Nur

Hukum Makan Makanan Rasa Seperti Daging Khinzir, Ini Jawapan Mufti WP

51
SHARES

Baru-baru ini sebuah syarikat pengeluar daging mengumumkan akan menghasilkan daging babi sintetik berasaskan tumbuhan. Menurut pengeluar, produk berkenaan dihasilkan untuk mereka yang prihatin terhadap haiwan dan alam sekitar atau lebih tertumpu kepada golongan vegetarian. Mungkin ada dalam kalangan anda yang pernah mengalami situasi dimana makanan yang dimana mendapat teguran dari rakan bukan Muslim dimana rasanya seperti daging babi. Terkejut juga kan?

Mendapat pelbagai reaksi dan persoalan dari orang ramai, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjawab soalan di Twitter dimana ramai yang bertanyakan tentant status halal makanan tersebut.

Saya membeli dim sum yang dijual oleh orang muslim, dan diakui halal. Kemudian saya berkongsi dengan kawan saya yang non-muslim, lalu dia mengatakan dim sum itu rasanya seperti dim sum yang dibuat dengan khinzir. Apakah dim sum itu masih halal?

JAWAPAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam, selawat serta salam buat Nabi SAW, ahli keluarga baginda, isteri-isteri, para sahabat baginda, seterusnya mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke hari akhirat.

Dim sum adalah sejenis makanan masyarakat Cina, yang diperbuat daripada ayam, sayur dan daging kemudian dimasak dengan pelbagai cara. Dim sum ini adalah makanan tradisi yang dihidangkan bersama teh.

Sebagai agama yang meliputi tentang semua aspek kehidupan, Islam telah meletakkan garis panduan utama dalam pemilihan makanan, dengan menganjurkan umatnya agar memilih makanan yang halal lagi baik berdasarkan firman Allah SWT:

Syak wasangka tak jejaskan halal

Oleh itu, memilih makanan atau dalam konteks soalan ini dim sum, maka hendaklah menyemak seterusnya meyakini status halal makanan tersebut. Sebarang perasaan syak wasangka tidak akan sesekali menjejaskan status halal selagi mana tidak ada bukti yang membuahkan keyakinan yang hakiki. Ini melihatkan kepada kaedah fiqhiyah yang menyebut:

Selain itu, dim sum tersebut juga kekal status halal berdasarkan keadaan awal ketika pembeli itu membelinya di dalam keadaan halal. Sesekali tidak akan berubah kepada tidak halal berdasarkan kaedah yang lain:

Berdasarkan nas dan penghujahan di atas, kami berpendapat bahawa makanan tersebut selagi mana diyakini status halalnya, maka makanan tersebut kekal status halal melainkan didatangani bukti yang jelas untuk mengharamkannya.

Namun begitu, pembeli perlulah menyemak terlebih dahulu kandungan atau bahan yang digunakan untuk membuat dim sum. Sekiranya bahan tersebut bebas daripada khinzir dan bahan-bahan yang haram, maka hukumnya adalah halal.

Selain itu, rujuk juga artikel kami yang bertajuk Bayan Linnas Siri 73: Penamaan Makanan Dan Minuman: Status Halal Dan Isunya.

Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×