Hebahan

Hisense Tawar Hadiah Menarik & Wang Tunai RM5,000 Sempena 2021 Countdown Special!

2.3K
SHARES

Tinggal lebih kurang sebulan lagi untuk kita memasuki tahun baru, cepat betul masa berlalu. Biasanya waktu begini ramai yang mahu menukar barangan elektrik yang lama di rumah. Memang seronok mulakan tahun baru dengan cara begini. Barulah terasa tahun baru!

Apabila sudah hujung tahun, banyak kedai yang akan berlumba-lumba membuat promosi. Hisense juga tidak terkecuali. Bagi anda yang mahukan barangan elektrik baru di rumah, kami ada berita menarik untuk anda daripada Hisense.

Hisense Malaysia tawar promosi hebat sempena 2021 Countdown Special!

Dengar! Dengar! Hisense sedang mengadakan promosi hebat sempena 2021 Countdown Special. Promosi ini berlangsung dari 15 November hingga 31 Disember 2020. Banyak barangan elektrik ditawarkan dengan promosi menarik!

Di sini kami nak kongsikan antara promosi menarik yang dibuat oleh Hisense sempena 2021 Countdown Special. Mata anda pasti tidak akan berkelip melihatnya nanti!

Tebus hadiah percuma, istimewa bagi setiap pembelian produk terpilih

Mahu hadiah percuma yang istimewa daripada Hisense? Caranya sangat mudah, anda hanya perlu buat pembelian produk Hisense terpilih yang disenaraikan dalam 2021 Countdown Special Leaflet (klik sini untuk lihat senarai).

Setelah buat pembelian, anda perlu mengimbas kod QR atau layari https://hisense-campaigns.com.my/. Isi maklumat yang diperlukan. Selepas disahkan oleh Hisense, mereka akan hantar hadiah tersebut kepada anda.

Tawaran hadiah berupa produk bernilai sehingga RM500 tau. Siapa tak nak?

Putar roda, boleh menang Pin Reload Pin Touch ‘N Go eWallet sehingga RM100!

Eh, nanti dulu! Selepas buat pembelian dan tebus hadiah, anda kena terus berada di halaman tersebut untuk putar roda dan dapat hadiah. Anda berpeluang memenangi Pin Reload Pin Touch ‘N Go eWallet sehingga RM100!

Tawaran putar roda ini juga diberikan kepada mereka yang membuat pembelian mana-mana produk Hisense. Jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan in Reload Pin Touch ‘N Go eWallet secara percuma!

Cabutan bertuah, peluang anda memenangi hadiah wang tunai bernilai RM5,000!

Bagi anda yang dah putar roda, secara automatik anda layak untuk menyertai cabutan bertuah Hisense. Hadiah cabutan bertuah sangat lumayan iaitu wang tunai RM5,000!

Pemenang hadiah cabutan bertuah akan diumumkan di Laman Facebook Hisense Malaysia pada 8 Januari 2021. Manalah tahu nama anda terpilih kali ini. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Take note! Promosi sempena 2021 Countdown Special di Hisense akan berakhir pada 31 Disember 2020. Dapatkan produk Hisense dengan tawaran menarik di akhir tahun ini.

Keluaran beberapa produk terbaru, siap ada hadiah percuma!

Mahu sambut tahun baru dengan lebih gembira? Kenalah dapatkan beberapa produk terbaru yang dikeluarkan oleh Hisense. Lebih seronok lagi, anda akan dapat hadiah percuma tau. Hadiah yang ditawarkan juga bukan biasa-biasa.

Anda pasti tertanya-tanya, apa produk terbaru yang ada di Hisense. Dengar cerita, produk terbaru itu patut dimiliki oleh seisi keluarga. Lebih-lebih lagi, anda yang bergelar suri rumah akan begitu sukakannya. Mari kita terjah!

TV LASER PINTAR 4K ULTRA HD 100L5F (100″)

Jika anda mahukan televisyen besar dengan kualiti gambar terbaik, anda patut memiliki TV Laser Pintar 4K Ultra HD 100L5F (100″) di Hisense. Meletop habis dengan warna dan resolusi 4K yang cantik. Memang puas untuk ditonton bersama keluarga di rumah.

Skrin bagi TV Laser Pintar 4K Ultra HD 100L5F (100″) di Hisense sangat nipis dan ringan. Rumah anda juga lebih kemas dan tidak serabut kerana televisyen ini digantung tanpa wayar. Paling best, televisyen ini eye-friendly. Mata tidak terasa penat walaupun anda menonton televisyen dengan waktu yang lama.

Paling seronok, anda akan dapat hadiah percuma berupa Netflix Gift Code bagi setiap pembelian TV Laser Pintar 4K Ultra HD 100L5F (100″) sempena 2021 Countdown Special. Sementara stok masih ada, jadi cepat dapatkannya di Hisense sekarang!

PETI SEJUK EMPAT PINTU RQ758N4ASV DENGAN INVERTER (720L)

Suri rumah yang suka memasak pasti mahukan peti sejuk yang besar di rumah. Oleh itu, Peti Sejuk Empat Pintu RQ758N4ASV dengan Inverter (720L) di Hisense adalah pilihan tepat. Reka bentuk peti sejuk dengan pintu rata ini akan buat dapur anda kelihatan lebih moden.

Peti Sejuk Empat Pintu RQ758N4ASV dengan Inverter (720L) di Hisense ditampilkan dengan ruang besar dan luas. Simpanlah seberapa banyak barang yang anda mahu. Dengan teknologi penyongsang, ia merupakan peti sejuk yang jimat tenaga.

Setiap pembelian Peti Sejuk Empat Pintu RQ758N4ASV dengan Inverter (720L) akan dapat hadiah percuma berupa Premium Gastronomy Set Non-stick. Tawaran hanya di Hisense sempena 2021 Countdown Special. Stok juga terhad. Siapa cepat, dia dapat!

Hisense ditubuhkan pada tahun 1969 sebagai kilang radio kecil di China. Kini Hisense berkembang menjadi konglomerat global bernilai berbilion dolar dengan tenaga kerja lebih dari 80,000 di seluruh dunia. Hisense juga merupakan peneraju dunia dalam TV panel rata, perkakas rumah, dan peranti komunikasi mudah alih tau.

Untuk pengetahuan anda, Hisense telah menaja acara sukan yang besar selama bertahun-tahun. Selepas UEFA 2016, Hisense sekali lagi menjadi Penaja Rasmi UEFA EURO 2020.

Jika berminat untuk membeli produk di Hisense, klik sini untuk melihat senarai dealer yang berdekatan dengan anda. Untuk info lanjut tentang promosi sempena 2021 Countdown Special di Hisense, anda boleh terus layari https://hisense-campaigns.com.my.

Selamat menyambut tahun baru bersama Hisense!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×