Nur

Hukum Membuat Binaan Kubur Yang Mungkin Ramai Terlepas Pandang

810
SHARES

Dalam tempoh perayaan ini, tentu ramai di antara kita yang menjadikan kebiasaan untuk menziarahi kubur pusara keluarga dan saudara-mara terdekat.

Dalam pada itu, ketika menziarahi kubur kita lazimnya akan membersihkan kawasan perkuburan, dan tidak kurang juga ada yang berhasrat mahu menambah binaan kubur.

Namun tahukah kita apakah sebenarnya hukum membuat binaan kubur?

Dalam sebuah post oleh Muhammad Aswad telah dikongsikan bahawa beliau pernah bertanyakan Mufti Wilayah Persekutuan tentang hal ini.

Jom baca selanjutnya tentang jawapan Mufti Wilayah berkaitan isu tersebut.

Hukum membuat binaan kubur

Hukum Membuat Binaan Kubur Yang Mungkin Kita Terlepas Pandang

Saya nak kongsikan pertanyaan saya kepada Mufti Wilayah Persekutuan.

Semoga bermanfaat!

Soalan:

Apakah hukum membuat binaan di atas kubur?

Jawapan:

Kami menukilkan keterangan di dalam kitab Fiqh al-Manhaji (1/617-618):

1. Makruh

Makruh membina kubur sama ada di sebelah dalam atau di luarnya dengan bahan yang menyerap bahang panas seperti simen, batu kapur dan seumpamanya.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Jabir RA, katanya:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ

Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang pembinaan kubur dengan batu kapur.”

Riwayat Muslim (970)

2. Haram

Walau bagaimanapun pembinaan kubur dengan batu marmar dan seumpamanya adalah haram.

Ini kerana perbuatan tersebut sangat bertentangan dengan larangan Rasulullah SAW di samping terdapat unsur-unsur pembaziran yang ditegah oleh syarak serta unsur-unsur kemegahan dan kebanggaan yang dicela oleh agama.

Makruh tahrim meninggikan kubur dan membuat binaan di atasnya sebagaimana yang dibuat oleh kebanyakan orang hari ini.

Menurut sunnah bahawa kubur tidak boleh ditinggikan melebihi sejengkal dari paras tanah.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Ali bin Abu Talib RA, katanya, Abu al-Hayyaj al-Asadiy berkata:

أَلاَّ أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِى عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ لاَ تَدَعَ تِمْثَالاً إِلاَّ طَمَسْتَهُ وَلاَ قَبْرًا مُشْرِفًا إِلاَّ سَوَّيْتَهُ

Maksudnya: “Aku menyampaikan pesanan Rasulullah SAW kepadaku bahawa jangan ditinggalkan patung-patung kecuali setelah engkau hancurkannya, begitu juga dengan kubur yang binaannya tinggi kecuali setelah engkau ratakannya.”

Riwayat Muslim (969)

Hukum membuat binaan kubur

“…Kematian Adalah Pemutus Bagi Kemewahan…”

Larangan makruh ini dikuatkan dengan realiti bahawa kematian itu adalah pemutus bagi kemewahan dan kecantikan yang dibanggakan sewaktu hidup, sehingga jadilah kubur itu ingatan kepada kematian bukan kemewahan.

Apatahlagi tidak boleh menggunakan harta peninggalan si mati untuk tujuan binaan di atas kubur.

Firman Allah Taala:

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ (1) حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ (2)

Maksudnya: Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur.

(Surah al-Takathur: 1-2)

Syeikh Ali al-Sobuni dalam Sofwah al-Tafasir menyebut tafsir:

“Maksudnya mereka itu yakni manusia terlalu sibuk dan berbangga dengan harta benda, anak-anak, dan para pengkut sehingga melupakan untuk berbuat taat kepada Allah da meninggalkan persiapan akhirat…sehinggalah kematian tiba kepada mereka. Lalu mereka dikebumikan di dalam kubur-kubur.”

Semoga Allah Taala memberikan kita kekuatan untuk mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

Ada Spesifikasi Ditetapkan Sebagai Panduan

Merujuk kepada laman web e-pusara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), terdapat spesifikasi yang boleh diikut sebagai panduan untuk membuat kepungan kubur ini.

Berikut dilampirkan juga antara contoh kepungan kubur atau binaan yang dibenarkan serta tidak dibenarkan.

Rujuk selanjutnya di laman web e-pusara di pautan berikut: http://www.epusara.jawi.gov.my/epusara/webV5/content/189

*Pautan posting asal oleh Muhammad Aswad di Facebook: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10210886321073170&id=1806649449

*Pautan link asal di laman web Mufti Wilayah Persekutuan: https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/950-al-kafi-571-hukum-membuat-binaan-di-atas-kubur

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×