Advertorial

Huawei Merupakan OEM Telefon Pintar Yang Paling Selamat

72
SHARES

Dengan pesatnya pembangunan dan semakin luasnya penggunaan telefon pintar, faktor keselamatan menjadi semakin penting. Dengan adanya data yang semakin hari semakin murah, kini anda lebih terdedah kepada risiko keselematan seperti virus, malware, eksploitasi dan bermacam-macam lagi.

32% peranti Android tidak boleh dikemaskini

Walaupun Google telah berusaha bersungguh-sungguh bagi mengemaskini sistem operasi Android ke tahap keselamatan yang lebih tinggi, percaya atau tidak – 32% peranti Android sedia ada tidak boleh dikemaskini dan ini membuatkan ianya lebih terdedah kepada risiko keselamatan itu tadi.

huawei-is-the-best-oem-at-applying-android-security-updates-505767-2

Statistik ini menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna masih menggunakan versi Android yang lama dan angka ini amatlah membimbangkan. Kadangkala ianya bukan silap pengguna itu sendiri, tetapi telefon pintar yang dimiliki mereka memang tidak boleh dikemaskini disebabkan faktor-faktor tertentu.

Menurut Google, terdapat 24 kelemahan kritikal yang telah dibaiki menerusi versi terkini sepanjang 2016 – namun disebabkan pengguna tidak dapat mengemaskini telefon pintar mereka; maka mereka dibiarkan terdedah kepada bahaya tersebut.

huawei-is-the-best-oem-at-applying-android-security-updates-505767-3

77% telefon pintar Huawei dikemaskini dengan versi terbaru

Mengikut carta di atas, Huawei barada di tempat kelima dari segi jumlah telefon pintar yang dijual. Namun, ini tidak bermakna syarikat dari China itu memandang remeh isu keselamatan.

Tahniah diucapkan kepada Huawei kerana memastikan pengguna sentiasa mendapat versi terbaru yang diambil daripada Google dan diolah ke dalam sistem pengoperasian yang digunapakai di dalam kebanyakan telefon pintar keluaran Huawei.

Ini menunjukkan kesungguhan mereka di dalam memastikan pengguna tidak terdedah kepada risiko keselamatan yang boleh mendatangkan malapetaka jika ianya dibiarkan begitu sahaja.


MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×