Cantik

Hiasi Diri Dengan Koleksi Anggun Poh Kong & Muat Turun Aplikasi Jeweland Untuk Lebih Ganjaran!

1.3K
SHARES

Tak lama lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Walaupun, masih dalam perintah kawalan pergerakan (PKP) akan tetapi kemeriahan sambutan Hari Raya tetap dirasai dengan pelbagai inisiatif yang diambil oleh semua pihak termasuklah Poh Kong.

Tahun ini lebih istimewa kerana Poh Kong tawarkan koleksi Anggun yang lebih eksklusif dan moden dengan design terkini dan trending.

Melaram Dengan Koleksi Anggun Raya Ini Anda Pasti Berseri-seri!

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, Koleksi Anggun Poh Kong tahun ini lebih istimewa. Nak tahu kenapa? Sebab mereka ada keluarkan rekaan khusus yang anda boleh tambah ukiran nama.

Bukan itu sahaja, koleksi Anggun tahun ini juga mengetengahkan motif terkini dan evergreen. Anda nak beli rantai leher, rantai tangai, gelang kaki, subang, cincin dan loket? Semuanya ada! Rambang mata dibuatnya. Cantik-cantik semuanya!

Ha! Sebenarnya ada 4 rekaan yang anda boleh tambah Ukiran nama. Ini adalah 2 daripadanya. Ukiran ni bukan biasa-biasa sebaliknya, ukiran  ini menggunakan teknologi laser. Jadi, kemasan ukiran yang dihasilkan lebih clean dan jangka masa untuk ukiran siap juga lebih pendek.

Cantik tak koleksi rantai leher dengan loket bertemakan bunga raya ni? Rekaan ni bukan sahaja sudah dimodenkan tetapi ianya juga eksklusif. Lain dari yang lain kan? Ini kalau pakai pagi raya memang nampak manis bergaya.

Turut menarik perhatian, koleksi Anggun kali ini turut menawarkan rekaan bangle. Bukan hanya cantik, rekaan ini ada sentuhan klasik yang menjadikannya buruan para wanita. Namun begitu, tahukah anda rekaan bangle ini unik kerana di bahagian dalam bangle terdapat susunan batu permata yang menjadikan bangle ini lebih utuh.

 

Bagi anda yang nak hadiahkan isteri tercinta barang kemas sempena raya tahun ini. Anda boleh la bagi set love ni. Cantik! Memang lawa kalau isteri anda pakai. Lagi lawa kalau pakai satu set.

Koleksi diatas ini pun, tak kurang hebatnya. Corak sinaran matahari yang diketengahkan, berikan aura positif kepada si pemakai. Namun begitu, bagi anda yang lebih gemar dengan motif berunsurkan alam seperti bunga dan daun, koleksi disebelah kanan tu memang sesuai anda gayakan. Nampak manis sangat kalau anda pakai di pagi raya.

Menarik tak? Ini ialah Koleksi Anggun yang menggunakan motif love kerawang. Koleksi ini turut datang dalam set lengkap merangkumi rantai leher, gelang tangan dan juga cincin. Sebelum min terlupa, min nak anda tahu, koleksi Anggun pada kali ini ada satu ciri istimewa iaitu kesemua cangkuk koleksi ini berbentuk hati.

Selain itu, Poh Kong juga tawarkan Koleksi Manja buat anak-anak kesayangan anda. Rekaannya juga mengancam. Anak anda pasti menyukainya! Motif daun keladi yang digunakan juga menambahkan lagi seri si pemakai. Melaram sakan anak anda raya ni.

Muat Turun Jeweland & Jadi Sebahagian Daripada Keluarga Poh Kong!

Lagipun sekarang Poh Kong dah ada sistem keahlian di mana anda boleh kumpul mata ganjaran dengan setiap pembelian.

Sebenarnya, mudah je nak jadi ahli Poh Kong, anda cuma perlu muat turun aplikasi Jeweland kemudian daftarakan diri anda. Selepas itu, setiap kali anda buat pembelian barang kemas di Poh Kong, mata ganjaran akan dikreditkan ke dalam akaun anda. Untungkan, beli emas dengan Poh Kong?

Dengan mata ganjaran ini, anda boleh nikmati pelbagai kelebihan antaranya diskaun dan juga peluang untuk menyertai peraduan yang dijalankan oleh Poh Kong.

“Spin & Win” Untuk Peluang Memenangi Lebih 4500 hadiah!

Inilah yang min maksudkan bila min kata anda boleh join peraduan yang Poh Kong ada bila anda dah jadi sebahagian daripada keluarga Poh Kong melalui Jeweland.

Untuk pengetahuan semua, sekarang Poh Kong ada peraduan ”Spin & Win” dimana anda berpeluang memenangi lebih 4500 hadiah. Yang dahsyatnya, hadiah utama bagi peraduan ”Spin & win” ni ialah wang tunai bernilai RM 100,000!

**Tertakluk pada terma & syarat

Justeru itu, apa lagi yang anda semua tunggu? Jom muat turun aplikasi Jeweland sekarang juga dan dapatkan koleksi Anggun di outlet Poh Kong yang berdekatan dengan anda untuk tampil lebih menawan dan berseri-seri di Aidilfitri ini.

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan promosi terkini Poh Kong, anda boleh klik link dibawah. Min juga ada sertakan senarai outlet Poh Kong di seluruh negara.

Website: Poh Kong

Facebook: Poh Kong 

Instagram: @pohkongmy

Muat turun aplikasi Jeweland>>> Poh Kong Jeweland <<<

Klik SINI untuk melihat senarai cawangan Poh Kong.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×