40 Minggu

Macam Mana Cara Mengatasi Hb Rendah Ketika Mengandung?

867
SHARES
Hb Rendah

Hb Rendah

Bagi orang yang tidak faham, tentu terkedu dan terpinga-pinga bila kawan-kawan yang hamil asyik cerita pasal Hb. Asyik-asyik Hb. Apa itu Hb?

Untuk yang tidak tahu, Hb itu sebenarnya, singkatan untuk hemoglobin.

Baik, sekarang anda bertanya pula, “Apa itu hemoglobin?”

Sila senyum sekarang, kerana anda tidak perlu bertanya kepada cikgu biologi lagi. Kami sudah buat persediaan kerana tahu anda akan tanya soalan ini.

 

Apa itu hemoglobin (Hb)?

Menurut Wikipedia,  Hemoglobin (kependekan: Hb) merupakan molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100 ml darah mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.

Aras hemoglobin biasanya ditentukan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) bagi setiap dekaliter (100 mililiter). Aras hemoglobin normal bergantung kepada usia, awal remaja, dan jantina seseorang itu. Aras normal adalah :-

  1. Baru lahir : 17-22 gm/dl
  2. Usia seminggu : 15-20 gm/dl
  3. Usia sebulan : 11-15gm/dl
  4. Kanak-kanak: 11-13 gm/dl
  5. Lelaki dewasa: 14-18 gm/dl
  6. Wanita dewasa: 12-16 gm/dl
  7. Lelaki separuh usia: 12.4-14.9 gm/dl
  8. Wanita separuh usia: 11.7-13.8 gm/dl

 

Apa itu anemia atau kurang darah?

Sekarang, bila mula dikatakan seseorang itu ada Hb rendah? Anemia boleh didefinisikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah hemoglobin (Hb) di dalam darah berkurangan.

Jumlah hemoglobin normal bagi lelaki ialah 13.5-18.0 gram/dL dan bagi wanita ialah 12-16 gram/dL. Manakala bagi wanita hamil, jumlah hemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL. Biasanya jumlah hemoglobin sebelum hamil dan semasa hamil akan berubah. Namun begitu, jika jumlah hemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu akan berisiko menghidapi anemia.

 

Kerisauan ibu mengandung

Ini dialog yang biasa kita dengar bila orang hamil bercerita sesama mereka:

  • “Risaunya, macam mana nak tambah Hb rendah dengan cepat?”
  • “Apa ubat yang boleh tingkatkan Hb rendah?”
  • “Ada cadangan tak, makanan apa yang bagus untuk tambah Hb?”
  • “Takutnya kalau kena cucuk kat punggung lagi bila Hb rendah ni!”

 

Hasil perbincangan ibu hamil

Kami dapati, ada pelbagai petua naikkan Hb rendah yang jarang-jarang kita dengar tetapi serasi dengan mereka. Namun, jangan percaya seratus peratus. Dapatkan nasihat doktor sebelum makan apa-apa.

1. “Pengalaman sy mkn jmbu batu bnyk2..boleh katakan stp hr sy mkn jmbu batu..hb sblm tu 8 dlm masa 2 mggu lepas hr2 mkn jmbu batu dh jd 11.7..alhamdulillah..ubat pulak sy ambil obimin je..puan boleh cuba..inshaAllah boleh naikkn hb semula..”

2. “Makan buah naga kale merah… hb sy selalu 9 lebih je.. bile mkn terus naik ke 12 n last check up 14.4… mmg terkejut…”

3. “Makan kurma kismis, jgn tinggal.. sy mnagdung kali nie hb Alhamdulillah xpenah cecah 10 kalu yg lepas hb awal2 je 11 pastu 10 penah cecah 9.. skrg dah 28week.”

4. “makan kurma byk2 setiap hari.makan delima plg kurg 3kali seminggu..mmg terbaekkk”

5. “Minum jus kurma+kismis, sy beli jenama toyibba…alhamdulillah,naik hb dr 10.5 ke 11.9”

6. “Saya banyak kan makan lauk pauk . ..jambu batu . ..buah buahan . ..tak boleh telan vitamin pun . .alhamdulillah ..28 minggu hb masih 11.5”

7. “ cuba amalkan mkn jambu batu, insyallah…saya dr bacaan hb10, 2 minggu lps tue dtg klinik check balik, naik hb12. nurse jgk yg suggest mkn jambu batu “

8. “Doc suruh saya mkn ibaret. Dia lg elok dr obimin rasanya.”

9. “sy makan bayam, bilis goreng, hati ayam, hati lembu,, minum susu.. tu je.. naik cpat..”

10. “sy preggy anak 1st dlu HB x menentu gak..mula 12, 11..tetibe drop 10 lebih..mcm2 gak sy mkn tp still naik turun..skrg preggy dh msuk 18weeks.mula2 check 11.8..nurse tukar suruh ambk obimin sbb nk bg menten HB..mbe2 suggest amalkn kurma, kismis, delima,hati, kerang….hrp2 check up seterusnya naik”

 

Makanan yang boleh meningkatkan Hb rendah

Untuk yang tercari-cari makanan untuk tambah darah, boleh cuba makanan yang disenaraikan di sini.

Bagaimana pula cara anda menaikkan Hb rendah? Jika ada yang belum kami senaraikan, kongsikan di ruangan komen.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×