Bagi peminat tegar motosikal, yang dah lama tertanya-tanya bila agaknya Honda akan keluarkan model terbaru kini boleh melonjak gembira! Setelah sekian lama, Honda RS-X kini dilancarkan di Malaysia!
Berbaloi lah betul anda semua tunggu sebab model Honda RS-X ni didatangkan dengan ciri-ciri terkini. Yang pasti, pretasinya masih lagi terunggul!
Jom tengok apa yang menarik mengenai model ini!
Sentuhan Super Sports dengan reka bentuk menarik!
Bentuk agresif, gagah dan mekanikal model terbaru Honda RS-X ni dipadankan pula dengan enjin DOHC 150cc yang berkuasa, pematuhan EURO 4 dengan ABS sememangnya boleh memikat hati penggemar motosikal.
Terdapat juga ciri-ciri lain Honda RS-X ini yang memberikan pengalaman menunggang yang lebih selesa dan lebih yakin. Antara ciri-ciri tersebut ialah:
- Enjin DOHC, 150cc & 6-kelajuan yang berkuasa untuk kelajuan tinggi dan pecutan responsif
- ABS 1 saluran untuk menambah keyakinan membrek
- Lampu LED penuh & dwi-lampu LED hadapan yang kelihatan agresif dan pencahayaan yang terang
- Pembuka tempat duduk Honda, Sealed Chain, Speedometer Digital penuh untuk kemudahan pengguna
Bagi yang mahukan lebih gaya sporty, RS-X ni diberi penekanan terhadap full cowl appearance yang direka secara aerodinamik, muka hadapan yang agresif dengan dwi-lampu LED dan sleek super slim tail!
Bukan sekadar tarikan tetapi lampu LED ni ada kegunaan lain yang lagi best!
Bila dekat atas jalan, tengok dari jauh memang anda akan tertanya-tanya lampu apa yang nampak wow tu! Rupanya lampu moto Honda RS-X ni weh.
Bukan sahaja cantik tapi ia juga boleh bantu meningkatkan daya penglihatan ketika menunggang. Ekzosnya juga direka seperti motosikal besar dan memberikan bunyi yang menarik! Bila bawa rasa macam dekat perlumbaan tau.
Ia juga dilengkapi ciri berteknologi tinggi
Honda RS-X yang dilengkapi dengan ciri berteknologi tinggi seperti ABS 1 saluran memberikan keselesaan optimum bila menunggang dan lebih yakin bila membrek.
Bukan setakat itu, Honda RS-X ni juga dilengkapi ciri-ciri yang memudahkan penggunanya seperti suis pembuka tempat duduk, sealed chain drive dan Speedometer Digital penuh.
Malahan, enjin DOHC jenis penyejuk cecair 150cc ni boleh menghambur kuasa maksimum 11.8KW pada 9,000 rpm dan tork maksimum 13.6 Nm pada 7,000 rpm. Ia juga boleh menjimatkan bahan api sekaligus mengurangkan pencemaran.
Terdapat tiga jenis warna yang anda boleh pilih. Semuanya cantik!
Honda RS-X baharu boleh didapati dalam pilihan 3 pilihan warna iaitu Trico Edition, Candy Caribbean Blue Sea dan Lemon Ice Yellow
Anda boleh dapatkan model terbaru Honda RS-X ni di pengedar-pengedar Honda dengan harga RM8,688*!
*Harga yang ditunjukkan adalah harga bilik pameran yang disyorkan tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran. Boon Siew Honda menawarkan jaminan pembuatan selama 2 tahun atau 20,000km (mana yang terdahulu) .
Patutlah ramai yang ternanti-nanti model ni keluar, dengan spec yang pelbagai macam ni, memang patut pun ia menjadi model kegilaan ramai!
Jadi guys apa tunggu lagi, letak booking anda harini!
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Honda RS-X, pelanggan boleh mengunjungi pengedar Honda atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-3993 atau melayari www.boonsiewhonda.com.my.