Advertorial

Huawei P9: Telefon Kamera Terbaik Dengan Kerjasama Leica

89
reads
huawei p9 dan kamera leica-1

Foto Kredit: consumer.huawei.com

Huawei Technologies dari China baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar terkininya iaitu P9, yang menampilkan kamera dua lensa dengan kerjasama Leica dari Jerman yang telah menggegarkan dunia telefon pintar.

Telefon pintar P9 merupakan telefon yang paling canggih dari syarikat gergasi China tersebut yang kini berada di kedudukan nombor tiga pengeluar telefon pintar, dan ini merupakan kolaborasi pertama mereka dengan Leica Camera AG, syarikat berusia 102-tahun yang mempunyai kamera yang telah banyak mengambil banyak gambar-gambar terkenal di dalam sejarah fotografi. Foto Kredit: consumer.huawei.com

huawei p9 dan kamera leica-2

Foto Kredit: consumer.huawei.com

Leica? Siapa itu?

Bagi mereka yang pertama kali mendengar syarikat bernama Leica, jangan terkejut. Syarikat yang berpangkalan dari Jerman itu ditubuhkan sejak tahun 1914 dan kini berusia lebih 100 tahun. Syarikat ini yang menghasilkan lensa dari kilang di Jerman turut berkolaborasi dengan Panasonic yang digunakan untuk model kamera digital Lumix.

Dan kini, Leica bekerjasama pula dengan Huawei dengan memindahkan kepakaran yang tidak ternilai ke dalam telefon pintar bagi menghasilkan gambar yang menarik.

Permulaan perjalanan bagi Huawei dan Leica

Orang kata, daripada kita bersaing; lebih baik kita bekerjasama. Terutama sekali apabila masing-masing ada kelebihan mereka sendiri. Begitulah yang terjadi dengan Huawei yang merupakan pengeluar telefon pintar ke-3 terbesar di dunia, di belakang Samsung dan Apple. Leica pula mahu terus bersaing di dalam industri fotografi dan menganggap telefon pintar sebagai salah satu cabang di mana ia boleh menunjukkan kebolehannya.

Ianya bermula dengan pengumuman kerjasama tersebut yang diadakan pada bulan Februari 2016. Richard Yu, CEO bagi HUAWEI Consumer BG berkata: “Kami memilih rakan kami dengan berhati-hati, dan kolaborasi ini menggabungkan dua pakar bagi memacu inovasi dan rekabentuk, menambahbaik pengalaman pengguna dan berterusan mencapai kemajuan di dalam teknologi manusia menerusi kualiti imejan premium. Leica merupakan lagenda di dalam bidang fotografi.”

Oliver Kaltner, CEO bagi Leica Camera AG pula berkata: “Perkongsian strategic di antara Huawei dan Leica membuktikan semangat membara bagi dua jenama yang terus berkembang untuk terus memajukan teknologi sedia ada. Kerjasama teknologi ini menawarkan Leica peluang bagi memperkenalkan kepakaran yang telah terbukti ke dalam sebuah segmen produk yang baru dan membuka peluang perniagaan yang menarik di dalam arena telefon pintar. Ini disebabkan telefon pintar banyak menyumbang ke dunia fotografi dan membuka pintu bagi Leica menyasarkan kumpulan-kumpulan baru.

P9 dibina bersama Huawei dan Leica

Kolaborasi pertama di antara Huawei dan Leica telah berjaya menghasilkan P9 di dalam tempoh masa yang singkat. Dari awal lagi, banyak aspek kamera telah diperhalusi dan diperbaiki, terutama sekali dari segi rekabentuk optic, kualiti imejan, pemprosesan data imej, pengoptimuman, dan pembinaan mekanikal modul kamera ke antaramuka pengguna grafik. Ianya telah berjaya mencapai tahap kualiti tertinggi imej Leica.

Apa kelebihan kamera dua lensa ini?

Kamera dua lensa 12 Megapiksel pada telefon P9 tersebut menangkap imej hitam putih pada satu lensa dan imej berwarda pada satu lensa yang lain. Kombinasi ini menghasilkan lebih banyak perincian, kedalaman medan yang lebih baik dan warna yang lebih terang berbanding hanya satu kamera lensa.

Foto Kredit: consumer.huawei.com

Foto Kredit: consumer.huawei.com

Pada upacara pelancaran yang diadakan di London, fotografi merupakan elemen penting sepanjang acara tersebut – dan dua orang tokoh hebat fotografi iaitu Mary McCartney dan David Guttenfelder daripada National Geographic telah tampil ke atas pentas bagi menunjukkan kebolehan telefon P9 tersebut.

Huawei yang kini mendahului syarikat-syarikat dari China di pentas dunia, kini berada di tempat ketiga di belakang Samsung dan Apple sebagai pengeluar telefon pintar global. Ia merupakan syarikat pertama dari China yang telah menjual lebih daripada 100 juta telefon pintar, dengan mencatatkan 44% peningkatan kepada anga 108 juta telefon pintar berbanding tahun sebelumnya.

Huawei di tempat pertama 5 tahun lagi?

Berikutan prestasi yang amat memberangsangkan, tidak mustahil jika Huawei bakal menduduki tempat kedua di dalam tempoh 2-3 tahun lagi; dan berada di tempat pertama di dalam tempoh 5 tahun akan datang.


Yang Popular

To Top