereka sepuasnya untuk memilih dan melakukan aktiviti yang mereka sukai.

2. Pilih institusi pendidikan yang baik

Pemilihan institusi pendidikan yang baik juga penting. Hal ini kerana, ianya akan menentukan corak pendidikan awal dan pendidikan asas yang bakal anak anda terima.

Kalau boleh, pilih institusi pendidikan berdaftar yang memiliki guru bertauliah dan silibus lengkap yang menarik dan terkini.

3. Sediakan simpanan pendidikan.

Salah satu cara untuk menjamin pendidikan dan masa depan anak-anak adalah dengan membuat perancangan kewangan seawal peringkat umur kanak-kanak (3 tahun ke atas).

Sebagai penjaga dan orang tua mereka, sebaiknya buatlah simpanan dengan menyediakan satu tabung pendidikan melalui Simpan SSPN untuk anak-anak.

Duit yang disimpan nanti bolehlah digunakan untuk menampung kos pembelajaran anak-anak di peringkat yang lebih tinggi.

Bukan apa, keadaan ekonomi sekarang semakin mencabar. Jadi, tak salah kalau kita sediakan payung sebelum hujan.

Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 kembali lagi dengan lebih wow!

Lagipun, sekarang Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 dah kembali.

Melalui kempen Simpan SSPN 2024, pelbagai kategori cabutan dan hadiah lumayan ditawarkan.

Dengar-dengar, jumlah keseluruhan hadiah yang disediakan bernilai lebih RM1.3 juta! Rugi kalau anda tak sertainya!

6  Kategori Cabutan Menanti Anda!

Kempen ini adalah sebagai tanda penghargaan PTPTN kepada rakyat Malaysia kerana memilih Simpan SSPN sebagai pilihan utama untuk simpanan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak.

Terdapat enam (6) Cabutan Siri untuk disertai oleh semua pendeposit dengan tema-tema tertentu termasuklah perayaan dan sambutan kemerdekaan;

    1. WOW! Gong Xi Ang Pow
    2. WOW! Syoknya Raya
    3. WOW! Kasih
    4. WOW! Merdeka
    5. WOW! Superheroes
    6. Cabutan WOW! Tahunan

Mudah je nak sertai Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024, anda cuma perlu buka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen.

Nak tahu berapa cabutan yang bakal anda terima bagi setiap transaksi berjaya? Anda boleh rujuk rajah dibawah.

Tiada had untuk bilangan cabutan. Lebih banyak transaksi berjaya yang anda buat, lebih banyak bilangan cabutan yang bakal anda terima.

Cuma jika mahu bilangan cabutan yang lebih banyak, pastikan anda buat transaksi simpanan melalui aplikasi myPTPTN atau buat je potongan gaji atau debit terus. Lebih mudah dan efisien!

Walau bagaimanapun, untuk melayakkan anda menyertai Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024, anda tidak boleh membuat pengeluaran atau pindahan simpanan sepanjang tempoh pengekalan.

Berikut min kongsikan tempoh kempen dan tempoh pengekalan yang perlu anda patuhi.


Seramai 983 orang pemenang akan dipilih!

Cabutan WOW! Simpan SSPN memang tak pernah menghampakan pada tahun ini seramai 983 pemenang akan dipilih secara keseluruhannya.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan juga cukup lumayan.

Misalnya, bagi kategori Cabutan Siri pada tahun ini, hadiah yang menanti anda adalah seperti berikut.

Hadiah utama: RM10,000 X 1 pemenang

Saguhati: RM500 X 180 pemenang

Berbeza bagi Cabutan WOW! Tahunan, terdapat kelayakan tambahan yang diambil kira bagi cabutan ini dimana pendeposit akan dibahagikan mengikut 3 kategori.

Platinum: Simpanan bersih minimum RM15,000 dan ke atas

Gold: Simpanan bersih minimum RM8,000- RM14,999.99

Silver: Simpanan bersih minimum RM200-RM7,999.99

Hadiah bagi setiap kategori simpanan adalah berbeza tapi lumayan!

Di sini min kongsikan senarai hadiah yang menanti anda!

Klik SINI untuk Terma & Syarat Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024!

Bagi yang belum berkesempatan buka akaun Simpan SSPN, inilah masanya.

Banyak hadiah menarik untuk dimenangi!

Lagipun sekarang semuanya anda boleh buat secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN (https://www.ptptn.gov.my/myptptn/). Mudah, cepat dan selamat!

Layari https://www.ptptn.gov.my/CabutanWOW2024/ maklumat lanjut berkaitan Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×